Memaparkan catatan dengan label Dari Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dari Dapur. Papar semua catatan

Rabu, 12 Disember 2012

Gulai Daging Versi Terengganu

Assalamualaikum... salam 1 Malaysia semua... cewahhhhh skima lak ari ni... Hari ini 12.12.12 satu tarikh / nombor yang cantikkkkk punya... nombor yang takkan kita jumpa untuk tahun-tahun yang akan datang.. Hari ni mungkin ada yang buat kenduri kahwin, ada yang sambut besday dan mungkin akan ada kenangan yang terindah buat diri u all yang akan diabadikan pada hari ini. Pada saya pulak, ari ni tak berapa nak best kot.. sebabnya dengan badan yang tak sihatnya dengan selesemanya, dengan bibir bengkaknya... ....huhuhu dugaan.

Baiklah hari dengan mood yang kelaut ni saya nak kongsikan dengan U all semua menu dinner kami malam tadi.. Gulai Daging Versi Terengganu... saya ni cakap je orang terengganu tapi hampeh... selama kahwin 8 tahun ni.. kadang-kadang je masak menu versi terengganu ni... sebabnya myhusband tak berapa nak gemar sangat masakan terengganu melainkan nasi dagang + kopok leko. Yang lain macam singgang ke, budu ke, masak sayur air ermm jawabnya awak yang masak awak jelah yang makan... kecik hati guaaaa..huhuhu.

oklah meh kita tengok resepi Gulai Daging ni dulu... Niat asalnya nak masak daging kurma.. tapi ntah mcm mana leh masak gulai daging ni pulak. hihihihi. Resepi yang simple je.. just tengok kat belakang plastik rempah tu je.. "________" Resepi ni saya masak menggunakan Rempah Gulai & Rempah Masak Cap Bunga Rose.. Rempah yang biasa digunakan di Terengganu.


Bahan-bahan
500gram Daging lembu - Dipotong nipis, dicuci dan ditoskan.
2 sudu besar cili boh @ cili kering yang dikisar
1 sudu besar  Rempah Masak Cap Bunga Rose
2 sudu besar Rempah Gulai Cap Bunga Rose
3 labu bawang merah - blend
3-4 ulas bawang putih- blend
1 inci halia - blend
1 inci lengkuas - blend
Sedikit gula melaka
Santan
 Rempah ratus

Cara-cara
Tumiskan rempah ratus hingga berbau wangi
Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis lagi hingga kekuningan
Kemudian masukkan rempah gulai, rempah masak dan cili boh dan tumis lagi hingga pecah minyak.
(Rempah gulai dan rempah masak dicampurkan dengan sedikit air bagi menjadi pes)
Masukkan daging dan kacau bagi sekata dengan rempah.
Tunggu hingga daging empuk, kemudian masukkan gula melaka diikuti kentang jika ada.
Renih sebentar kemudian baru masukkan santan.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa.
Siap.


Isnin, 10 Disember 2012

Menjala Tepung lagi @ Roti Jala

Assalamualaikum... Mode ceria dengan cuaca pon yang agak ceria pagi ni. Oklah hari ini cuma nak kongsikan menu petang kita orang pada hari minggu lepas.

Roti Jala

 Dihidangkan bersama ikan sardin masak kari... First time masak ikan sardin masak kari ni.. rasanya Not bad lah.


sebenarnya dah lama tak menjala roti jala ni... Mood datang nak menjala ni pon pasalnya dok teringatkan acuan yang dibeli ari tu tapi tak guna lagi....hihihi... so saje jelahkan nak testing tengok jadi ke dak bila guna acuan baru ni... acuan ni saya beli dengan blogger Dapurkakjee.com @ k.jee. Memang berbaloilah beli acuan ni sebabnya mudah sangat nak gunanya... takdelah lengguh-lengguh tangan ni kan bila nak buat acuan roti jala tu...hihihi i like.

Pic by Google : Acuan yang dibeli dengan kak jee


Pic by Google : Acuan yang pernah digunakan sebelum ni.


Oklah kita kongsikan resepinya pulak... resepi ni saya dapat dari akak opis lama dulu... Senang dan ringkas je.

Bahan untuk Roti Jala - 30 keping

4 Cawan Tepung Gandum
2 1/2 Cawan Air
2 Biji Telur
1 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam

Cara-caranya

Blend semua bahan diatas sehingga nampak berlubang ditengahnya. 
Masukkan adunan dalam acuan roti jala
Panaskan  fry pan dan tuangkan adunan tadi mengikut bentuk citarasa masing-masing.
Nak buat bulat ke nak buat macam bentuk yg saya buat tu (mcm ayang tikar tu) pon boleh.. terpulang
Tunggu 1-2 minit dah boleh diangkat dan digulungkan.
Ulang hingga habis semua adunan.
ok siap.


