Isnin, 7 Januari 2013

Aiman Dah Tahun 1

Alhamdulillah hari ni dapat bersua lagi setelah seminggu tak berblog akibat kesibukan yang melanda... dan tak lupa juga walaupun agak ketinggalan untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013. HAPPY NEW YEAR semua... Hope apa yang dirancang pada tahun ini akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Baiklah Entry tertangguh untuk kali ni saya nak kongsi prihal persekolahan aiman.. haaa sedar tak sedar dah masuk tahun 1 dah anak mama sorang ni....kira dah besarlah kan...hihihihi

29 Disember 2012 sesi pendaftaran tahun 1/2013. 
 di SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1). 
 aiman ditempatkan dikelas 1 Berlian


Yang kat sebelah tu kawan masa tadika aiman (time ni muka dah ceria sikit pasal dah nampak kawan dia).. klu tak muka seposen je ... tp kawan dia ni dapat kelas lain 1 Delima.

Lepas sesi pendaftaran semua pelajar kena beratur mengikut kelas sebelum dibawa ke kelas masing-masing n ibubapa kena berkumpul di dewan Nilam untuk sesi taklimat.

 Sebelum aiman masuk kelas dah maklumkan awal kat dia suruh duduk depan.... oklah dapat meja ke-2 dari depan. Time ni cikgu bagi pelajar mewarna dulu sebelum mak ayah dia orang selesai urusan taklimat n urusan pengambilan buku teks.

Kawan-kawan kelas aiman 1 Berlian

Hari Pertama Persekolahan, segak bergaya hihihi

Masih sorang kat kelas sebabnya datang awal sangat... hahhah

Hari ke-2 sekolah.. time ni dah pandai bawa diri.... siap suruh maknya g keje lagi..

 Makan paksa aiman bawa bekal.... kot nnt takdelah dia kena berebut time nak makan tu ngan budak-budak lain...


Sesi petangnya pulak Sekolah KAFA kat Surau Ar-Rahman di presint 16.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan