Sabtu, 3 Mac 2012

Hasad dengki


Sahabat yang dirahmati Allah,

Hasad dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T. Sesiapa yang ada                                        

sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu 

kelebihan atau nikmat kepada seseorang dikalangan hamba-hamba-Nya.

Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
...
1. Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.

2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak 

ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. 

Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala 

kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.

3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati 

kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada 

bencana dan kerosakan.




So bersamalah kira renung2kan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan