Khamis, 22 November 2012

Felinna Inchloss Lotion

Assalamualaikum.. hai selamat petang u all semua, cuaca kat luar tu nampak gelap je kan.. minta-minta takdelah hujan sampai ke balik keje kan...Letih looo nak berkendung2 anak nak meredah hujan nanti tu. hihihii

Oklah petang ni saya nak kongsi dengan u all semua mengenai Felinna Inchloss Lotian ni.. haaaaa mesti u all semua dah tahu @ dengarkan.. yelah lotian ni sekarangkan tengah glamor kat luar sana tu ah, mcm goreng pisang panas gitu. Oleh kerana dek terpengaruh jugak pasal lotion ni, saya ni pon kira terjebat samalah menggunakan lotion ni. bab kat sesetengah testimoni tu sekali sapu dah kurang 1 @ 1/2 inci kan.. so ape lagi hati mestilah gedik nak cubakan nak kuruslah kononnya...hahhahah jangan jelous. ermm setakat seminggu yang saya guna ni adalah kurang sikit ukurannya... pagi tadi cuba timbang nampaklah jugak keberkesanannya kira turun jugaklah dalam 2kg gitu dari 65kg ke 63kg... haaaaa tu baru seminggu guna now kita tunggu lagi sebulan tengok camne resultnya...hihihih. (tak sabar u all)



Ok since ramai yg pelik kenapa INCHLOSS lotion sangat2 mendapat sambutan hangat...

1. Lotion ini sangat wangi dan tak terlalu panas, dia dingin dan mesra pengguna.
2. Hanya sekali sapuan anda boleh lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna Ya)
3. Inchloss diformulasikan dari bahan2 semulajadi yang selamat untuk wanita hamil, menyusu atau gastrik.
4. Kita boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan, jadi kalau yang nak kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pon boleh beli cuba... pasti puas hati!
5. Yang pastinya dengan inchloss pengeluar dah hantar untuk dibacakan 30 juzuk al-quran di Maahad Tahfiz Bukit Mertajam Penang... (Jadi jangan langkah Ya).

JADI KEPADA YANG BELUM MENCUBA INCHLOSS INI ANDA BOLEH MENCUBANYA SEKARANG. JIKA ANDA SEDANG MAKAN PIL KURUS ATAU DALAM RAWATAN KURUS PUN BOLEH APPLY UNTUK PERCEPATKAN LAGI PROSES PEMBAKARAN LEMAK.

INCHLOOS SANGAT SELAMAT DAN BERKESAN.

ADA HALAL JAKIM DAN BERDAFTAR DENGAN KKM.



CARA PENGGUNAAN INCHLOSS LOTION

1. Picitkan secukupnya dan sapu pada bahagian yang memerlukan sambil membuat urutan ringan ** gerakkan membulat** (pusing arah lawan jam) beberapa kali ataupun sampai meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
2. Sapu 2 kali sehari. Lepas mandi dan sebelum tidur

*** TIPS: Untuk mempercepatkan masalah perut buncit, adalah digalakan dipakai bersama bengkung.

Ok ni adalah antara beberapa testimoni yang saya dapat kat google yang telah mengguna Inchloss Lotion ni.

 



 


Haaa teruja tak.... Now ape tunggu lagi orderlah sekarang.

 Harga RM75 / RM80 (Sabah Sarawak)
free postage

Siapa nak order boleh email detail kat inchloss87@gmail.com

Facebook: Felinna Inchloss Lotion

Subject : Order Fellina Inchloss
Nama Penuh :
Alamat :
Jumlah :
No Telefon : (Tujuan pengeposan)

wawa 017-2482798



APA KEISTIMEWAAN SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT MASAKINI?

-diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang),  untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.

-dibacakan 30 juzuk al-quran di maahad tahfiz Bukit Mertajam, P.Pinang... Semoga lebih dirahmati dan memberi kesan sebagaimana diingini pengguna..(Jd jangan langkah ya, simpan di tempat yang sepatutnya.)

-yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.

-selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.

-boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)


CARA GUNA:

-picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang memerlukan sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) beberapa kali atau sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
-sapu 2x sehari, sebaiknya selepas mandi dan juga malam sebelum tidur.
-boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (ibu dalam pantang juga boleh mengamalkannya)

Lagi http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/10/fellina-beauty-inch-loss-losyen.html#ixzz2Cvwvmm5R
APA KEISTIMEWAAN SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT MASAKINI?

-diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang),  untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.

-dibacakan 30 juzuk al-quran di maahad tahfiz Bukit Mertajam, P.Pinang... Semoga lebih dirahmati dan memberi kesan sebagaimana diingini pengguna..(Jd jangan langkah ya, simpan di tempat yang sepatutnya.)

-yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.

-selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.

-boleh disapu pada pipi dan dagu (sapuan nipis) untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menghilangkan dagu tembam atau berlipat, kulit leher melendut)


CARA GUNA:

-picit secukupnya dan sapu pada bahagian badan yang memerlukan sambil membuat urutan ringan dengan gerakan membulat (pusingan arah ikut/lawan jam) beberapa kali atau sehingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit.
-sapu 2x sehari, sebaiknya selepas mandi dan juga malam sebelum tidur.
-boleh digunakan oleh lelaki dan wanita (ibu dalam pantang juga boleh mengamalkannya)

Lagi http://jelitawan-sfbeauty.blogspot.com/2012/10/fellina-beauty-inch-loss-losyen.html#ixzz2Cvwvmm5R

Isnin, 19 November 2012

Chocolate Badam a.k.a Chocolate Chip

Percubaan pertama menjadilah juga walaupun keras sikit... tapi yang pentingnya anak-anak suka...hihihi I Like. Bab kata en.suami macam biskut yaya je... huhuhu. sabor jelah. Ape pon lepas ni leh try lagi.

Resepi asal biskut ni ialah Chocolate Chip... tapi chipnya dah habis sebabnya dah selamat dimakan oleh anak daraku baby tu ahh... so kita taruk badam jelah... So inilah rupanya biskut chocolate badam a.k.a chocolate chip saya..


Bahan-bahan
2 Cawan Tepung Biskut
1/2 Buku Butter
1 Biji Telur - dipukul hingga kembang
Sedikit Esen Vanila
100 gram Serbuk Koko
Badam - di goreng tanpa minyak
Chocolate Chip

Cara-cara
Pukul butter dan telur hingga sebati, kemudian masukkan esen vanila
Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati menggunakan spatula
Kemudian masukkan serbuk koko
Dan last sekali masukkan badam dan chocolate chip
Buat bentuk mengikut citarasa masing-masing
Bakar pada suhu 160c selama 10-15 minit.

Khamis, 15 November 2012

Rabu, 7 November 2012

Ayam Goreng Lada Hitam by ResepiMudah

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Alhamdulillah nampaknya cuaca hari cerah dan ceria je... Harapnya akan berterusanlah sehingga hari-hari berikutnya. aamiin. Oklah berbalik kepada tajuk kat atas tu, ari ni saya nak kongsi 1 lagi menu baru yang saya cuba malam tadi iaitu Ayam Goreng Lada Hitam.. Sumber resepi ni saya dapat dari ResepiMudah

Ok meh kita tgk rupa Ayam Goreng Lada Hitam saya...:)


Bahan-bahan
5 ketul ayam
2 sudu makan lada hitam ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
minyak utk menggoreng 
 Cara-cara
Perapkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam.
Kemudian gorengkan sehingga masak.
Siap untuk dihidang.
Simple jekan cara masakan dia... Dan yang paling penting sedap...hihihih. Apa pun terima kasih untuk ResepiMudah.com sebab sudi kongsi resepi ni.
 

Alhamdulillah Air Dah Surut....

Alhamdulillah syukur kerana keadaan telah kembali seperti sedia kala... Walaupun ada sesetengah kawasan masih dilanda banjir... Balik kerja petang semalam tengok keadaan dah beransur pulih.. air pun dah surut.


Dah nampak pagar longkang besar kat sebelah sana tu.. klu tak sebelum ni tenggelam habis.
 

Keadaan sebelum


Isnin, 5 November 2012

Majlis Konvokesyen Aiman

5 November 2012 berlangsungnya Majlis Konvokesyen di Tabika Permata KDN.


Persembahan dari kanak-kanak 4 -6 tahun Tabika Permata

Penyampaian saguhati kepada Kanak-kanak Permata 5 tahun


Penyampaian sijil kepada kanak-kanak Permata 6 Tahun

Aiman dan Adik








Banjir di Taman Baiduri, Dengkil

Subhanallah.... terkejut bila bangun pagi untuk solat subuh tiba-tiba terpandang kat luar tingkap air sungai dah naik... Ya allah, punyalah tidor sampai tak sedar air naik... Hujan dari petang sabtu hingga tengah malam ahad tu menyebabkan air longkang melimpah hingga ke paras pinggang. Syukur sebab air naik tak sampai kat rumah saya... Tapi sedih juga sebabnya rumah jiran blok belakang rumah saya dinaiki air dan mereka  terpaksa dipindahkan ke Dewan Serbaguna untuk sementara waktu. Menurut jiran-jiran kat sini, ini kejadian pertama yang berlaku selama mereka tinggal kat situ.




Gambar dari depan rumah saya

Info dari Berita Harian online 5/11/2012

Hujan lebat berterusan punca banjir

Putrajaya: Hujan lebat berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan sekitar Dengkil, di sini serta Batu Pahat, Johor dan Jasin, Melaka dilanda banjir.

Di Dengkil, sehingga jam 5 petang semalam, seramai 545 penduduk dari sekitar pekan berkenaan dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Orang Ramai Kampung Semarang berikutan kenaikan mendadak paras air Sungai Langat yang menyebabkan banjir sedalam 1.2 meter.

Antara kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Semarang, Kampung Cemarai, Kampung Kerinsing, Kampung Revolusi Hijau, Taman Amentis, Taman Emas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Sharikan Bastaman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mulai jam 4.48 pagi semalam sebelum mengerahkan 38 anggota dari Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya memulakan operasi memindahkan mangsa.

Banjir: 889 penduduk Dengkil dipindahkan

DENGKIL: Seramai 889 penduduk di kawasan ini ditempatkan di empat penempatan di sini sehingga jam 10 pagi tadi, selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat yang sejak pagi semalam.

Antara kawasan penempatan terbabit termasuk Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Gemilang, Tadika Kampung Kelinsing dan dewan di Kampung Paya Rumput.

Seramai 220 mangsa diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap di kediaman masing-masing. 

Sehingga pagi tadi, beberapa kawasan dilaporkan masih mengalami peningkatan paras air termasuk Taman Sri Tanjung, Taman Baiduri dan Taman Bukit Changgang.