Rabu, 22 Februari 2012

Anak demam

Hari ni anak aku nurin batrisyia demam, batuk n selesama lagi... so mcm biaselah kena bawak g klinik lagi.. sebelum ni hanya pegi klinik jumpa pegawai perubatan biase je n dia orang pun ade jugak suruh bawak anak aku g jumpa doktor kat klinik P9 tu pasalnya anak aku ni boleh dikatakan tiap-tiap bulan dia akan demam n batuk... so PP tu ckp baik bawak jumpa doktor terus kot boleh buat rawatan lebih lanjutkan........ so ari ni aku pon bawaklah anak aku ni g jumpa doktor kat P9 tu...

klinik kat P9 ni servis dia mmg leh tahanlah lembapppppppnya... pendaftaran saje dah 1/2 jam, pahtu kena ke trias pulak tu pon ambik masa 1/2 jam jugak n lum masuk jumpa doktor kena tunggu no giliran lagi tu pon paling kurang dalam 1 jam jugak... so boleh dikatakan masa menunggu saje dah 2 jam.. aku ni tahu jelah kan klu bab masa ni mmg aku jaga betul tau.... klu basa jenis yang terhegeh2 tu mmg harap maklumlah mmg kena sound teruslah. (masa itu emas okeyyyyyyyyy)..

ok balik bab klinik tadi... dah 2 jam menunggu akhir doktor pon panggillah, masuk dgn perasaan angin je..

Doktor : anak sakit pe ye puan??
me : demam n batuk
Doktor : selesama ade tak??
me : ade jugak

doktor pon ambiklah suhu badan anak aku ni ahh... pahtu dia pon tanya lagi..

Doktor : anak berat berapa yap??
me : 8 kg
Doktor : ehh kecik nya... umur dah 1t4m kan..
me : (dalam kepala).. korang asam punya doktor, suka hati ko je ckp anak aku cam tu.

dah lah kena tunggu lama, pahtu dapat doktor pulak yang ntah pe-pe je... ingatkan bila dah jumpa doktor ni banyaklah info yang akan aku dapat.. tapi hampeh sama je macam jumpa PP tu... lain aku tanya, lain pulak dia jawabnya... eeeeeeeee sabor jelah.

Ahad, 19 Februari 2012

Blended Oren Kek

Tadaaaaaaaa... wahhh akhirnya menjadi jugak kek ni, senang n mudah je resepinya... kiranya tak sampai 1 jam pon dah leh siap.... oklah tak nak cakap banyak jom kita kongsi cara-cara nak buat kek yang dikatakan mudah tu......



Sumber : Myresepi.com

Bahan-bahan
1 biji buah oren
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan gula ( bulah dikurangkan 1/2 cawan jika mahu)
1 sb baking powder
3 biji telur

Cara-cara
- Bersihkan buah oren dan potong kecil-kecil (buang biji dan urat putih)
- Blendkan buah oren, minyak, gula dan telur sehingga halus
- kemudian letakkan di dalam bekas lain dan masukkan tepung gandum yang
  telah dicampur dengan baking powder
- Kemudian letakkan dalam bekas pembakar dan bakar pada suhu 170c selama
  40 minit.

ok siap... selamat mencuba semua.

Jumaat, 17 Februari 2012

Puasa

Alhamdulillah hari ni hari ke-4 aku berpuasa, so bila sebut pasal pose ni secara automatiknya kita kan pikir pasal makankan. 

so hari meh kita jamu mata sikit tengok menu ekk.... jamu mata je okeyyyy mulut jangan (kata pose kan)






Khamis, 16 Februari 2012

Sistem slow


Errmm bab sistem slow ni mmg takleh nak buat pe...buat sakit kepala , angin satu badan yang tu mmg boleh.. dahlah slow lembap pulak tu... rasanya klu nak banding ngan kura2, kura2 lagi laju kot... hahahhaha. sabor2 jelah.

Ingat datang mood kerajinan pagi tadi rajinlah jadinya, tapi sekali  keLEMBAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP datang hilang sudah kerajinan aku... adooiii mmg tergendala semuanya..... so penyudahnya layan jelah internet n sambil2 membaca blog org...hihihi (jgn marah ekk).


mood



'

'

'

'

'

'









ntah ke mana ntah.

Rabu, 15 Februari 2012

Pagi yang tenang

Ari ni cam biasalah pagi2 berkejar hantar anak-anak ke taska & tabika. Kemudian berkejar pulak ke opis. Minggu ni minggu relakslah sikit kot, sebabnya semua bos-bos takde.... yepiiiiiiiiiii.. Hope hari ni semua tugasan berjalan ngan lancar.


Isnin, 13 Februari 2012

Permulaan tahun baru.....

Assalamualaikum.........

Alhamdulillah kerana boleh bersua lagi untuk mencatat blog ni. rasanya dah lamakan dah tak buka blog ni. rasanya dah bersawang dah kot. sebelum ni blog ni kononnya hanya untuk berkongsi resepi masakan....kononnyalahkan walaupon tuan punya blog ni tak berapa nak pandai masak pon...:P

Ape-ape jelah kan, janji aku bahagian.... peachhh.. oklah semoga perjalanan hidup aku pada tahun ini berjalan dengan lebih sempurna.

InsyaAllah... Amin.