Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Rabu, 16 Oktober 2013

Tip Hilangkan Kotoran Pada Baju Versi 2

Tip kali ni hampir sama je dengan yang saya post sebelum ni klik sini . Tapi kali ni saya nak share cara yang lagi mudah dan cepat untuk mummy2 semua yang sentiasa busy sangat tu kan...hihihi Cara ni pon boleh digunapakai kalau baju anak kita  terkena coklat ke, besi karat ke dan apa-apa jelah yang sewaktu dengannya...hihihi

ok caranya mudah je pon..

First sekali basahkan baju yang terkena kotoran tu dengan sedikit air (tak perlu air banyak pon takpe).. kemudian gosokkan sabun mandi buku apa2 brand jelahkan kat tempat yang kotor tu..

saya guna yang ni je... pic by google

klu pakaian tu jenis berdaki/ kotor tebal sangat.. 


korang sentallah sikit... tapi klu yang jenis berdaki/kotor sikit-sikit tu  lepas korang gosokkan sabun tu kat pakaian kemudian rendamkan dalam baldi yang berisi sedikit air selama 30 minit / 1 jam (tengok mana yang korang sempatlahkan)

pahtu bolehlah masukkan dalam mesin basuh. .Bila masuk basuhan yang ke-3 bolehlah korang masukkan  

pic by google

UJALA @ NILA klu orang terengganu panggil (bancuh dengan air dulu bagi mengelakkan baju bertapuk) ke dalam mesin basuh tadi dan basuhlah mcm biasa sampai siap dan dijemurkan..

Ok itu jelah.... cepat, mudah dah putih bersih....hihihi

Selamat Mencuba..

Jumaat, 7 Disember 2012

Cara Mendidik Anak Menurut Islam

Assalamualaikum.....

Perkongsian ilmu daripada Semanis Kurma..  Sekadar memperingati untuk diri sendiri dan semua ibubapa diluar sana. :) Semoga ilmu yang dikongsikan ini akan mendatang manfaat untuk kita semua. InsyaAllah.


Pendahuluan

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al-Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan " Insan Rabbani" yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. 
Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yaang terdiri daripada roh dan jasad. Ianya melibatkan beberapa peringkat, bermula dari dalam kandungan sehinggalah ia lahir dan menjadi dewasa.

Membentuk Dunia Kanak-kanak

Sebelum anak-anak dilahirkan, ibubapa menyediakan tempat yang sesuai untuk membesarkan anak dengan sebaik-baiknya. Ini bermakna dunia kanak-kanak setelah dilahirkan ialah rumah ibubapa itu sendiri. Untuk mencapai kesempurnaan hidup kanak-kanak, ibu-bapa perlu membentuk suasana harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan rumahtangga terlebih dahulu.
Jika pasangan suami isteri menghayati nilai-nilai keislaman dalam kehidupan rumahtangganya, mudahlah ia mendidik anak-anaknya dengan benih-benih Islam. Sebaliknya, jika pasangan suami isteri gagal menerapkan nilai-nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumahtangga, sukarlah bagi mereka mentarbiyah anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.
Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

" wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"
Ketika Anak Dalam Kandungan

Proses pendidikan mula berlaku ketika bayi masih berada dalam kandungan ibunya. Pendidikan pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian, iaitu:
1) Bagi ibu-ibu yang mengandung digalakkan supaya memper-banyakkan bacaan Al-Quran terutama surah Yusuf, Mariam, Luqman dan At-Taubah.
2) Ibu hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar anak yang bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
3) Ibu bapa hendaklah mendapat rezeki daripada sumber yang halal supaya benih yang bakal dilahirkan itu nanti datang daripada darah daging yang halal.
4) Ibu hendaklah makan makanan yang berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri hendaklah diutamakan bagi menjamin kesihatan anak-anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititik beratkan oleh Islam sehingga Islam memberikan kelonggaran kepada ibu yang mengandung untuk berbuka puasa sekiranya merasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.
5) Ketika mengandung, ibu perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan perubahan yang berlaku kepada dirinya. Pada waktu begini sememangnya keadaan ibu agak berbeza dari waktu - waktu biasa, terutamanya bagi ibu yang bakal melahirkan anak yang pertama. Mungkin selera makannya hilang, perasaan agak terganggu(sensitif) dan hatinya boleh berdebar-debar kerana bayi dalam kandungannya itu adalah sebahagian daripada dirinya. Ketika ini para suami hendaklah lebih memahami keadaan isteri serta memberi dorongan yang kuat kepadanya

Setelah Anak Dilahirkan

 Setelah anak dilahirkan, hendaklah segera diazankan telinga kanannya dan diiqamatkan telinga kirinya.
Abu Rafi meriwayatkan sebuah hdis yang bermaksud:

