Khamis, 28 Jun 2012

Kari Anak Ikan Tongkol, Sup Telor + su'un




Menu hari rabu... Kari anak ikan tongkol, sup telor + su'un dan ikan cencaru goreng. Simple-simple je kan... menu sup telor + su'un ni saya dapat kat blog mat gebu klik di sini.... simple dan mudah untuk disediakan.. dan yang penting anak-anak suka makan....wah senang keje mama kan... hihihi
Ok selamat makan semua... 

Nasi Ayam Biasa-biasa Je



Alhamdulillah ni ialah menu dinner kami pada malam selasa lepas... Nasi Ayam biasa-biasa je... sebenar saya ni tak berapa nak pandai sangat masak nasi ayam ni walaupun resepinya mmg senang... kadang-kadang jadi.. kadang-kadang tak... hihihii. Oklah meh kita tgk bahan2 yang biasa-biasa je nihh...

Bahan-bahan
2 cawan beras 
1/2 ekor ayam
1/4 bawang besar ** dihiris halus
2 sudu mentega
1/2 inci halia ** dihiris halus
Sup bunjut
sedikit serbuk kunyit ** terpulang nak guna @ tidak
1 kiub pati ayam
1 s/b madu
2 s/b kicap pekat
1 batang lobak 
1 biji kentang
Daun salad
Tomato
Daun sup dan daun bawang

Cara-cara
  • Bersihkan ayam. kemudian ayam direbus sehingga masak ( lebihkan air untuk masak nasi)
  • Basuh beras dan toskan.
  • Kemudian panaskan mentega dan tumis bawang dan halia.. bila dah kekuningan masukkan air rebusan ayam serta sedikit serbuk kunyit (utk bagi nasi warna kuning).. Bila dah mendidih masukkan beras yang telah ditoskan tadi. Masak seperti biasa.
  • Untuk ayam.. gaulkan ayam bersama madu dan kicap.. goreng dengan minyak yang penuh.
  • Untuk sup.. saya masukkan sedikit bawang, lobak dan kentang serta kiub pati ayam dan garam.
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang... kemudian tutup periuk. siap..


Rabu, 27 Jun 2012

WOWWW 1001 GIVEAWAY


Jom sertai WOWWW 1001 GIVEAWAY anjuran blog masakan kkida koleksi1001resepi.
klik sini untuk maklumat lanjut....:) 

Kelebihan Berselawat


Selasa, 26 Jun 2012

Sup Ayam Simple Je


Alhamdulillah ni adalah menu untuk dinner kami malam tadi... sup ayam simple je.. Menu yang amat mudah disediakan bagi ibu2 yang kesuntukan masa selain nak melayan anak kecik2 kan.... hiihihii.... Ok meh kita tgk resepinya pulak..

Bahan 

1/2 ekor ayam
1 labu bawang merah ** ditumbuk
2 ulas bawang putih ** ditumbuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Sedikit halia ** ketuk
1 Batang lobak
2 Biji Kentang
Daun sup dan daun bawang


Cara2
  • Kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih direndamkan dalam air panas... biarkan sehingga suam.
  • Kemudian Panaskan minyak dan tumiskan rempah ratus yang telah direndam tadi diikuti bawang  merah, bawang putih, halia dan tumis sebentar.
  • Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati diikuti air rendaman rempah ratus tadi beserta 1 mangkuk air lagi.. (jika mahu sup yang lebih boleh tambah air lagi).
  • Kemudian masukkan lobak dan kentang. Bila semua bahan dah empuk masukkan garam dan serbuk perisa jika suka.
  • Tutup api dan masukkan daun sup dan daun bawang.. ok siap.


Isnin, 25 Jun 2012

Pengalaman Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah inilah pengalaman yang bermakna dalam hidup saya... pengalaman yang sukar diungkap dengan kata2... Pengalaman berjaya menyusukan batrisyia sepenuhnya tanpa susu formula selama 1 tahun 6 bulan... Walaupun tak berjaya mencapai umur 2 tahun tapi sy tetap bersyukur krn diberikan kesempatan dan peluang untuk menyusukan batrisyia...

