Selasa, 26 Februari 2013

Kisah Seorang Ibu / Isteri



pic : by google

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air
mata.Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita
diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha
mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya
bertambah teruk. Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan
linangan air mata,si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika
penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian,
si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya
bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih. Sekali lagi dengan
iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah.
Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil
tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu  dengan penuh kasih
sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang
dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi
dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.Lelaki itu berkata
kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak
engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah."Sejurus kemudian lelaki
tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.Beberapa kali dia
beristighfar.sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok
kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut
sesekali menerjah-nerjah nalurinya.



Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah
lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?"
tanya si anak. "Begini.semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya
kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa
mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,"
jelas si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama
termenung. "Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si
ibu. "Gali kubur? Tapi.bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak
penuh kehairanan. "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan
mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya'allah mak akan selamat,"
ujar si ibu selamba.Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan
perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang
disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang
lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: "Ya
Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan
tunaikan nazarku.Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah
dan selamatkanlah anakku." Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan
papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia
kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir.
"Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas
terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.



Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun
sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.
Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin
luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah
kanan kepalanya Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya
yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh
dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah
itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita
sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul
sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita
berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah
bersama kami," pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si
ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman
tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung,
lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama
kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah
muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan
yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?"
tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali
menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku
sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.



Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap
kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat,
"aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi
aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada
dalam keadaan tidak redha kepadaku.maka itulah Allah jadikan kuburku ini
tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada
suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya'allah," jawab si ibu tadi
perlahan, menahan hiba.Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang
wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya
sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air
mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak
membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali
semulaselepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi
perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam
kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang
ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar
pengalamannya,lelaki itu pun bersuara "Dia arwah isteri saya," kata lelaki
itu sayu. " Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka
kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana ," jelas si
ibu itu. "Baiklah.aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha
dengan pemergiannya,"sambung lelaki itu lagi. Aneh, malam itu, si ibu
bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. "Bagaimana keadaan
kamu sekarang?" tanya si ibu itu. "Alhamdulillah, aku selamat daripada
seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan
dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar
wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.



(Dipetik dari  kitab karangan Imam Al-Ghazali)


Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah wanita."
Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,
"Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya."

Pembantu Baru




Alhamdulillah... Rezeki tahun ni untuk memiliki sebuah motosikal baru akhirnya tercapai... Walaupun kereta dah ada, tapi bila memikirkan masalah parking kat opis saya ni, maka nak tak nak terpaksalah jugak beli motosikal ni. Motor ni akan saya gunakan untuk urusan persekolah aiman n adiknya... Terima Kasih Ya Allah atas rezeki yang Engkau berikan kepada kami. Halal dan berkatilah rezeki ini.. Amin.

Khamis, 21 Februari 2013

Dulu dan Sekarang

Permulaan tahun 2013... bulan yang penuh dengan kebzzzzzzz an dan kelam kabut... Sejak kena urus aiman sekolah ini, hidup pun dah tak berapa nak terurus...Terkejar sana.... terkejar sini..... hahahhaha Kalau sebelum aiman sekolah bangun kul 6.00 pagi... now aiman dah sekolah bangun pon kena awal-awal sikit untuk sediakan bekal dia... Kalau dulu time tengahari leh berjimba-jimba bagai dengan kawan-kawan opis... tp skg hahhahahah tak sempat nak berjimba-jimba dah time tghari je dah kena gerak ke sekolah untuk ambil aiman kemudian hantar pulak sekolah KAFA pahtu berkejar pulak balik opis cari pulak tempat park kereta.. klu kena time bernasib baik dapat le park sebelah opis, tp klu kena time kuranggggggg baikkkkkkk sikit parklah nung jauh dipadang sana...huhuhuu...  cabaran betul tahun ni.

Tambahan pulak tahun ni kena pulak tanggung kerja PPT... lagilah haru, dahtunya kena pulak jadi ursuetia mesyuarat...huhuhuh pening pala denggggg.





                                                                                 

Bantuan Persekolahan


Assalamualaikum...





Bantuan Persekolahan. Oleh kerana Aiman dah masuk tahun 1 tahun ni maka dia pun antara pelajar yang terima bantuan persekolahan ni... Dengan duit ni dapatlah bayar yuran PIBG dan belikan baju sukan untuk dia. Walaupun sedikit tapi besar maknanya bagi yang memerlukan.

Terima Kasih pada PM yang perihatin pada Rakyat Malaysia.

"_______________________"