Isnin, 22 April 2013

Tips Hilangkan Kotoran Degil Pada Pakaian

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsikan dengan u all semua tip bagi menghilangkan kotoran degil atau dengan kata lain daki pada pakaian.... klu biasanya kita tengok kat baju-baju sekolah anak-anak memang mudah kena kotoran ni... nak-nak kalau anak tu anak lelaki.... lagilah yak ampun. Bukan nak kata anak oranglah kan anak saya sendiri pon sama je... hari pertama sekolah pon baju dah macam apa je... adoiiiiiiii geleng kepala tengok... dalam kepala habislah nak kena sental bagai nihhhhhhhh...huhuh

Pic by Google

Cara ini SIL saya yang ajarkan... maklumlah depekan anak dah ramai yang bersekolah..so kira tererlah bab-bab mcm ni... Yang awak ni pulak baru sorang dua nak masuk sekolah... so belajarlah mana yang patut ekk.

Oklah caranya mudah je.. Just dapatkan SABUN MANDI BUKU macam ni je... beli yang murah-murah dahle...
 Pic by : google

Tak payah nak guna clorox bagai.. Kemudian basahkan baju yang nak dicuci tu dengan sedikit air dan gosokkan sabun mandi tu pada tempat yang kotor pada baju tu.. tunggu dalam 2-3 minit kemudian bolehlah disental... time ni tak payahlah nak sental kuat2 pon... sental biasa2 je...

Ahhhhh tak sampai 2 minit dah hilang semua daki maki tu... senangkan..

Pic by Google

So bagi mak-mak yang ada masalah kotoran dengil @ daki yang susah nak hilang tu bolehlah cuba cara ni... jimat masa, jimat tenaga dan jimat kos (beli sabun murah2 sudah)... hihiihi.