Jumaat, 17 Mei 2013

Allah Sebaik-baik Penolong Dan Pelindung

Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada pada-Nya, jika anda mahu keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana. Jadikanlah "HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL" syiar dan amalan yang selalu meliputi langkah hidup anda. Jika harta anda sedikit, hutang yang banyak, sumber penghidupan anda kering, dan mata pencarian anda terhenti, mengadulah kepada Tuhanmu sambil mengucapkan : "HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL."

Jika anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap kejahatan orang zalim, atau khuatir dengan sesuatu bencana maka ucapkanlah dengan ikhlas kalimat ini: "HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL."

"Dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)."

(Surah Al-Furqan: 31)

Sumber :  La Tahzan

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Jasa kalian dalam mendidik kami tidak dapat kami ungkap dengan kata-kata. Semoga Allah SWT dapat membalas segala didikan yang telah kalian berikan..... Amiin.

Rabu, 8 Mei 2013

Cocoa Collagen Power Plus

 Assalamualaikum... salam sejahtera...

Cocoa Collagen Power Plus??? mesti u all dah pernah dengarkan. 

Saya mula minum cocoa ni kira baru lagilah tak sampai 1 minggu pon lagi. Rasanya pon boleh tahan sedap jugaklah.... kira boleh diterima oleh tekak saya yang tak suka minum benda alah macam ni. Kotak dia pon cantik... pink gitu.. Untuk minggu pertama ni adalah sedikit perubahan yang di rasa dari segi fizikal macam badan pon lebih bertenaga, tak mudah penat, kulit muka pon rasa lembap je dan yang paling best sangat tu bila sistem penghadaman dah sedikit lawas.. klu tak dulu nak membuang 2 hari sekali pon susah.. but now dah boleh. So memang tak sia-sia saya minum cocoa collagen ni.

pic by google

oklah meh sini nak share sikit mengenai Cocoa Collagen ni..

Kandungan dalam Cocoa Collagen Power Plus.

Marine Collagen - Membantu mengimbangi hormon, mencantikkan kulit, menghaluskan dan menggebukan kulit;

Kacip Fatimah -  Membantu merapatkan otot-otot rahim, faraj wanita dan memberi kehebatan dalam hubungan suami isteri;

Lobata - Membantu menambahkan tenaga, memontokkan dan menegangkan payu dara serta punggung;

Krimer bukan tenusu - Membantu meningkatkan daya kesihatan anda;

Dextrose Monohydrate - Melambatkan proses penuaan;

Oligo Saccharide - Menyahkan toksin dan meningkatkan sistem dalam badan.


Kebaikan dan Khasiat

- Membantu mengimbangi hormon
- Membantu merangsangkan pertumbuhan sel baru/ anti kedut
- Membantu mencantik, menghalus dan menggebukan kulit
- Membantu memontokkan dan menegangkan payudara serta punggung
- Membantu melambatkan proses penuaan
- Membantu merapatkan vagina dan mengeratkan hubungan suami isteri
- Membantu mencantikkan kembali tumit kaki yang pecah
- Membantu mencerahkan kulit secara semulajadi
- Membantu memberikan tenaga
- Membantu mengurangkan keguguran rambut
- Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan
- Membantu mengimbangi berat badan
- Membantu meningkatkan daya penghadaman
- Membantu mengurangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot.

Selasa, 7 Mei 2013

Wedding My Sisters

Assalamualaikum

Alhamdulillah dengan 2 kali lafaz maka sahlah sudah my sisters a.k.a Cik Ma menjadi isteri kepada kekasih hatinya. Hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25 tahun. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke syurga. Insyaallah amiin.  Untuk tema wedding pilihan Cik Ma adalah pink, hijau n putih. Segala gubahan hantaran, pakaian pengantin semuanya disediakan oleh pengantin itu sendiri.. hihihi kelas ko jah... 


 
Sebelum menjadi Puan








Family Pengantin Lelaki...

Family Pengantin Perempuan... Sikit je pon..



Hantaran dari Pihak Pengantin Perempuan

Hantaran dari Pihak Pengantin Lelaki

Isnin, 6 Mei 2013

Kelebihan Ayat Kursi





Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


Subhanallah...