Tu diaaa... meleleh air liuk pagi-pagi ni kan.... Puding roti karamel ni menu berbuka pada hari ke-5 ramadhan .. Time ni memang mood rajin datang tiba-tiba. balik keje je terus siapkan bahan-bahan nak buat karamel ni.. bukan setakat karamel je, ngan pizza segera n murtabak kulit popia lagi.... huhuhu. Tapi kali ni saya post Puding Roti Karamel jelah dulu yap... pasalnya yang lain tu tak sempat nak ambik gambor... anak-anak yang tak pose dah jamu dulu.... hihihiih.. ok meh kita layan resepi dari Kak Nor@ SecubitGaram.
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telor gred A @ 4 biji telor gred B - di pukul manja dan ditapis
2 cawan air suam @ ( 1 cwn susu cair + 1 cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk esen vanilla
Cara-cara
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati-hati gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan
- Panaskan pengukus. Carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
- Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blender sekejap hingga sebati.
- Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. ( 40 mnt - 1 jam)
Ok selamat mencuba, memang senang sangatkan. :))))
boleh lah try buat hari ni..hihihi
BalasPadamermm buatlah banyak ket... bagi kat jiran2 belah umah....huhuhu
BalasPadam