" Aku melihat sendiri Rasulullah S.A.W mengazankan Hasan B. Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a"
(Riwayat Abu Daud dan Termizi)

Sebagai suapan yang pertama, sunat bayi disuapkan dengan manisan seperti madu dan kurma. Abu Musa Al Asyari r.a. dalam sebuah riwayat mengatakan:

"Isteriku melahirkan seorang anak. Bayi itu ku bawa kepada Rasulullah S.A.W.. Baginda menamakannya Ibrahim, kemudiannya disuap dengan buah kurma(yang telah dilumatkan) setelah itu baginda mendoakan keberkatan baginya lalu bayi itu diserahkan kembali kepadaku".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pada hari ketujuh kelahirannya, ibu bapa disunatkan bersedekah dengan melakukan ibadah aqiqah untuk anaknya. Seekor kambing bagi anak perempuan dan dua ekor kambing bagi anak lelaki. Rambutnya pula sunat dicukur keseluruhannya supaya kepalanya bersih, otaknya cergas dan rambut barunya tumbuh dengan subur dan sihat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung kepada aqiqahnya. Hendaklah diaqiqahkan dengan menyembelih kambing pada hari ke tujuh, diberi nama pada hari itu dan dicukur kepalanya".
( Riwayat Abu Daud, Termizi dan Nasa)

Bagi ibu yang menyusukan anak, ia perlu makan makanan yang halal, bersih, dan berzat. Ketika menyusukan anak, hatinya hendaklah selalu mendoakan kejayaan anaknya. Ketika hendak tidur, dodoikan (lagukan) dengan kalimah memuji Allah dan Rasulnya seperti nasyid dan sebagainya.
Apabila anak sudah mulai pandai bercakap, hendaklah membiasakannya dengan percakapan yang baik-baik seperti selawat, zikir dan lain-lain perkataan yang seumpamanya.

Peringkat Umur antara 5 hingga 7 tahun. 

Pada peringkat umur antara 5-7 tahun, memerlukan teknik pendidikan yang lebih luas dan menyeluruh. Pengisian antara keperluan rohani dan jasmani perlu didedahkan serentak dan diseimbangkan. Teknik pembelajaran dan pengajaran perlu menggunakan kaedah yang sesuai kerana kanak-kanak biasanya akan belajar(mengikut) berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu disekelilingnya terutama ahli keluarganya.
Menurut pandangan Islam, pada peringkat ini anak-anak wajar didedahkan dengan latihan menulis, membaca, mengira dan berbahasa. Pendidikan yang wajar didedahkan pada peringkat ini ialah bab ibadah dan akhlak. Misalnya kanak-kanak yang baru meningkat umur mumayyiz hendaklah dilatih mendirikan sembahyang. Seterusnya adab-adab yang mulia hendaklah mula diterapkan dalam bentuk latihan amali seperti:
1) Mendidik anak supaya taat dan beradab kepada kedua ibubapanya; timbulkan kesedaran kepada mereka bahawa pengorbanan ibubapa terhadapnya adalah amat besar dan mereka perlu bersyukur kerana menjadi anak yang masih mempunyai kedua ibubapa. Ini dapat mengeratkan hubungan mesra, rasa kasih sayang antara ahli keluarga.
2) Mengajar anak supaya taat dan beradab kepada guru dan orang yang lebih tua daripadanya; guru merupakan orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu manakala orang yang lebih tua adalah orang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan daripadanya.
3) Mengajar anak bercakap atau bergaul dengan baik; anak-anak hendaklah dilatih bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yaang baik-baik. Kanak-kanak biasanya begitu sensitif dengan pendengarannya, ia mudah terikut-ikut dengan apa yang didengarnya. Sebab itu jika ibubapa mahu menegur atau memarahi mereka, hendaklah menggunakan bahasa yang paling sopan bukannya dengan bahasa yang kesat, kasar dan keras.
4) Mengajar anak-anak adab bergaul dengan rakan-rakan; anak-anak harus dinasihatkan agar tidak berbangga atau meninggi diri di hadapan rakan sebayanya, jangan sekali-kali menyakiti atau mengambil hak orang lain .
5) Mengajar anak adab makan minum yang baik; sifat atau sikap yang tidak sopan seperti gelojoh ketika makan hendaklah ditegah, sebaliknya anak-anak dilatih dulu dengan adab-adab makan seperti mencuci tangan, duduk dengan sopan serta berdoa sebelum dan sesudah makan.
6) Mengajar anak adab berpakaian; pakaian yang dipilih hendaklah menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
7) Mengajar adab dan bangun daripada tidur; sebaiknya hendaklah mengadap qiblat, membersihkan diri sebelum dan selepas bangun daripada tidur.
8) Mengajar anak adab masuk dan keluar tandas, anak-anak perlu diajar cara membuang air kecil/besar dan cara masuk ke dalam tandas seperti membaca doa, menutup kepala,membelakangkan qiblat dan sebagainya.

Kesimpulan

Anak-anak merupakan amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak ia kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada kedua ibubapanya. Mereka ibarat kain putih dan ibubapa lah yang berperanan mencorak dan melukiskannya dengan warna-warna menarik yang menjadi amalan dan cara hidup Islam.

Sabtu, 9 Jun 2012

Bahaya Madu Pada Bayi


sumber : google

Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.

Kenapa tidak selamat?

Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.

Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

Apa itu “botulism”?

Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.

Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?

Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.

Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?

Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.

Simtom-simtom:

1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.

2. Kepenatan (lethargy,weakness)

3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)

4. pertukaran nada nangis(altered cry)

Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasa

Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

sumber : cyberclinics.org

Rabu, 25 April 2012

Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut

Oh tidaakkkkkkkkk... semalam masa ambik baby kat taska cikgu dia orang maklumkan yang taska tutup selama seminggu dari 25/4 - 1/5/2012 kerana ada kanak-kanak kat taska tu yang kena penyakit tangan, kuku dan mulut...... oh tidakkkkkkkk manalah mau taruk itu anak...

So ari ni jawabnya ikut mamanya masuk opis sudah....huhuhuuu

ok meh kira kongsi sedikit info mengenai Penyakit Tangan, Kuku dan Mulut.



Sebagaimana namanya, penyakit HFM melibatkan tangan, kaki dan mulut seseorang pesakit. Ianya disebabkan oleh jangkitan virus dari kumpulan enterovirus yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun.

Virus ini merebak melalui kontak secara lansung (direct contact) dengan titisan atau lelehan yang dikeluarkan dari mulut / hidung / najis pesakit (fecal-oral route). Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan lansung dengan  lepuh kulit (blister) pesakit.


Seseorang yang dijangkiti virus ini akan merasa sakit selepas 3 hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan virus ini. Kebanyakan pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa hari.






Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti mengalami demam selsema dengan ruam.

Diantara tanda-tanda jangkitan ini ialah :


demam
sakit kerongkong
sakit kepala
hilang selera makan
ulser di tekak dan mulut
ruam dengan lepuh (blister)
  1. di tapak tangan
  2. kaki dan
  3. kawasan lampin




Seseorang yang dijangkiti virus ini akan merasai kesakitan selepas 3 hingga 5 hari setelah terdedah kepada virus ini. Kebanyakan pesakit akan sebuh sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir pesakit, penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit menjadi lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan. Ini adalah akibat komplikasi. Jangkitan ini mungkin seperti sakit otot (miositis), bengkak hati dan inflamasi jantung (myocarditis) yang boleh menyebabkan maut terutamanya di kalangan kanak-kanak.





Cara utama penyebarakan virus ini ialah pengambilan makanan dan minuman yang dicemar oleh najis pesakit (fecal-oral route). Pencemaran ini boleh terjadi melalui sentuhan tangan yang memindahkan virus dari najis kepada makanan dan minuman. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan udara / lelehan yang dikeluarkan dari mulut atau hidung pesakit apabial mereka batuk, bersin atau bercakap. Jangkitan boleh berlaku jika titisan udara yang mengandungi virus disedut oleh orang lain. Selain daripada itu, virus boleh tersebar melalui air liur pesakit dan sentuahan pada lepuh kulit pesakit.



Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus ini. Oleh itu, pencegahan adalah amat penting. Jangkitan ini boleh dicegah dengan cara berikut:


Selalu mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan selepas mencuci najis kanak-kanak 


Menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin. 


Mencuci alat mainan kanak-kanak dan permukaan (surface) meja / kerusi / lantai dan sebagainya yang telah dicemari air liur. 


Kanak-kanan yang mempunyai tanda-tanda jangkitan ini harus ditegah dari menghadiri tadika, tabika, sekolah dan rumah pengasuh ("baby sitter") dan perlu dibawa ke klinik / hospital dengan segera. 


Ibu bapa dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil mereka ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesyen bas dan sebagainya. 


Ibu bapa juga dinasihatkan supaya mandi dan menukar pakaian sebaik saja balik dari luar / kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak-anak mereka. 


Bawa anak-anak ke hospital / klinik berhampiran dengan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan virus ini. 


Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan virus melalui lalat, lipas dan tikus. 

Elakan dari berkongsi berus gigi, cawan sudu, garpu, cadar, sarong bantal, lampin serta sapu tangan dari anak yang dijangkiti oleh penyakit tangan, mulut dan kaki (HFMD).

 

Selasa, 10 April 2012

Susu Soya Bukan Untuk Bayi

Sekadar berkongsi........

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090623225046/Article/
SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.

Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.


Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.
Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.

Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.


Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.
Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.

Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.


Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.
Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.

Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.


Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.


Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.


Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.


Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

Presiden Kolej Pediatrik
Akademi Perubatan
Malaysia.