Adunan yang senang dibentuk




Isnin, 3 Disember 2012

Masak-Masak Lagi.....

Assalamualaikum.... salam Disember semua. Hari ini takde citer yang nak dikongsikan cuma nak tayang makanan je... hihihih.

Lauk hujung minggu... ni pon lepas letih pikir nak masak pe???

 
Siakap Masak Tom Yam

 Ayam Goreng Kunyit

Ketam Masak Lemak Cili Padi


Isnin, 19 November 2012

Chocolate Badam a.k.a Chocolate Chip

Percubaan pertama menjadilah juga walaupun keras sikit... tapi yang pentingnya anak-anak suka...hihihi I Like. Bab kata en.suami macam biskut yaya je... huhuhu. sabor jelah. Ape pon lepas ni leh try lagi.

Resepi asal biskut ni ialah Chocolate Chip... tapi chipnya dah habis sebabnya dah selamat dimakan oleh anak daraku baby tu ahh... so kita taruk badam jelah... So inilah rupanya biskut chocolate badam a.k.a chocolate chip saya..


Bahan-bahan
2 Cawan Tepung Biskut
1/2 Buku Butter
1 Biji Telur - dipukul hingga kembang
Sedikit Esen Vanila
100 gram Serbuk Koko
Badam - di goreng tanpa minyak
Chocolate Chip

Cara-cara
Pukul butter dan telur hingga sebati, kemudian masukkan esen vanila
Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati menggunakan spatula
Kemudian masukkan serbuk koko
Dan last sekali masukkan badam dan chocolate chip
Buat bentuk mengikut citarasa masing-masing
Bakar pada suhu 160c selama 10-15 minit.

Rabu, 7 November 2012

Ayam Goreng Lada Hitam by ResepiMudah

Assalamualaikum. Selamat pagi semua. Alhamdulillah nampaknya cuaca hari cerah dan ceria je... Harapnya akan berterusanlah sehingga hari-hari berikutnya. aamiin. Oklah berbalik kepada tajuk kat atas tu, ari ni saya nak kongsi 1 lagi menu baru yang saya cuba malam tadi iaitu Ayam Goreng Lada Hitam.. Sumber resepi ni saya dapat dari ResepiMudah

Ok meh kita tgk rupa Ayam Goreng Lada Hitam saya...:)


Bahan-bahan
5 ketul ayam
2 sudu makan lada hitam ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
minyak utk menggoreng 
 Cara-cara
Perapkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam.
Kemudian gorengkan sehingga masak.
Siap untuk dihidang.
Simple jekan cara masakan dia... Dan yang paling penting sedap...hihihih. Apa pun terima kasih untuk ResepiMudah.com sebab sudi kongsi resepi ni.
 

Khamis, 25 Oktober 2012

Puding Trifle

Assalamualaikum.. Salam pagi khamis semua. "___" ... Alhamdulillah hari ni saya nak kongsi dengan u all semua resepi puding trifle yang sangat senang dan mudah yang amat.hihihihi  Sorilah orang lain dah lama bertrifle... saya ni baru terkedit-kedit nak buat ekk... hahahha memang ketinggalan keretapi betulkan... Puding ni saya buat untuk bawa balik ke terengganu sempena raya haji nikan... Saja nak bagi adik-beradik merasa...:) Resepi ni saya dapat dari Resepimudah.com.... mohon CnP ye tuan resepi untuk kongsi kat blog saya ni...

 Sumber : Resepi Mudah klik
Olahan : qaseh-noor.blogspot.com


Bahan-bahan
  • 1 kek swiss role
  • 1 tin buah koktail
  • 1 kotak kristal jelly jenama nona.perisa strawberi
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air ( gunakan tin susu cair tadi )
  • 7 sudu besar gula pasir- saya kurangkan kpd 4 sudu besar sahaja
  • 4 sudu tepung kastard

LAPISAN  PERTAMA :
  1. potong kek swiss role anggaran 1.5 cm tebal dan susun dalam acuan.
  2. tuang air fruit coktail ke atas swiss role hingga basah.
  3. ketepikan dulu.
LAPISAN KEDUA :
  1. 1 tin susu cair , 1 tin air , 7 sudu gula di masak atas api yang sederhana.
  2.  bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 gelas air.
  3.  bila susu mendidih, kecilkan api, kemudian masukkan bancuhan tepung kastard tadi.
  4.  masak hingga likat.
  5.  kemudian,tuangkan keatas lapisan pertama tadi.
LAPISAN KETIGA :
  1.  taburkan buah koktail ke atas lapisan kedua tadi.
LAPISAN KEEMPAT :
  1. sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  2. tunggu sejuk sedikit, baru tuang ke atas lapisan ketiga.
  3. masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  4. Siap untuk dihidang.

Isnin, 15 Oktober 2012

Kek Coklat Kukus

Kek coklat idaman hati.... Mublesssssss gitu...:))




 Bahan-bahan
2 cwn gula custor
2 cwn tpg gandum - saya menggunakan tepung naik sendiri
2 st soda bikarbonat - tak perlu jika guna TNS
1 st baking powder- tak perlu jika guna TNS
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak/ minyak jagung
1 cwn susu cair
3 bj telur gred b
1 st esen vanila
1 cwn air panas

cara-cara
  • Panaskan kukusan
  • Campurkan semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati
  • Bila dah sebati masukkan air panas dan putar lagi
  • Dulang digris dengan minyak
  • Kukus selama 45-60 minit.
Lapisan Coklat
150gram coklat masakan
1 sb susu pekat
1/4 cwn air panas
1 sb butter

Cara-cara
  • Masukkan coklat masakan yang dipotong kecil2, susu pekat dan air panas ke dalam periuk dan masaklah secara double boiler hingga cair.
  • Padamkan api dan masukkan butter @ mentega
  • Kacau hingga butter cair.
  • Tunggu hingga kek sejuk kemudian baru tuangkan lapisan coklat ini..
  • Bolehlah dihias mengikut citarasa masing-masing
Tadaaaaaaaaa siap.... Inilah Hasilnya Kek Coklat saya

 Sumber : Myresepi.com
Olahan : qaseh-noor.blogspot.com.my


Khamis, 4 Oktober 2012

Oreo Cheese Cake Percubaan Kali ke-2

Alhamdulillah cubaan kali ke-2 membuat oreo cheese cake... so far kali ni menjadi walaupun rasanya agak kurang sikit. Bagi kawan-kawan kat opis rasa n dia orang pon cakap not badlah... hiihihi kiranya oklah tukan. Resepi Cheese Cake ni saya dapat dari kawan opis jugak... Thanks k.zai atas kesudian berkongsi resepi ni...


Bahan-bahan untuk Oreo Cheese Cake

Bahan A
200 gram Biskut Oreo
4-5 Sudu Kecil Mentega - cairkan

Bahan B
250 gram Cream Cheese
1/2 tin susu pekat
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar plain
1 Cawan Air

Cara-cara
  • Untuk Bahan A, Asingkan isi biskut oreo, kemudian blend biskut oreo hingga hancur
  • Kemudian masukkan biskut tadi ke dalam mentega yang telah dicairkan
  • Gaul sehingga biskut tadi boleh dikepal-kepal kemudian letakkan di dalam bekas (tekan-tekan bagi rata) dan sejukkan di dalam peti ais
  • Untuk Bahan B. Cream Cheese dipukul hingga kembang, Kemudian masukkan susu pekat, Pukul lagi hingga sebati
  • Dalam periuk panaskan serbuk agar-agar bersama 1 cawan air tadi. 
  • Kemudian masukkan agar-agar tadi ke dalam adunan cheese dan gaul lagi sehingga sebati.
  • Kemudian Tuangkan adunan cheese di atas adunan biskut dan hias atas cheese tadi mengikut selera masing-masing.
  • Last sekali simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum dimakan.
  • Tadaaaaaaaaaa siap.

Jumaat, 21 September 2012

Kek Tiramisu

Bila mood rajin datang melanda... inilah hasilnya.......

KEK TIRAMITSU mableessssssssssss gitu


Ok sekarang kita tengok bahan-bahan yang simple sangat-sangat ni... Pasal simple sangatlah yang rajin bebenor nak  buatnyakan....hihihihii

Ok yang 1st sekali mestilah kena ada kek span @ Sponge Cake @ biskut tiramitsu.


Kemudian mesti ada

Serbuk Nescafe (sy guna yang 3 in 1 je)
200ml Cream Cheess
250ml Whipping Cream
1 Cawan Air Panas
1/2 Cawan Gula Halus
Serbuk Koko

Cara-cara

1. Serbuk Nescafe dibancuh dengan 1 cawan air panas tadi dan ketepikan.
2. Satukan gula halus, Whipping Cream dan Cream Cheess  pukul sampai kembang
3. Kemudian ambil Kek span @ sponge cake  tadi dan dipotong kepada 3 lapisan
4. Kemudian dalam bekas lain, letakkan 1 lapisan kek span tadi dan tuangkan sedikit bancuhan nescafe ke atas kek.
5. Kemudian tarutkan lapisan Cream Cheess yang dah siap dipukul di atas kek.
6. Ulang perkara ( 4 ) dan ( 5 ) sehingga habis.
Akhir sekali taburkan serbuk koko dipermukaan atas kek dan simpan didalam peti ais....

Siap. Sedia untuk dimakan..



Khamis, 13 September 2012

Puding Roti Marble Coklat


Alhamdulillah... First time try buat puding roti marble coklat.. Menjadi rupanya. resepi ni saya dapat dari blog kak Madihaa..sini  Thank kak Madihaa atas resepi yang simple n sedap ini... izinkan untuk saya share pulak kat blog saya ni yupp...hihihih.



Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
 
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Jumaat, 27 Julai 2012

Murtabak Maggie

Assalamualaikum semua blogger-blogger. Alhamdulillah hari ni dapat bersua lagi. Hari ni dah masuk hari ke-7 umat islam berpuasa... diharapkan semoganya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan diberikan kesihatan yang lebih baik juga. Oklah hari ni saya nak kongsikan dengan u all semua menu yang saya masak untuk hari ke-6 ramadhan iaitu Muktabak maggie??? aiii bulan puasa ni asyik sibuk post pasal makan je kan... :)))). Muktabak maggie ni sekarang memang dah banyak dijual di bazar -bazar ramadhan ...  harga pon leh tahanlah macam muktabak ayam n daging yang biasa dijual tu.... Muktabak maggie ni senang je nak buat sebenarnya, tak susah mana pon (bg yg rajinlah, klu malas mmg kata susahlahkan) hihihiiih . Oklah jom kita layan resepi muktabak maggie yang senang bangat ni.... Resepi ni saya dapat dari Myresepi tapi diubah suai sedikit ikut selera kami.


Bahan-bahan

2 bungkus maggie kari - direbus sebentar
1/2 cawan ayam kisar
4 biji telur
1/2 biji bawang besar - hiris halus
1 biji bawang putih - hiris halus
Sedikit daun bawang
Perendah kari maggie
Minyak - untuk mengoreng

Cara-cara
  • Mee maggie di rebus seketika (Jangan sampai mee kembang). Toskan
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga kekuningan/ layu.
  • Kemudian masukkan ayam kisar dan tumis sehingga kering dan masukkan perencah kari maggie
  • Dalam bekaskan lain campurkan mee yang telah ditos bersama bahan-bahan yang telah siap ditumis tadi. Gaul hingga sebati
  • Pecahkan telur, kacau hingga sebati kemudian tuangkan ke dalam campuran mee maggie tadi.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak ( mcm nak goreng telur), kemudian masukkan mee maggie tadi.
  • Masak sehingga kekuningan. siap.

Khamis, 26 Julai 2012

Puding Roti Karamel

 
Tu diaaa... meleleh air liuk pagi-pagi ni kan.... Puding roti karamel ni menu berbuka pada hari ke-5 ramadhan .. Time ni memang mood rajin datang tiba-tiba. balik keje je terus siapkan bahan-bahan nak buat karamel ni.. bukan setakat karamel je, ngan pizza segera n murtabak kulit popia lagi.... huhuhu. Tapi kali ni saya post Puding Roti Karamel jelah dulu yap... pasalnya yang lain tu tak sempat nak ambik gambor... anak-anak yang tak pose dah jamu dulu.... hihihiih.. ok meh kita layan resepi dari Kak Nor@ SecubitGaram. 

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telor gred A @ 4 biji telor gred B - di pukul manja dan ditapis
2 cawan air suam @ ( 1 cwn susu cair + 1 cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk esen vanilla

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati-hati gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan
  • Panaskan pengukus. Carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  • Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blender sekejap hingga sebati.
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. ( 40 mnt - 1 jam)
Ok selamat mencuba, memang senang sangatkan. :))))

Selasa, 24 Julai 2012

Butter Prown

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-4 umat islam berpuasa.. kejap je kan masa berlalu. Ermm hari ni saya nak kongsikan dengan u all semua menu berbuka saya semalam. Butter prown atau udang mentega. Menu ni dah lama sebenarnya nak masak tapi tulah asyik tak sempat jekan.. Oklah meh kita tengok apa bahan-bahan nak masak butter prown ni....


Bahan-bahan
10 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
2 -3 sudu butter
2 biji telur - kuning telur sahaja
Sedikit serbuk kunyit
Daun kari
Serbuk lada sulah - tambahan (dalam resepi takde)
Garam
Minyak masak

Cara-cara
  • Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, garam dan lada sulah.
  • Panaskan minyak dan gorengkan bawang putih, udang dan daun kari hingga masak. ketepikan
  • Dengan menggunakan sedikit minyak mengoreng udang tadi.. masukkan butter dan biarkan butter cair.
  • Pastikan minyak dan butter tadi betul-betul panas kemudian matikan api.
  • Tuangkan kuning telur kedalam kuali dan kacau dengan menggunakan garfu hingga kuning telur tersebut lerai.
  • Tapis telur tersebut untuk membuang lebihan minyak. Kemudian baru taburkan atas udang yang telah digoreng tadi.
  • Siap.

Isnin, 16 Julai 2012

Ikan Masak Kicap Versi Berkuah

Masakan lagi... hihihi... jangan marah ye.. walaupun ni bukan blog masakan.. tapi saje je kan nak post bolehkan.....:)) dah dekat-dekat nak puasa ni rajin pulak post pasal masakan kan. Saya boleh dikatakan dalam seminggu mesti ada hari yang boleh dikatakan malas nak masak... malas ni bukan pe... sebenarnya dah blur pikir menu pe nak masak kan... setiap minggu asyik ulang menu tu jekan nak masak.. macam takde menu lain dah...hihihihi. kadang-kadang boring gak kan. Oklah kali ni saya nak kongsi menu simple gak dan yang penting mudah disediakan dan sedap. sedap ke??

Ini dia Ikan Masak kicap berkuah... ermm biasanya orang masak kicap mesti pekatkan... tapi bagi yang saya, saya suka yang berkuah... klu makan tak berkuah jawabnya memang tak jalanlah.. Biasalahkan lain orang lain stay dia. Ok meh kita tengok menu biasa-biasa saya ni...


Bahan-bahan

2 ekor ikan kembung
1/2 biji bawang besar - potong bulat
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris halus
1 biji cili merah - nak pedas tambah cili api. ( mcm saya anak2 nak makan so tak letak cili api)
2 s/b kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
Air
Garam
Serbuk perisa

Cara-cara
  • Ikan dikelar kiri dan kanan. lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak (nak garing pon blh- ikut suka)
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk, halia dan cili merah sehingga kekuningan/ naik bau. kemudian masukkan sedikit air.
  • Kemudian masukkan kicap dan serbuk perisa.
  • Masukkan ikan dan biarkan ikan sebati dengan kuah kicap tadi.. tutup api.
  • Siap.

Jumaat, 13 Julai 2012

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum..  dah 2 hari tak update blog ni.. Ari ni baru boleh buka blog ni lepas 2 hari berkursus kat JPM.. ermm entry kali pon nak post pasal masakan jugak...hihihi jangan marah ekk... pasalnya sekarang ni gemar pulak postkan pasal menu-menu masakan yang ntah apa-apa tu kan.. oklah untuk kali ni saya nak kongsi Ikan siakap masak 3 rasa. Meh kita tengok bahan-bahan yang sempoi bangat ni.


Bahan- bahan ( 2 org makan)
1/2 ekor ikan siakap / ikan bawal
1/2 biji bawang besar * hiris halus
2 ulas bawang putih * hiris halus
1 inci halia * hiris halus
1 batang serai * ketuk
Serbuk Kunyit
Cili merah - klu nak pedas leh letak cili padi
Daun limau purut
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
1 s/b sos tiram
Sedikit air
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara
  • Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gorengkan separuh masak.
  • Kemudian dalam kuali lain. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, dan serai sehingga kekuningan @ naik bau.
  • Kemudian masukkan sedikit air diikuti sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian baru masukkan ikan. biarkan ikan sebati dengan sos tadi baru ditutup api...
  • Siap. Mudah je kan
**
**
**
**
Selamat Mencuba.


