Selasa, 27 Mac 2012

Petua Untuk Mencuci Hati

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat Nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali. Cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita. Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada. Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita. Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.




Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Petua Islam Untuk Memotong Kuku


Hendaklah dimulakan dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Akhir sekali ibu jari tangan kanan. Semua kuku yang sudah dipotong hendaklah ditanam. Mudah-mudahan kita mendapat berkat di dunia dan akhirat. Hari baik memotong kuku ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang berm...aksud: “Barang siapa yang mengerat kukunya pada -

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.






Sumber : ENSEIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Jumaat, 9 Mac 2012

Android Pro Touch Tablet PC






7" Android Pro Touch 2.3 Tablet PC + Keyboard  and leather casing 7 inch + Free 1 x Screen Protector + 1 year warranty

Pro Touch 2.3 using dual core processors Infotmic IMAP 1.2GHz, Dual Core is powered making it ideal to connect to the Internet while traveling. The processor dual core allows the hard work of several.

Applications to work simultaneously without barriers, while the velocity will i...ncrease and smooth when playing video.Pro Touch 2.3 with dual core processors is also ideal for surfing the web, with a web browser that can open quickly, and reduce web page loading time.


Details:

Model:Android Pro Touch Tablet PC

CPU:Infotmic IMAP 1.2GHz

Operation System: Android 2.3 (Upgrade Available)
RAM:512MB
Memory:4GB
Shell Material:Plastic

Display:
ScreenSize:7 inch
Type:Resistive Screen
Resolution:800 x 480px
Visible Angle:120°

Extend Card:Support TF card up to 32GB extended
Front Camera:1.3 Megapixels
Gravity Sensor:Yes
Multi-Touch:yes
Flash:Support Flash 10.1
Android Market:Yes
Video:720P, AVI/MOV/MP4/RMVB/FLV/MKV...
Music:Stero output, MP3/WMA/WAV/APE/AAC/FLAC/OGG
Skype:Yes
Email and Browser:Yes
WIFI:Yes, 802.11 b/g/n
3G:Support 3G Broadband
Earphone Interface:3.5mm
3D Games:Yes

Language:
Czech, Danish, Dutch, English, Spanish, French, German, Greek, Italian, Japanese, Korean, Norwegian, Polish, Portuguese, Russian, Swedish, Turkish, Chinese

Other Applications:
Office, Browser, Gallery, Clock, Calculator, Calendar, Taskiller, Google Maps

Extend Port:
MINI USB port (Host+OTG)
1 x 3.5mm earphone port
1 x MINI USB port
1 x TF card slot

Free Gift
1 x Screen protector

1 YEAR WARRANTY !!!

Alhamdulillah..... SBPA dibatalkan, SSM ditambahbaikkan.

PUTRAJAYA: Berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam apabila kerajaan semalam mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, selain kenaikan Elaun Sara Hidup (COLA). Dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung melalui TV1 dan TV3, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan 1 Januari lalu tetapi banyak menimbulkan kontroversi, dibatalkan. Kerajaan memutuskan penggajian kakitangan awam dikekalkan di bawah sistem Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.


Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.


Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.
Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.


Ia antara tujuh keputusan diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang dihadiri 15,000 penjawat awam, semalam.


Najib berkata, kerajaan faham SBPA mengundang keresahan, terkilan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam walaupun ia komited untuk mempertimbangkan semakan semula, pelarasan gaji atau satu bentuk saraan baru bagi menggantikan SSM pada tahun ini.


“Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi mereka (penjawat awam), sebagai kerajaan yang mendengar keluh kesah penjawat awam menerusi wakil mereka, CUEPACS, maka kita mengambil keputusan pada 12 Januari lalu supaya struktur saraan baru yang diperkenalkan, dikaji semula,” katanya.


Perdana Menteri berkata, keputusan yang diambil kerajaan itu adalah berdasarkan kepada saranan CUEPACS berkaitan saraan penjawat awam serta implikasi kewangan kerajaan yang mungkin terbabit.


“Anggota perkhidmatan awam adalah tiang seri keramat kerajaan, sebaik mana pun dasar digubal, betapa manfaat pun dasar digubal, ia tidak akan bermakna jika pelaksanaannya tidak berkesan atau tidak cekap (kerana) peranan penjawat awam sebagai pelaksana dasar adalah amat penting,” katanya.


Beliau berkata, kerajaan peka dan prihatin dengan isu saraan yang dibangkitkan oleh penjawat awam yang menyaksikan semakan semula gaji perkhidmatan awam secara berkala dan yang terakhir dilakukan pada 2007 membabitkan kenaikan gaji antara 7.5 peratus hingga 35 peratus.


Najib berkata, dalam membuat keputusan, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik yang perlu mendahulukan kepentingan rakyat, tetapi pada masa sama faktor lain terutama keupayaan kewangan kerajaan, tidak diketepikan.


“Kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk bersama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global yang tidak menentu walaupun kita telah berjaya mengeluarkan negara daripada gelora ekonomi global," katanya.


INFO: Keputusan lain yang diumumkan Perdana Menteri


  • Penubuhan suruhanjaya dianggotai oleh semua pihak berkepentingan mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan saja membabitkan saraan, tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam yang diperlukan negara pada masa depan.
  • Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1-54 ditetapkan di antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan pelarasan ikut peratus ditetapkan.
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.
  • Kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya bagi guru berasaskan prinsip ‘time-based’ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012.



    Rujukan : berita harian
  • Sabtu, 3 Mac 2012

    Anak demam lagi

    Ari ni dah masuk hari 4 dan minggu ke-2 anak aku demam, batuk n selesama... Ya Allah sampai bilalah agaknya anak aku kena lalu semua ini... anak aku ni boleh dikatakan tiap-tiap bulan dia akan alami semua ni... kadang-kadang aku pon dah macam kecewa jugak bila semua ini berlaku, mulalah terpikir anak yang menyusu badan ni kuat antibody berbanding minum FM... tp anak ku tak pon mcm tu... mmg tak menyalahkan Qadar dan qadar Allah swt... tp tulah sebagai manusia mmg lumpah kita kadang-kadang akn kuat dan kadang-kadang tidak....

    ari ni bawak lagi anak aku ni g klinik... doc check mmg banyak kahak dalam badan dia n ade jangkitan virus sikit... ari ni 2 kali jugaklah kena ambik nab n kena ambik darah sekali..... Alhamdulillah nasib takde pe masalah lain.

    Buat anak mama...semoga anak mama cepat sembuh n kuat untuk melawan penyakit yang datang.
    InsyaAllah.. amin.

    Hasad dengki


    Sahabat yang dirahmati Allah,

    Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada                                        

    sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu 

    kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

    Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
    ...
    1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

    2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak 

    ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. 

    Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala 

    kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

    3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati 

    kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada 

    bencana dan kerosakan.




    So bersamalah kira renung2kan....