Isnin, 19 November 2012

Chocolate Badam a.k.a Chocolate Chip

Percubaan pertama menjadilah juga walaupun keras sikit... tapi yang pentingnya anak-anak suka...hihihi I Like. Bab kata en.suami macam biskut yaya je... huhuhu. sabor jelah. Ape pon lepas ni leh try lagi.

Resepi asal biskut ni ialah Chocolate Chip... tapi chipnya dah habis sebabnya dah selamat dimakan oleh anak daraku baby tu ahh... so kita taruk badam jelah... So inilah rupanya biskut chocolate badam a.k.a chocolate chip saya..


Bahan-bahan
2 Cawan Tepung Biskut
1/2 Buku Butter
1 Biji Telur - dipukul hingga kembang
Sedikit Esen Vanila
100 gram Serbuk Koko
Badam - di goreng tanpa minyak
Chocolate Chip

Cara-cara
Pukul butter dan telur hingga sebati, kemudian masukkan esen vanila
Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati menggunakan spatula
Kemudian masukkan serbuk koko
Dan last sekali masukkan badam dan chocolate chip
Buat bentuk mengikut citarasa masing-masing
Bakar pada suhu 160c selama 10-15 minit.

Khamis, 15 November 2012

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah kepada Semua Umat Islam di Seluruh Dunia.

Rabu, 7 November 2012

Ayam Goreng Lada Hitam by ResepiMudah

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Alhamdulillah nampaknya cuaca hari cerah dan ceria je... Harapnya akan berterusanlah sehingga hari-hari berikutnya. aamiin. Oklah berbalik kepada tajuk kat atas tu, ari ni saya nak kongsi 1 lagi menu baru yang saya cuba malam tadi iaitu Ayam Goreng Lada Hitam.. Sumber resepi ni saya dapat dari ResepiMudah

Ok meh kita tgk rupa Ayam Goreng Lada Hitam saya...:)


Bahan-bahan
5 ketul ayam
2 sudu makan lada hitam ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
minyak utk menggoreng 
 Cara-cara
Perapkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam.
Kemudian gorengkan sehingga masak.
Siap untuk dihidang.
Simple jekan cara masakan dia... Dan yang paling penting sedap...hihihih. Apa pun terima kasih untuk ResepiMudah.com sebab sudi kongsi resepi ni.
 

Alhamdulillah Air Dah Surut....

Alhamdulillah syukur kerana keadaan telah kembali seperti sedia kala... Walaupun ada sesetengah kawasan masih dilanda banjir... Balik kerja petang semalam tengok keadaan dah beransur pulih.. air pun dah surut.


Dah nampak pagar longkang besar kat sebelah sana tu.. klu tak sebelum ni tenggelam habis.
 

Keadaan sebelum


Isnin, 5 November 2012

Majlis Konvokesyen Aiman

5 November 2012 berlangsungnya Majlis Konvokesyen di Tabika Permata KDN.


Persembahan dari kanak-kanak 4 -6 tahun Tabika Permata

Penyampaian saguhati kepada Kanak-kanak Permata 5 tahun


Penyampaian sijil kepada kanak-kanak Permata 6 Tahun

Aiman dan Adik








Banjir di Taman Baiduri, Dengkil

Subhanallah.... terkejut bila bangun pagi untuk solat subuh tiba-tiba terpandang kat luar tingkap air sungai dah naik... Ya allah, punyalah tidor sampai tak sedar air naik... Hujan dari petang sabtu hingga tengah malam ahad tu menyebabkan air longkang melimpah hingga ke paras pinggang. Syukur sebab air naik tak sampai kat rumah saya... Tapi sedih juga sebabnya rumah jiran blok belakang rumah saya dinaiki air dan mereka  terpaksa dipindahkan ke Dewan Serbaguna untuk sementara waktu. Menurut jiran-jiran kat sini, ini kejadian pertama yang berlaku selama mereka tinggal kat situ.




Gambar dari depan rumah saya

Info dari Berita Harian online 5/11/2012

Hujan lebat berterusan punca banjir

Putrajaya: Hujan lebat berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan sekitar Dengkil, di sini serta Batu Pahat, Johor dan Jasin, Melaka dilanda banjir.

Di Dengkil, sehingga jam 5 petang semalam, seramai 545 penduduk dari sekitar pekan berkenaan dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Orang Ramai Kampung Semarang berikutan kenaikan mendadak paras air Sungai Langat yang menyebabkan banjir sedalam 1.2 meter.

Antara kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Semarang, Kampung Cemarai, Kampung Kerinsing, Kampung Revolusi Hijau, Taman Amentis, Taman Emas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Sharikan Bastaman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mulai jam 4.48 pagi semalam sebelum mengerahkan 38 anggota dari Cyberjaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya memulakan operasi memindahkan mangsa.

Banjir: 889 penduduk Dengkil dipindahkan

DENGKIL: Seramai 889 penduduk di kawasan ini ditempatkan di empat penempatan di sini sehingga jam 10 pagi tadi, selepas kawasan rumah mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat yang sejak pagi semalam.

Antara kawasan penempatan terbabit termasuk Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Gemilang, Tadika Kampung Kelinsing dan dewan di Kampung Paya Rumput.

Seramai 220 mangsa diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap di kediaman masing-masing. 

Sehingga pagi tadi, beberapa kawasan dilaporkan masih mengalami peningkatan paras air termasuk Taman Sri Tanjung, Taman Baiduri dan Taman Bukit Changgang.