Walaupun saya mempunyai 3 anak... tapi menyusukan batrisyia adalah yg paling lama berbanding abg-abgya yang hanya berjaya menyusu badan selama 3 bulan sahaja.... Masa 6 bulan pregnantkan batrisyia saya mmg suka sangat baca pasal penyusuan ni.... nak kata kebetulan pon tak jugaklah kan tapi tulah... u all bayangkan time saya mengandung tu boleh dikatakan setiap majalah ada je info pasal penyusuan ni... sedikit sebanyak hal ni banyak mempengaruhi saya... Dalam hati saya ni kadang2 tu terdetik jugaklah " kalaulah saya dapat menyusu mcm mereka kan best"...huhuuhu... walaupun dalam hati tak pernah berniat pon nak menyusu anak selama yang ibu2 kat luar sana berjaya buatkan.... Bagi saya klu setakat dapat menyusu selama 6 bulan pon kira dah oklah kan..

Tapi tulah kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.... tanggal 30/9/2010 saya selamat melahirkan baby girl... baby girl yang dinanti-nantikan dalam keluarga kami..... Mungkin kerana terlampau excited dapat anak ppuan agaknya... saya tanpa sedar dapat menyusu batrisyia sepenuhnya selama 2 bulan dalam tempoh berpantang tu.... n nak dijadikan cerita time saya nak masuk keje lagi 2 minggu baru saya sedar yang saya belum ajar anak saya guna botol + minum susu formula... so my husband belikan susu formula untuk batrisyia... tapi batrisyia ni mcm tak serasi pulak dengan susu formula... bayangkan dalam 2 mgu tu 3 susu formula dicuba.... semuanya mcm tak blh terima... Masa mula2 bagi mmg dia akan minum elok... n 10 minit kemudian dia akan muntah lebih dari yang diminum... so mcm kesian gak kan... so terpaksalah jugak bagi susu badan balik... u all bayangkanlah kan time tu mmg tak terpikir langsung untuk buat stok untuk bagi kat taska ke ape kan..... dengan pengetahuan tentang penyusuan yang mmg ZERO time tu... so masa tu mmg tawakkal jelah.... 

Bulan pertama masuk keje mmg kelam kabut... dahlah taska anak jauh... dengan kejar masa nak pam kat opis lagi pahtu tengahari hantar kat taska pulak nak top up utk ptg......Ermm kiranya hampir 2 bulan jugaklah saya terpaksa pergi ke taska time tengahari untuk hantar susu kat batrisyia tu.....Ya Allah masa tu mmg sabar jelahkan .... Alhamdulillah 3 bulan berikutnya saya berjaya simpan stok sikit demi sikit.... Dalam pada itu saya banyak belajar mengenai penyusuan susu ibu kat internet.... selain join group KUMPULAN IBU2 MENYUSU... dalam group ni saya banyak menimba ilmu dengan ibu2 yang lain... Alhamdulillah mereka banyak membantu.... Bab kata orang nak menyusu anak hingga 2 tahun ni bukan perkara mudah... nak2 bagi ibu yang bekerja mcm saya.... masa memang kena pandai jaga... ermm selain tu banyak juga ujian dan dugaan yang terpaksa diharungi.

Ujian  pertama yang terpaksa saya lalui ialah bila Batrisyia disahkan ada Eczema... untuk baby eczema biasanya mereka tak boleh nak terima susu formula... mcm batrisyia dia mmg alah protein lembu...  so mmg tak blh minum susu formula yang ada protein lembu.... Oleh sebab itu ia menjadi satu permulaan untuk saya menyusu batrisyia sepenuhnya tanpa susu formula.... Ujian ke 2 datang lagi bila mana peti air kat rumah pulak rosak... banyangkan masa tu stok yang ada sebanyak 20botol x 4oz (bagi saya banyak jugaklah ni) mencair dan rosak .....ditambah pula apabila batrisyia terpaksa dimasukkan ke wad akibat jangkitan kuman kat paru-paru (banyak kahak kat dada) selama 5 hari.... .... Masa ni saya memag hampir give up... pikir mana nak buat stok susu dengan peti air yang rosak... mana nak menjaga batrisyia kat hospital kemudian dengan my husband yang suruh bagi susu formula kat batrisyia lagi. Ya Allah.... Bila batrisyia keluar hospital saya kena mula macam awal dulu balik yakni terpaksa berulang ke taska batrisyia untuk top up susu dia.... Alhamdulillah rezeki itu Tuhan yang bagi... saya berjaya kumpul balik stok susu untuk batrisyia.... My husband pon dah belikan peti ais baru.... walaupun dah semengah org lain punya tapi bersyukurlah sebab ada jugak tempat nak simpan susu tu kan...

Dugaan bukan setakat itu sahaja.. pernah saya diuji apabila susu badan mula berkurangan.... masa ni pon saya hampir give up lagi... bayangkan setiap kali pam hanya dapat 1-2oz sahaja...sedangkan anak saya minum 4x4oz satu hari... Segala petua yang orang bagi semua saya try.... Selain berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t.... Alhamdulillah Allah itu maha adilkan... bila mana klu niat kita itu betul, maka mudahlah Allah s.w.t bagi jalannya..... Masa join Kumpulan Ibu2 Menyusu ini saya banyak jugak dengar masalah mummy2 kat situ yang mana husband yang sokonglah, kena ejek ngan kawan2 lah, MIL tak sukalah dan macam2 lagilah... Tapi tulah yang penting nak berjaya dalam sesuatu perkara  niat tu kenalah betul.. InsyaAllah....

Alhamdulillah kini saya boleh senyum, bila mana saya dah berjaya menyusukan batrsiyia hingga berumur 1 tahun 6 bulan.. walaupun tak sampai usia 2 tahun tapi saya tetap berbangga sebabnya itu adalah tanda kejayaan saya.... kejayaan yang tak pernah saya impikan selama menjadi seorang ibu..... Alhamdulillah...


Nota : Sekadar berkongsi, lain orang lain pengalamannya....



Ahad, 24 Jun 2012

Mee Kari

Alhamdulillah hari ni sempat sediakan menu mee kari... menu ni sebenarnya dari minggu lepas lagi nak masak tapi tak bersempatan... So ari mood pon elok je... so masaklah mee kari tapi simple jelah sebab tak cukup bahan2, guna yang apa yang ada kat peti ais je.... :)




Ok itu je entry untuk hari ni... selamat makan semua.... Bismillahirahmanirahim...

Jumaat, 22 Jun 2012

Ruam Peluh / Sawan di Kepala Part 2

Ya Allah... ari tu ingatkan setakat tu saje akan keluar biji2 merah kat kepala batrisyia... rupanya selang beberapa hari lepas tu naik lagi banyak n besar2 pulak... kiranya penuh 1 kepala... Ya Allah luruh hati saya tengok. Banyak betul dugaan kat batrisyia.... start dari tu saya dah ralat nak bawak jumpa doc lagi... yelah klu setakat bagi antibiotik je kan pahtu bila habis minum jadi balik... mmg dah give up giler time tu.... Dalam hati mmg niat nak berubat cara kampung pulak... klu sebelum ni pernah taruk kunyit + kapor kemudian mandikan ngan air semambu tak ok jugak... ingat nak bawak jumpa ustaz pulak nak try mintak air penawar ke ape kan... sebabnya ramai yang saya jumpa katanya penyakit ni hanya boleh berubat cara tradisional sahaja.... so berusaha nak cari ustaz untuk bawak batrisyia berubat... TAPI. ada pulak yang tak setujunya... Ya Allah sabor jelah... Ayahnya pulak yang tak berapa nak setuju bila saya ckp nak bawak jumpa ustaz... masa ni Ya Allah mmg tak tahu nak cakap ape dahkan... niat kita nak ubat anak tu tapi ayahnya tak nak. Alasannya nak bawak batrisyia jumpa pakar kulit je.... My husband ni sebenarnya tak berapa yakin sangat perubatan tradisional ni... ermmmmmmmmmm.. tak tahu nak cakap ape dah time tu.

Last 7/6/2012 saya dengan berat hati bawalah jugak batrisyia ni g Klinik Qistina dekat Seri Kembangan... tu pon sekadar nak memenuhi kehendak my husband... ermm mcm biasalahkan doc hanya bagi antibiotik + ubat sapu je... n doc pon ada cadangankan supaya batrisyia dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk rujukan pakar..... my husband mmg setuju tapi dalam hati saya klu blh mmg tak nak bawak g hospital... yelah bukan nak biar je anak tu sakit... tp tak sanggup nak bagi anak tu dibuat mcm uji kaji pulak lepas ni.... Dalam hati hanya berdoa + tawakkal jelah moga batrisyia cepat sembuh...

Esoknya sebagai ikhtiar saya sebagai seorang mama yang tak dapat nak bawak anak berubat secara tradisional saya cuba beli AIR AL HAFIZ yang telah dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran.... masa bagi minum air penawar ni saya berdoa agar Allah bagi kesembuhan kat anak saya.... Alhamdulillah Allah maha berkuasa berkat usaha dan tawakkal batrisyia sembuh dengan baik.... Syukur Alhamdulillah. 

 Ni masa mula-mula jadi.... time ni masih kecik-kecik

Ni masa kali ke-2 batrisyia kena lagi....Masa ni sapu kunyit hidup + kapur

Yang ni pulak kali terakhir Batrisyia kena... Benjol yang kat hidung last sekali meletup.... dan yang tu merupakan ibu benjolnya...

 Alhamdulillah sekarang batrisyia dah sihat walafiat dengan kehendak-Nya.... Amin.




Rabu, 20 Jun 2012

Scott Emulsion

Assalamualaikum.... Hope hari ni akan dipermudahkan segala urusan selain diberikan kesihatan sihat walafiat hendaknya. Ok entry kali ni saya nak kongsikan dengan u all semua tentang scott emulsion... scott emulsion merupakan makanan tambahan atau suplimen tambahan untuk meningkatkan kekuatan tulang selain meningkatkan sistem imunisasi badan.... scott emulsion ni didatangkan dengan 2 perisa iaitu perisa oren dan perisa original

Anak saya Batrisyia mula diberi minum scott emulsion ni sejak umur setahun.... sebabnya batrisyia mempunyai sistem imunisasi badan yang rendah atau dengan kata lain mudah sangat tak sihat.... anak saya ni boleh dikatakan tiap2 bulan dia akan alami selsema selain batuk yang berpanjangan. Alhamdulillah sejak mengamalkan minum scott emulsion ni anak saya jarang selsema dan batuk... Hope akan berkekalan sihat dengan izin-Nya.. InsyaAllah.




Renung... renungkan

Perempuan yang garang luarannya sebenarnya lembut hatinya. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi.
Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cuma berilah nasihat.... InsyaAllah hati itu lembut mendengar nasihatmu.

Khamis, 14 Jun 2012

Kak... Kembar ke???

Haaaa tu diaahh ehhhh... Ayat yang sekian lama saya dah tak dengar n tiba2 pagi tadi ada lagi orang yang menegurnya..... Kak... kembar ke???? hahhahahha saspen je kan... bila orang tegur tanya kembar ke tak mesti korang ingat saya mengandungkan.... no...no...no bukan okehhh..

Habis tu klu bukan mengandung kembar, apanya yang kembar, sape?? saya ke yang kembar??? hahhahahhah.... ce teka... ce teka... 

oklah nak tahu sape yang selalu orang tegur kembar ni

meh kita tgk sape diaaaaaa


*

 *

*
*

*

*

*

*

*

*
tadaaaaa.... nilah dia 2 orang budak yang orang selalu tegur tu... Abang dan Adik

Eh kembar ke??
Kembar ke kak ?? 
dan macam2 lagilah dia orang punya soalan.


Mama : :)) Taklah setahun sorang je.... hehhehe

Ni masa umur 3 & 4 tahun

Ni masa umur 4 & 5 tahun

Ni masa umur 5 & 6 tahun.

Haaa kannnn.... bukan senangkan klu tak beranak kembar orang nak panggil kembar... tp dia orang berdua ni boleh dikatakan semua org panggil kembar....

Dia orang berdua ni mmg saya selalu belikan baju yang sama warna... kadang-kadang tu je beli gambar yang sama tp warna baju yang lain-lain (adik lebih gemar warna biru n abg warna merah).. yelah bukan pe takut bergaduh pulak..nantikan abg nak yang ni adik takde ni.. kan haru je mama nak menjawabkan. tp tulah bila dah pakai baju sama ni mmglah org akan tegur kembarkan.. nak nak pulak berdiri sama tinggi... duduk sama rendah... yang bezanya abang kurus adik berisi sikit... :)))




Sekadar Renungan Bersama

Selasa, 12 Jun 2012

Jangan Menilai Sekadar Luaran

Orang selalu kata saya ni garang... betul ke?? garang sangat ke saya ni... yap ngan anak2 mmg saya garang /tegas....tapi  tegas tak semestinya garang bukan.... kadang2 tu terpikir jugak mcm mana orang boleh menilai seseorang itu hanya sekadar luaran..... saya ni memang jenis tak berapa nak kesah sgt pasal org.... nak senyum pon kadang2 ikut mood.... klu nak tegur orang yang tak kenal mmg jauh sekalilah kan.... maybe mood/ perangai camtu kot org cakap saya ni garang....

Saya ni sebenarnya bukanlah garang sangat sebenarnya... hanya org yang betul2 kenal saya yang lebih tahu mcm mana perangai saya.... bab kata sorang tu... garang2 saya ni tapi dalam hati ada taman.... saya ni sebenarnya jenis yang mudah jatuh air mata atau dengan kata lain hati tisu.... jiwa saya ni mmg cukup sensitif... lebih2 lagi bila dah kawin n ada anak... anak tak sihat ke ape... mesti hati saya cepat tersentuh.... walhal benda tu kadang2 orang pandang kecik je... tp bagi saya bila anak2 tak sihat sy akan rusing..
Kadang2 tu klu tgk citer sedih pon saya boleh menangis... sob..sob...hehehhehe.... dulu masa bujang suka sangat layan citer hindustan... meleleh je air mata tu kan... wal hal takde benda pon... tp tulah dah namanya hati tisu mmg camtulah rupanyakan.....hihihi.

Apa pon saya ni sebenarnya bukanlah garang sangat... kadang2 terkasar sikit je... alaaaaaa bila sopan2 ni tgk mcm tergedik pon ade... hiihihi.... i don't like gedik2 okehhh... What ever jelah ape orang nak katakan janji saya jadi diri saya yang sebenar... no hipokrit.

akhir kalam... Kita sebagai insan biasa ni janganlah menilai seseorang itu sekadar luaran sahaja tapi dalamilah hati dan nuraninya.... Bab kata pepatah.. TAK KENAL MAKA TAK CINTA ( tak semestinya nak bercinta baru nak kenalkan...hihihih)

Wa Allahualam.


pic : by google

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger


http://www.hasrulhassan.com/2012/06/segmen-tambah-follower-dan-rakan.html

Nama Blog : Perjalanan Sebuah Kehidupan

Link Blog : http://qaseh-noor.blogspot.com 


Mula Berblog : 2011

Kenapa Berblog : Suka2 selain ingin menambah kenalan baru

Ikutan : kasihaleeya dan moon punya blog
 


Isnin, 11 Jun 2012

Bila Berat Badan Mula Naik

Entry kali ni bercerita pasal nak diet.... kenapa nak diet???.... ermm biasalahkan, klu sebut pasal nak diet ni mesti ada kaitannya dengan kenaikan berat badan... nak jd ceritanya minggu lepas seperti biasa saya g klinik untuk check up family planning.... so kena ambik berat badan n tekanan darah mcm selalulah kan... tekanan darah ok... tang nak g timbang ni dah risau sikit...... ermm terketat kaki nak naik penimbang tu.... almaklumlah dah rasa badan ni mcm makin besar sikit...hihihihih .. so bila naik penimbang tu mmg terkejut be*** okehhh... tak sangka langsung .. dua bulan sebelum tu timbang baru naik 60kg.... sekali ari tu timbang naik lagi 5 kg... huhuhuh hebat......  dasar jenis makan tak beringat nihh... makan main sedap mulut je.. bila dah gemuk mulalah gelabah nak kurus/ diet bagai......... hihihii biasalah kan adat perempuan... eh laki pon sama pe..

So start dari balik klinik ari tu dah plan kononnya nak dietlah kan... tapi tak tahulah camne gaya... kot niat kat hati kata ye tp mulut kata tak... hahhahhha. sia-sia je kan....

Perkara pertama nak kena buat ialah kurangkan makan nasi... ermmm saya ni klu bab makan nasi banyak kali pon takpe.... perut jenis tong besar agaknya... main kumpul je... nak membuangnya mmg susah.
klu sebelum ni makan nasi 3 kali sehari... skg nak kena kurangkan kepada 2 kali je sehari sekali ngan kuantiti nasi jugak... separuh je boleh.. 

Perkara kedua nak kena kurangkan makan makanan yang bergoreng.. saya ni klu nak tahu mmg hantu KFC.. pantang melintas je iklan kat TV ke mana-mana iklan ke mesti akan cari punya.. mmg jenis tak muak... klu time mengandung lagilah... tiap2 mgu nak makan KFC je... klu husband tak bagi pon esok lusa cari sendiri pon boleh...hahhahahah. nafsu makan punya pasalkan.... so skg kena kurangkan yee. KURANGKANNNN

  Yang ni pon sama.. klu setakat biase2 tu tak main okehh... mesti nak double... ermm agaknya klu ade 3ple bedal jugakkan... huhuhu

Perkara yang ke-3 mesti kena bersenam... ermm nak bersenam?? sempat ke.. yelah hari2 keje nya berkejor nak menguruskan anak bagai.. sorang ke sana dua ke sini....huhuhuhu.....harus okeyyyyy.... klu nak kurus u kena usaha... klu tak, tak payah nak beranganlah nak kurus.... buang masa je... makan banyak tp tak mau bersenam.. pe kes... hahhahahh

So untuk setakat ini, mahu cuba 3 perkara ni dahulu.... tengok berjaya @ sebaliknya..

Usaha tangga kejayaan... InsyaAllah.  

(Jangan hanya tahu berkata tapi tak tahu membuatnya...... BUKTIKAN.)




Jagalah Auratmu






gambar : by google

Aurat Dalam Islam

Assalamualaikum... Hari ni hati sikit tersentuh bila membaca satu artikel mengenail Aurat Wanita.... Tertusut di sanubari sampai bila harus saya begini... soal aurat sentiasa diambil sambil lewa... SubhanaAllah banyaknya dosa yang saya berikan pada Ayah, Abang dan Suami  saya... Bersama ini saya sertakan artikel mengenai Aurat Dalam Islam.... Semoga ianya menjadi panduan pada diri saya sendiri dan anda semua yang membaca.... InsyaAllah.

MUKADDIMAH
Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.
Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.
antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama. 

PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. 

ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud) 

PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun. 

KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam. 

Sumber : JAIS

Lumrah Hidup..... Sekadar Perkongsian



sumber : News Media Network

Ahad, 10 Jun 2012

Halia Dan Madu Untuk Keluarkan Kahak



Untuk mencairkan kahak, ambil sepotong halia lalu diparut dan diperah. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu lebah asli dan minum. Ini membantu memudahkan kahak keluar.
InsyaAllah... 

Note : Madu tidak digalakkan diberi pada kanak-kanak bawah 1 tahun.




sumber: PAMA



Serbuk Kunyit Penyembuh Kudis



Cara mudah untuk menyembuhkan kudis atau luka ialah dengan menggunakan serbuk kunyit. Bancuh serbuk kunyit dengan air hingga pekat. Kemudian sapukan pada bahagian berkudis atau luka. Insya-Allah dalam tempoh seminggu, kudis atau luka akan sembuh.





sumber : PAMA

Sabtu, 9 Jun 2012

Bahaya Madu Pada Bayi


sumber : google

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu “botulism”?

Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasa

Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

sumber : cyberclinics.org

Jumaat, 8 Jun 2012

Balasan Sikap Redha

Keredhaan akan mendatangkan ketenangan, kedamaian, kekuatan hati dalam menghadapi keraguan, begitu juga dalam menghadapi berbagai-bagi masalah yang bertindih-tindih dan yang muncul bertubi-tubi. Hati yang redha akan yakin sepenuhnya kepada janji Allah dan Rasul-Nya. Hati orang seperti ini seolah-olah dibisikkan suara:

"inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya".Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah".
(Surah Al-Ahzab : 22)

Sebaliknya, tidak menerima akan membuatkan hati tidak tenang, ragu dan cemas, tidak gigih, sakit hati dan bergelorak. Hati menjadi bergejolak dan terganggu, seolah-olah di dalamnya ade suara membisikkan :

" Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan pada kami melainkan tipu daya".
(Surah Al-Ahzab : 12)

Orang-orang yang mempunyai hati seperti ini akan mengakui kebenaran jika datang kebenaran, dan akan berpaling jika mereka dituntut untuk memenuhi tugas mereka. Apabila mereka diberi kebaikan maka mereka akan merasa tenang, tetapi ketika diuji maka mereka akan berubah menjadi susah hati. Mereka akan rugi du dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya keredhaan itu akan memberi ketenangan, sesuatu yang paling berharga. Kerana ketenangan akan membuat hati kuat, keadaan terkawal, dan hati menjadi jernih. Dan tidak menerima hanya akan menjauhkannya dari ketenangan itu, jauh dekatnya bergantung pada besar kecilnya rasa tidak puas hati terhadap keadaan. Apabila ketenangan itu hilang maka dengan serta merta kegembiraan, rasa aman, dan kedamaian hidup juga akan lenyap. Dengan demikian bermakna bahawa nikmat terbesar yang Allah berikan kepada hamba-Nya adalah ketenangan di hati. Dan bagaimana ia boleh diperolehi? sudah tentulah dengan keredhaannya kepada Allah bagaimanapun keadaan yang meliputinya.

"KETENANGAN JIWA TIDAK AKAN TERCAPAI DENGAN MENENTANG QADAR DAN MELAWAN QADHA".




Sumber : La Tahzan



Khamis, 7 Jun 2012

Keputusan Sekolah Tahun 1/2013

Alhamdulillah keputusan permohonan sekolah untuk tahun 1/ 2013 telah keluar dan boleh disemak di sini
Pada mulanya anak saya Aiman ni saya daftar untuk Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(2), tapi dapat penempatan kat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1).. kira oklah jugakkan... dekatlah jugak ngan opis ni ahh..

So sekarang bermulalah episod untuk memikirkan barang-barang kelengkapan sekolah dan sebagainya......... waduiiiiiiii kepala waaaaaaa sudah pening sudahhh... ni baru sorang belum masuk lagi sorang tahun 2014 nya pulak.......... huhuhuhu





p.s : Sape2 yang tahu kedai menjual kelengkapan sekolah bolehlah share kat saya jugak yap.... Harga yang murah tapi berkualiti... hihihihi




Aiman Besday Party

Alhamdulillah jumaat minggu lepas saya dapat buat besday party untuk Aiman... besday kali ni terpaksa dibuat awal pasalnya semua orang yang nak membuat kek nak bercuti panjang... so terpaksalah buat awal... awal pon bukanlah awal sangat just 3 ari je awalnya..

Apa pon semuanya dah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Tema warna seperti biasalah warna kegemaran aiman iaitu MERAH... so bentuk kek untuk tahun ni saya buat no.6 sempena 6 tahun umur aiman... tahun ni maybe tahun terakhirlah kot aiman dapat sambut besday kat sekolah.. nanti next years dah masuk tahun 1 rasanya tak dapat dah kot nak buat kat sekolah lagi.... huhuhuu

Doa Mama buat Aiman

SEMOGA AIMAN MENJADI ANAK YANG SOLEH,
TAAT PERINTAH ALLAH,
MENJADI ANAK YANG BERJAYA
DAN
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DUNIA  DAN AKHIRAT...
AMIN.

 Kawan2 nyanyi Happy Besday untuk Aiman

 Kawan2 Aiman pula sama teruja tengok kek tu...

 Ok potongggggggg




 Kek pilihan untuk tahun ini......


 Jajan untuk kawan-kawan Aiman.