Isnin, 10 Disember 2012

Menjala Tepung lagi @ Roti Jala

Assalamualaikum... Mode ceria dengan cuaca pon yang agak ceria pagi ni. Oklah hari ini cuma nak kongsikan menu petang kita orang pada hari minggu lepas.

Roti Jala

 Dihidangkan bersama ikan sardin masak kari... First time masak ikan sardin masak kari ni.. rasanya Not bad lah.


sebenarnya dah lama tak menjala roti jala ni... Mood datang nak menjala ni pon pasalnya dok teringatkan acuan yang dibeli ari tu tapi tak guna lagi....hihihi... so saje jelahkan nak testing tengok jadi ke dak bila guna acuan baru ni... acuan ni saya beli dengan blogger Dapurkakjee.com @ k.jee. Memang berbaloilah beli acuan ni sebabnya mudah sangat nak gunanya... takdelah lengguh-lengguh tangan ni kan bila nak buat acuan roti jala tu...hihihi i like.

Pic by Google : Acuan yang dibeli dengan kak jee


Pic by Google : Acuan yang pernah digunakan sebelum ni.


Oklah kita kongsikan resepinya pulak... resepi ni saya dapat dari akak opis lama dulu... Senang dan ringkas je.

Bahan untuk Roti Jala - 30 keping

4 Cawan Tepung Gandum
2 1/2 Cawan Air
2 Biji Telur
1 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam

Cara-caranya

Blend semua bahan diatas sehingga nampak berlubang ditengahnya. 
Masukkan adunan dalam acuan roti jala
Panaskan  fry pan dan tuangkan adunan tadi mengikut bentuk citarasa masing-masing.
Nak buat bulat ke nak buat macam bentuk yg saya buat tu (mcm ayang tikar tu) pon boleh.. terpulang
Tunggu 1-2 minit dah boleh diangkat dan digulungkan.
Ulang hingga habis semua adunan.
ok siap.


Adunan yang senang dibentuk




2 ulasan:

  1. unik gak wat bentuk cam tikar tue kan...heee...blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    BalasPadam