Isnin, 5 November 2012

Banjir di Taman Baiduri, Dengkil

Subhanallah.... terkejut bila bangun pagi untuk solat subuh tiba-tiba terpandang kat luar tingkap air sungai dah naik... Ya allah, punyalah tidor sampai tak sedar air naik... Hujan dari petang sabtu hingga tengah malam ahad tu menyebabkan air longkang melimpah hingga ke paras pinggang. Syukur sebab air naik tak sampai kat rumah saya... Tapi sedih juga sebabnya rumah jiran blok belakang rumah saya dinaiki air dan mereka  terpaksa dipindahkan ke Dewan Serbaguna untuk sementara waktu. Menurut jiran-jiran kat sini, ini kejadian pertama yang berlaku selama mereka tinggal kat situ.




Gambar dari depan rumah saya

Info dari Berita Harian online 5/11/2012

Hujan lebat berterusan punca banjir

Putrajaya: Hujan lebat berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan sekitar Dengkil, di sini serta Batu Pahat, Johor dan Jasin, Melaka dilanda banjir.

Di Dengkil, sehingga jam 5 petang semalam, seramai 545 penduduk dari sekitar pekan berkenaan dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Orang Ramai Kampung Semarang berikutan kenaikan mendadak paras air Sungai Langat yang menyebabkan banjir sedalam 1.2 meter.

Antara kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Semarang, Kampung Cemarai, Kampung Kerinsing, Kampung Revolusi Hijau, Taman Amentis, Taman Emas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Sharikan Bastaman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mulai jam 4.48 pagi semalam sebelum mengerahkan 38 anggota dari Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya memulakan operasi memindahkan mangsa.

Banjir: 889 penduduk Dengkil dipindahkan

DENGKIL: Seramai 889 penduduk di kawasan ini ditempatkan di empat penempatan di sini sehingga jam 10 pagi tadi, selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat yang sejak pagi semalam.

Antara kawasan penempatan terbabit termasuk Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Gemilang, Tadika Kampung Kelinsing dan dewan di Kampung Paya Rumput.

Seramai 220 mangsa diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap di kediaman masing-masing. 

Sehingga pagi tadi, beberapa kawasan dilaporkan masih mengalami peningkatan paras air termasuk Taman Sri Tanjung, Taman Baiduri dan Taman Bukit Changgang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan