Khamis, 25 Oktober 2012

Puding Trifle

Assalamualaikum.. Salam pagi khamis semua. "___" ... Alhamdulillah hari ni saya nak kongsi dengan u all semua resepi puding trifle yang sangat senang dan mudah yang amat.hihihihi  Sorilah orang lain dah lama bertrifle... saya ni baru terkedit-kedit nak buat ekk... hahahha memang ketinggalan keretapi betulkan... Puding ni saya buat untuk bawa balik ke terengganu sempena raya haji nikan... Saja nak bagi adik-beradik merasa...:) Resepi ni saya dapat dari Resepimudah.com.... mohon CnP ye tuan resepi untuk kongsi kat blog saya ni...

 Sumber : Resepi Mudah klik
Olahan : qaseh-noor.blogspot.com


Bahan-bahan
  • 1 kek swiss role
  • 1 tin buah koktail
  • 1 kotak kristal jelly jenama nona.perisa strawberi
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air ( gunakan tin susu cair tadi )
  • 7 sudu besar gula pasir- saya kurangkan kpd 4 sudu besar sahaja
  • 4 sudu tepung kastard

LAPISAN  PERTAMA :
  1. potong kek swiss role anggaran 1.5 cm tebal dan susun dalam acuan.
  2. tuang air fruit coktail ke atas swiss role hingga basah.
  3. ketepikan dulu.
LAPISAN KEDUA :
  1. 1 tin susu cair , 1 tin air , 7 sudu gula di masak atas api yang sederhana.
  2.  bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air.
  3.  bila susu mendidih, kecilkan api, kemudian masukkan bancuhan tepung kastard tadi.
  4.  masak hingga likat.
  5.  kemudian,tuangkan keatas lapisan pertama tadi.
LAPISAN KETIGA :
  1.  taburkan buah koktail ke atas lapisan kedua tadi.
LAPISAN KEEMPAT :
  1. sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  2. tunggu sejuk sedikit, baru tuang ke atas lapisan ketiga.
  3. masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  4. Siap untuk dihidang.

Rabu, 24 Oktober 2012

Special Kek Dari En. Suami

Alhamdulillah... syukur ke atas nikmat yang Allah telah berikan kepada saya.. semalam 23/10/2012 genaplah sudah 28 tahun usia saya dengan diberikan kehidupan yang bahagia, rezeki yang murah dan diberikan kesihatan yang sempurna... Semoga apa yang dilalui selama ini banyak memberi keberkatan dalam hidup saya. aamiin.

Sempena besday saya semalam, my husband telah belikan kek ni dan belanja makan KFC. Thanks banyak-banyak abang.


Selasa, 23 Oktober 2012

Produk Eczema

Alhamdulillah... syukur sangat-sangat akhirnya kami jumpa jugak dengan produk yang serasi dengan masalah kulit anak kami nurin ... Sebelum ni kira dah bermacam-macam jenis produk jugaklah yang dicuba... tapi semuanya kurang berkesan.. Pernah cuba CETAPHIL LOTIAN ni tapi kulit naik merah-merah dan gatal-gatal... so bila tanya doc, doc suruh tukar bagi CETAPHIL CREAM pulak... kali ni pon sama jugak kulit naik merah-merah dan gatal-gatal. So kami stop.


TEDDIE BABY ni pon pernah try jugak tapi tak serasi ... kulit jadi kering dan gatal-gatal.

pic by google
EZERRA LOTIAN ni pon pernah cuba jugak.... so far serasi jugaklah untuk kulit nurin.


Last week saya try guna produk BUDS ni pulak... Alhamdulillah so far yang ni agak serasi dengan kulit nurin... kalau kulit dia tengah kering dan disapu dengan lotian buds ni  kejap je dah elok.. tak de naik merah dan gatal-gatal lagi dah.. Harga produk ni pon kira oklah.... hihihi. Buds mini pack ni saya dapat kat group NAAE... thank kak farah dan I-Green (M) Sdn. Bhd. klik sini. Hope produk ni akan terus serasi dengan baby nurin ni... Insyaallah.




Isnin, 15 Oktober 2012

Kek Coklat Kukus

Kek coklat idaman hati.... Mublesssssss gitu...:))




 Bahan-bahan
2 cwn gula custor
2 cwn tpg gandum - saya menggunakan tepung naik sendiri
2 st soda bikarbonat - tak perlu jika guna TNS
1 st baking powder- tak perlu jika guna TNS
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak/ minyak jagung
1 cwn susu cair
3 bj telur gred b
1 st esen vanila
1 cwn air panas

cara-cara
  • Panaskan kukusan
  • Campurkan semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati
  • Bila dah sebati masukkan air panas dan putar lagi
  • Dulang digris dengan minyak
  • Kukus selama 45-60 minit.
Lapisan Coklat
150gram coklat masakan
1 sb susu pekat
1/4 cwn air panas
1 sb butter

Cara-cara
  • Masukkan coklat masakan yang dipotong kecil2, susu pekat dan air panas ke dalam periuk dan masaklah secara double boiler hingga cair.
  • Padamkan api dan masukkan butter @ mentega
  • Kacau hingga butter cair.
  • Tunggu hingga kek sejuk kemudian baru tuangkan lapisan coklat ini..
  • Bolehlah dihias mengikut citarasa masing-masing
Tadaaaaaaaaa siap.... Inilah Hasilnya Kek Coklat saya

 Sumber : Myresepi.com
Olahan : qaseh-noor.blogspot.com.my


Khamis, 4 Oktober 2012

Nurin dan Susu

Adohaiiiiiiii rasanya dah naik pening kepala ni pikir nak bagi susu ape kat Nurin ni... Sebelum ni Nurin dapatlah jugak merasa menyusu badan selama 1 tahun 6 bulan, kemudian tukar bagi susu formula PEDIASURE (tanpa laktosa)



 Nurin ni selain ada ECZEMA, dia pon memang alah pada LAKTOSA .. so mmg agak susah nak cari susu yang sesuai dengan dia.. Pernah jugaklah cuba tukar kepada susu biasa mcm S26 ke, Fernleaf ke, banyak lagilah tapi memang tak jalanlah, habis satu badan naik ruam....  Dan yang last sekali kami tukar kepada DUMEX DUGRO FRUIT & VEG.


 Seminggu jugaklah dia minum susu ni nampak mcm ok jekan, takde muntah ke, naik ruam ke ape ke.... tup tup selang  dua minggu lepas tu naik balik ruam bisul/ sawan yang mcm sebelum ni SINI Tapi kali ni kena kat muka dia sampai bengkak sebelah mata kanan. So bila bawak klinik doc ckp Nurin kena jangkitan kuman maybe sebab tak serasi dengan susu tu, so doc cadangkan suruh bagi susu berasaskan soya iaitu ISOMIL .. 


Alhamdulillah lepas tukar ISOMIL ni mmg dah takde lagi dah naik bisul2 tu semua... Tapi tulah susu ni baunya mmg agak kurang menyelerakan, Nurin pon pandai dari jauh lagi dah nampak nak bagi minum susu, laju je dia lari tak mau minum.... skg ni bila bagi pon sy terpaksa tambah milo sikit barulah dia nak minum huhuhu ..... Sekarang masih tercari-cari lagi susu ape lah yang sesuai untuk Nurin ni. Ermmmmmmmmmmm "_____________"



Nota : Sekarang dah tahu punca kepala Nurin naik bisul/ sawan kepala itu... iaitu tak serasi dengan susu rupa...uhuuhuuhu
 

Oreo Cheese Cake Percubaan Kali ke-2

Alhamdulillah cubaan kali ke-2 membuat oreo cheese cake... so far kali ni menjadi walaupun rasanya agak kurang sikit. Bagi kawan-kawan kat opis rasa n dia orang pon cakap not badlah... hiihihi kiranya oklah tukan. Resepi Cheese Cake ni saya dapat dari kawan opis jugak... Thanks k.zai atas kesudian berkongsi resepi ni...


Bahan-bahan untuk Oreo Cheese Cake

Bahan A
200 gram Biskut Oreo
4-5 Sudu Kecil Mentega - cairkan

Bahan B
250 gram Cream Cheese
1/2 tin susu pekat
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar plain
1 Cawan Air

Cara-cara
  • Untuk Bahan A, Asingkan isi biskut oreo, kemudian blend biskut oreo hingga hancur
  • Kemudian masukkan biskut tadi ke dalam mentega yang telah dicairkan
  • Gaul sehingga biskut tadi boleh dikepal-kepal kemudian letakkan di dalam bekas (tekan-tekan bagi rata) dan sejukkan di dalam peti ais
  • Untuk Bahan B. Cream Cheese dipukul hingga kembang, Kemudian masukkan susu pekat, Pukul lagi hingga sebati
  • Dalam periuk panaskan serbuk agar-agar bersama 1 cawan air tadi. 
  • Kemudian masukkan agar-agar tadi ke dalam adunan cheese dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian Tuangkan adunan cheese di atas adunan biskut dan hias atas cheese tadi mengikut selera masing-masing.
  • Last sekali simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum dimakan.
  • Tadaaaaaaaaaa siap.

Isnin, 1 Oktober 2012

Birthday Girl 30 Sept 2012

30/9/2012... Alhamdulillah genaplah sudah 2 tahun usia puteri kami NURIN BATRISYIA BT AZMAN. Semoga anak mama diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah dan semoga akan dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat. amin.