Jumaat, 22 Jun 2012

Ruam Peluh / Sawan di Kepala Part 2

Ya Allah... ari tu ingatkan setakat tu saje akan keluar biji2 merah kat kepala batrisyia... rupanya selang beberapa hari lepas tu naik lagi banyak n besar2 pulak... kiranya penuh 1 kepala... Ya Allah luruh hati saya tengok. Banyak betul dugaan kat batrisyia.... start dari tu saya dah ralat nak bawak jumpa doc lagi... yelah klu setakat bagi antibiotik je kan pahtu bila habis minum jadi balik... mmg dah give up giler time tu.... Dalam hati mmg niat nak berubat cara kampung pulak... klu sebelum ni pernah taruk kunyit + kapor kemudian mandikan ngan air semambu tak ok jugak... ingat nak bawak jumpa ustaz pulak nak try mintak air penawar ke ape kan... sebabnya ramai yang saya jumpa katanya penyakit ni hanya boleh berubat cara tradisional sahaja.... so berusaha nak cari ustaz untuk bawak batrisyia berubat... TAPI. ada pulak yang tak setujunya... Ya Allah sabor jelah... Ayahnya pulak yang tak berapa nak setuju bila saya ckp nak bawak jumpa ustaz... masa ni Ya Allah mmg tak tahu nak cakap ape dahkan... niat kita nak ubat anak tu tapi ayahnya tak nak. Alasannya nak bawak batrisyia jumpa pakar kulit je.... My husband ni sebenarnya tak berapa yakin sangat perubatan tradisional ni... ermmmmmmmmmm.. tak tahu nak cakap ape dah time tu.

Last 7/6/2012 saya dengan berat hati bawalah jugak batrisyia ni g Klinik Qistina dekat Seri Kembangan... tu pon sekadar nak memenuhi kehendak my husband... ermm mcm biasalahkan doc hanya bagi antibiotik + ubat sapu je... n doc pon ada cadangankan supaya batrisyia dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk rujukan pakar..... my husband mmg setuju tapi dalam hati saya klu blh mmg tak nak bawak g hospital... yelah bukan nak biar je anak tu sakit... tp tak sanggup nak bagi anak tu dibuat mcm uji kaji pulak lepas ni.... Dalam hati hanya berdoa + tawakkal jelah moga batrisyia cepat sembuh...

Esoknya sebagai ikhtiar saya sebagai seorang mama yang tak dapat nak bawak anak berubat secara tradisional saya cuba beli AIR AL HAFIZ yang telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran.... masa bagi minum air penawar ni saya berdoa agar Allah bagi kesembuhan kat anak saya.... Alhamdulillah Allah maha berkuasa berkat usaha dan tawakkal batrisyia sembuh dengan baik.... Syukur Alhamdulillah. 

 Ni masa mula-mula jadi.... time ni masih kecik-kecik

Ni masa kali ke-2 batrisyia kena lagi....Masa ni sapu kunyit hidup + kapur

Yang ni pulak kali terakhir Batrisyia kena... Benjol yang kat hidung last sekali meletup.... dan yang tu merupakan ibu benjolnya...

 Alhamdulillah sekarang batrisyia dah sihat walafiat dengan kehendak-Nya.... Amin.




6 ulasan:

  1. benjolan tu dalamnyaa nanah yer.. erm.. anak saya kena ni.. tapi die nanah.. pastu pecah..jd kudis.. pastu elok.. pastu timbul tempat lain plka.. die serang bhgn kepala je.. ada contoh kee ir al hafiz tu

    BalasPadam
  2. iQQa coLLection..
    Sebab utamanya jadi macam tu adalah "SUSU FORMULA"

    rupanya anak saya memang alah pada susu formula yang ada laktosa... masa dia jd ni sy ada bagi minum susu dugro... lepas stop n bagi minum air penawar al-hafiz tu kemudian tukar kepada susu soya.. Alhamdulillah now dah pulih sepenuhnya..

    Tak semestinya minum air penawar al-hafiz je... yang lain pon blh... yang penting niat kita baik dan air yang diminum tu sebolehnya yang telah dibacakan ayat-ayat al-quran.

    BalasPadam
  3. Ank sy baru pas alaminya puan. Mak sy suh sapukan dgn inai. Tumbuk inai tu then lumurkan kt tmpat bisul2 tu. Dgn izin Allah hilang ☺

    BalasPadam
  4. Ni ibu sawan. Jadi kat kepala ja. Di padang menora ada pakcok boleh rawat ibu sawan ni. Kena bawa air, bedak sejuk dan garam. Anak saya dia siap naik biji kelenjar lagi belah kiri besar pakcik tu ckp ibu sawan. Belah kanan ada 2 biji kelenjar timbul. Pasti ada bisul sikit di kepala. Jadi ruam pada bahagian belakang leher, dada, tgn dan peha. Asyik garu2 ja bila panas dan peluh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Hazmi Yahaya kalau x keberatan boleh bg contact no atau alamat lengkap pakcik tu x..? sbb anak sy jadi mcm tu skrng nie.mngis je mgkin sakitšŸ˜­atau pon en ternampak status sy
      nie boleh direct whtssp sy 0183134571

      Padam
  5. Salam cik. Boleh tahu. Beli air al hafiz tu kat mana? Rasanya anak sy pn mcm ni..

    BalasPadam