Rabu, 27 November 2013

Bawal Emas Masak Asam Pedas

Menu yang wajib dimasak setiap minggu... ("___")

IKAN BAWAL EMAS MASAK ASAM PEDAS

Selain ikan bawal emas ni kita boleh juga guna ikan lain macam ikan kembung ke bawal hitam ke atau ikan pari, ikut mana yang uoll sukalahkan.. Tapi bagi saya ikan bawal emas ni lagi best untuk masak asam pedas, sebab isi ikan kenyal sikit berbanding ikan-ikan lain..

Bahan-bahan
2 potong ikan bawal emas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup - klu takde boleh digantikan dengan serbuk kunyit
2 sudu besar cili kering - direndam air panas
1 batang serai - diketuk
1 cawan air asam jawa
daun kesum / bunga kantan
bendi
sedikit air
garam / serbuk perasa

Cara-cara
Ikan dicuci bersih.
Blendkan bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili kering.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dengan api yang sederhana. Tunggu sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan air asam jawa dengan sedikit air.
kemudian baru masukkan ikan, bendi dan serbuk perasa.
Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
Kemudian bolehlah dihidangkan.
Siap

Tip : untuk mendapatkan rasa kuah yang pekat dan sedap elok digunakan cili kering yang dikisar bukannya cili boh @ cili segera.
Insyaallah sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan