Jumaat, 28 Disember 2012

Debaran Anak Nak Masuk Sekolah

Assalamualaikum.... Salam sejahtera n selamat pagi semua... Diharapkan sihat-sihat semua... hihihih macam nak bagi ucapan pengarah pulak...

Mood tengah excited menanti anak nak masuk sekolah... siang malam asyik pikir anak sekolah je... hahhahahh macam anak awak sorang je yang nak sekolahkan...... over excitednya mak ko ni ekk... hahhahaha

Esok 29/12/2012 sabtu tarikh pendaftaran tahun 1/2013... ermmm tak sabor nak tunggu esok ni... Macam manalah kan. Pengalaman pertama bagi saya n Aiman... Harap semuanya berjalan dengan lancar.





Khamis, 20 Disember 2012

Minggu Yang Stress

Assalamualaikum..

Minggu ni agak sibuk dengan urusan persekolah anak-anak, Isnin lepas dapat call dari Pejabat Pelajaran Putrajaya yang mengatakan anak saya Muhammad Aiman Aqil akan ditukarkan ke sekolah lain... Ahhh berita yang amat mengejutkan selain menambahkan masalah untuk memikirkannya... Agak strees bila last minit dapat call macam tu... aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Penempatan awal dapat kat SKP P18(1) dan kemudian pihak Pejabat Pelajaran buat penyelarasan untuk pembukaan sekolah baru di presint 5 dan anak saya antaranya yang ditukarkan ke SKP P5(1). Kelam kabut ok bila cikgu maklumkan yang tak dibenarkan buat rayuan... aaaaaaaaaaaaaa tidakkkkkkkkk.

Time dapat call tu mmg blerrr kejap... diam tanpa kata apa2.... 1 jam kemudian sy call balik Pejabat Pelajaran tersebut untuk membuat rayuan jugak.... maklumbalas yang diterima katanya nnt akan dirujuk pada pegawai atasan.. so puan kena tunggu dulu... stress tahap gaban masa ni... 2 malam tak dapat tidor lena pikir pasal sekolah anak ni... Hari selasanya saya call lagi Pejabat Pelajaran untuk rayuan sampai menangis bagai....kemudian emailkan juga surat rayuan kat pegawai dia orang... maklumbalas yang sama juga diterima... ahhhhh stress lagi......adoiiiiiii....dahlah semua urusan persekolahan anak semua dah dibuat... tup2 lain lak jadinya.... 



Happy Birthday Abang 20/12/2012

Assalamualaikum..

20/12/2012
Hari ini merupakan hari lahir MyHusband yang ke-37


Selamat Hari Lahir Abang
Semoga dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki,
Diberikan kesihatan yang baik,
Semoga menjadi Suami n Ayah yang soleh untuk kami,
Dan semoga dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat.


Rabu, 19 Disember 2012

JANGAN SEDIH.....


Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah... tiada ungkapan yang dapat diucapkan selain kata syukur.. Terima kasih yang tak terhingga Ya Allah kerana mendengar setiap rintihan dari hambamu yang naif ini....

Dikala aku diuji... aku merintih, menangis dalam menghadapinya....hanya kepada-Mu aku berdoa dan memohon pertolongan.

Aku bersyukur Ya Allah.. kerana Engkau sudi mendengar rintihan hambamu ini..

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah
 

pic by google

Rabu, 12 Disember 2012

Gulai Daging Versi Terengganu

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia semua... cewahhhhh skima lak ari ni... Hari ini 12.12.12 satu tarikh / nombor yang cantikkkkk punya... nombor yang takkan kita jumpa untuk tahun-tahun yang akan datang.. Hari ni mungkin ada yang buat kenduri kahwin, ada yang sambut besday dan mungkin akan ada kenangan yang terindah buat diri u all yang akan diabadikan pada hari ini. Pada saya pulak, ari ni tak berapa nak best kot.. sebabnya dengan badan yang tak sihatnya dengan selesemanya, dengan bibir bengkaknya... ....huhuhu dugaan.

Baiklah hari dengan mood yang kelaut ni saya nak kongsikan dengan U all semua menu dinner kami malam tadi.. Gulai Daging Versi Terengganu... saya ni cakap je orang terengganu tapi hampeh... selama kahwin 8 tahun ni.. kadang-kadang je masak menu versi terengganu ni... sebabnya myhusband tak berapa nak gemar sangat masakan terengganu melainkan nasi dagang + kopok leko. Yang lain macam singgang ke, budu ke, masak sayur air ermm jawabnya awak yang masak awak jelah yang makan... kecik hati guaaaa..huhuhu.

oklah meh kita tengok resepi Gulai Daging ni dulu... Niat asalnya nak masak daging kurma.. tapi ntah mcm mana leh masak gulai daging ni pulak. hihihihi. Resepi yang simple je.. just tengok kat belakang plastik rempah tu je.. "________" Resepi ni saya masak menggunakan Rempah Gulai & Rempah Masak Cap Bunga Rose.. Rempah yang biasa digunakan di Terengganu.


Bahan-bahan
500gram Daging lembu - Dipotong nipis, dicuci dan ditoskan.
2 sudu besar cili boh @ cili kering yang dikisar
1 sudu besar  Rempah Masak Cap Bunga Rose
2 sudu besar Rempah Gulai Cap Bunga Rose
3 labu bawang merah - blend
3-4 ulas bawang putih- blend
1 inci halia - blend
1 inci lengkuas - blend
Sedikit gula melaka
Santan
 Rempah ratus

Cara-cara
Tumiskan rempah ratus hingga berbau wangi
Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis lagi hingga kekuningan
Kemudian masukkan rempah gulai, rempah masak dan cili boh dan tumis lagi hingga pecah minyak.
(Rempah gulai dan rempah masak dicampurkan dengan sedikit air bagi menjadi pes)
Masukkan daging dan kacau bagi sekata dengan rempah.
Tunggu hingga daging empuk, kemudian masukkan gula melaka diikuti kentang jika ada.
Renih sebentar kemudian baru masukkan santan.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
Siap.


Isnin, 10 Disember 2012

Menjala Tepung lagi @ Roti Jala

Assalamualaikum... Mode ceria dengan cuaca pon yang agak ceria pagi ni. Oklah hari ini cuma nak kongsikan menu petang kita orang pada hari minggu lepas.

Roti Jala

 Dihidangkan bersama ikan sardin masak kari... First time masak ikan sardin masak kari ni.. rasanya Not bad lah.


sebenarnya dah lama tak menjala roti jala ni... Mood datang nak menjala ni pon pasalnya dok teringatkan acuan yang dibeli ari tu tapi tak guna lagi....hihihi... so saje jelahkan nak testing tengok jadi ke dak bila guna acuan baru ni... acuan ni saya beli dengan blogger Dapurkakjee.com @ k.jee. Memang berbaloilah beli acuan ni sebabnya mudah sangat nak gunanya... takdelah lengguh-lengguh tangan ni kan bila nak buat acuan roti jala tu...hihihi i like.

Pic by Google : Acuan yang dibeli dengan kak jee


Pic by Google : Acuan yang pernah digunakan sebelum ni.


Oklah kita kongsikan resepinya pulak... resepi ni saya dapat dari akak opis lama dulu... Senang dan ringkas je.

Bahan untuk Roti Jala - 30 keping

4 Cawan Tepung Gandum
2 1/2 Cawan Air
2 Biji Telur
1 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam

Cara-caranya

Blend semua bahan diatas sehingga nampak berlubang ditengahnya. 
Masukkan adunan dalam acuan roti jala
Panaskan  fry pan dan tuangkan adunan tadi mengikut bentuk citarasa masing-masing.
Nak buat bulat ke nak buat macam bentuk yg saya buat tu (mcm ayang tikar tu) pon boleh.. terpulang
Tunggu 1-2 minit dah boleh diangkat dan digulungkan.
Ulang hingga habis semua adunan.
ok siap.


Adunan yang senang dibentuk




Jumaat, 7 Disember 2012

Cara Mendidik Anak Menurut Islam

Assalamualaikum.....

Perkongsian ilmu daripada Semanis Kurma..  Sekadar memperingati untuk diri sendiri dan semua ibubapa diluar sana. :) Semoga ilmu yang dikongsikan ini akan mendatang manfaat untuk kita semua. InsyaAllah.


Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"
Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Setelah Anak Dilahirkan

 Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:

" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:

"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun. 

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Kesimpulan

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Rabu, 5 Disember 2012

Bila Aiman Nak Masuk Sekolah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. semoga hari ini akan memberikan 1000x keberkatan dalam kita menjalani kehidupan pada hari ini... InsyaAllah. 

Berbalik pada tajuk asal :) Minggu lepas kami dah beli hampir 90% kelengkapan sekolah Aiman. Boleh tahan gaklah kan barang-barang depa nak sekolah ni.... Ni baru sorang ermm... Klu yang anak 3-4 orang tu mau sempot jugak kan...


Baju Sekolah KAFA... Kain sampin je lum beli lagi..

Baju ni kami beli kat Pasaraya Karnival dekat Dengkil
Harga sepasang baju melayu hanya RM16.90 x 3.. sangat murah ok
Kasut lak baru RM15.90 pon murah juga

Stokin pulak baru RM7.90 untuk 3 pasang.
Spender Ben10 baru RM8.90 untuk 3 helai
Total  : RM83.00

Baju Sekolah Kebangsaan.
Baju sekolah kebangsaan ini pula kami beli kat Tesco Bandar Bukit Puchong
Baju saja dah RM20.90 sehelai x 3 helai
Seluar RM31.90 sehelai x 3 helai
Stokin RM8.90 3 pasang
Kasut RM25.90
Total  : RM191.00


Kasut Sekolah


Beg Sekolah KAFA ( yang ni dapat time konvo Tabika ari tu)

Beg Sekolah Kebangsaan
  Beg Ben10 ni beli kat kedai areal Dengkil gak.. murah je baru RM15.90


Total semua ni adalah : RM289.00 tu diaaaa berpeluh jap.. ni baru anak pertama... tahun depan????

Alat Tulis ( yang ni pon ada yang kurang lagi)


Isnin, 3 Disember 2012

Masak-Masak Lagi.....

Assalamualaikum.... salam Disember semua. Hari ini takde citer yang nak dikongsikan cuma nak tayang makanan je... hihihih.

Lauk hujung minggu... ni pon lepas letih pikir nak masak pe???

 
Siakap Masak Tom Yam

 Ayam Goreng Kunyit

Ketam Masak Lemak Cili Padi