Selasa, 10 Julai 2012

Ikan Pari Masak Asam Pedas


Bahan-bahan

2 ketul ikan pari
1/2 Biji bawang besar * kisar
2 Ulas bawang putih * kisar
1 inci halia * kisar
1 Batang serai * diketuk
2 s/b cili kisar
Sedikit serbuk kunyit 
Air asam jawa
Bunga kantan

Cara-cara
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar beserta serai sehingga kekuningan/ naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan sedikit serbuk kunyit, Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan dan biarkan hingga ikan separuh masak 
  • Kemudian baru masukkan air asam jawa beserta bunga kantan
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
  • Biarkan sehingga ikan masak
  • Siap.

Nota: masakan saya mmg simple je sebab tak banyak rencah nak kena masuk.. yang penting rasa tu ada...:)

Isnin, 9 Julai 2012

Kari Ikan Merah


Minggu ni minggu rajin memasak... so layan jelah post yang tak seberapa ni yap.. hihihihi

Bahan-bahan
2 ketul ikan merah
1 s/b rempah kari
bawang besar ** kisar/ hiris halus
bawang putih ** kisar/ hiris halus
rempah ratus
santan

Cara-cara
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar tadi dan rempah ratus sehingga kekuningan/ naik bau.
  • Kemudian masukkan serbuk rempah kari diikuti sedikit air, tumis sehingga pecah minyak
  • Kemudian masukkan ikan, tunggu sehingga separuh masak dan baru masukkan santan. Biarkan sehingga masak.
  • Siap.
  • Boleh jugak masukkan bendi / terung jika ingin.

Pizza Segera



Tadaaaa ni dia pizza segera... senang, mudah dan cepat disediakan... hanya 20 minit sahaja untuk menyediakannya...  :)

Bahan-bahan
Mission wraps perisa potato
Sosej - di potong bulat
Cendawan butang - di potong 3
Prego
Chesse
Bawang merah - optional
Daging/ Ayam kisar - optional

Cara-cara
  • Tumiskan bawang merah dan daging/ ayam kisar sehingga masak/ kering.
  • Kemudian ambil 1 keping mission warps dan letakkan 2 sudu besar sos prego diatasnya.
  • Kemudian taburkan sosej, cendawan butang dan daging/ayam yang telah ditumis tadi.
  • Akhir sekali taburkan chesse diatasnya.
  • Bakar pada selama 15 minit.
  • Siap.

Mission wraps potato.... mission wraps ada banyak jenis so pilih je yang mana u all nak.. ok selamat mencuba.


Khamis, 28 Jun 2012

Kari Anak Ikan Tongkol, Sup Telor + su'un




Menu hari rabu... Kari anak ikan tongkol, sup telor + su'un dan ikan cencaru goreng. Simple-simple je kan... menu sup telor + su'un ni saya dapat kat blog mat gebu klik di sini.... simple dan mudah untuk disediakan.. dan yang penting anak-anak suka makan....wah senang keje mama kan... hihihi
Ok selamat makan semua... 

Nasi Ayam Biasa-biasa Je



Alhamdulillah ni ialah menu dinner kami pada malam selasa lepas... Nasi Ayam biasa-biasa je... sebenar saya ni tak berapa nak pandai sangat masak nasi ayam ni walaupun resepinya mmg senang... kadang-kadang jadi.. kadang-kadang tak... hihihii. Oklah meh kita tgk bahan2 yang biasa-biasa je nihh...

Bahan-bahan
2 cawan beras 
1/2 ekor ayam
1/4 bawang besar ** dihiris halus
2 sudu mentega
1/2 inci halia ** dihiris halus
Sup bunjut
sedikit serbuk kunyit ** terpulang nak guna @ tidak
1 kiub pati ayam
1 s/b madu
2 s/b kicap pekat
1 batang lobak 
1 biji kentang
Daun salad
Tomato
Daun sup dan daun bawang

Cara-cara
  • Bersihkan ayam. kemudian ayam direbus sehingga masak ( lebihkan air untuk masak nasi)
  • Basuh beras dan toskan.
  • Kemudian panaskan mentega dan tumis bawang dan halia.. bila dah kekuningan masukkan air rebusan ayam serta sedikit serbuk kunyit (utk bagi nasi warna kuning).. Bila dah mendidih masukkan beras yang telah ditoskan tadi. Masak seperti biasa.
  • Untuk ayam.. gaulkan ayam bersama madu dan kicap.. goreng dengan minyak yang penuh.
  • Untuk sup.. saya masukkan sedikit bawang, lobak dan kentang serta kiub pati ayam dan garam.
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang... kemudian tutup periuk. siap..