Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Isnin, 22 April 2013

Tips Hilangkan Kotoran Degil Pada Pakaian

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsikan dengan u all semua tip bagi menghilangkan kotoran degil atau dengan kata lain daki pada pakaian.... klu biasanya kita tengok kat baju-baju sekolah anak-anak memang mudah kena kotoran ni... nak-nak kalau anak tu anak lelaki.... lagilah yak ampun. Bukan nak kata anak oranglah kan anak saya sendiri pon sama je... hari pertama sekolah pon baju dah macam apa je... adoiiiiiiii geleng kepala tengok... dalam kepala habislah nak kena sental bagai nihhhhhhhh...huhuh

Pic by Google

Cara ini SIL saya yang ajarkan... maklumlah depekan anak dah ramai yang bersekolah..so kira tererlah bab-bab mcm ni... Yang awak ni pulak baru sorang dua nak masuk sekolah... so belajarlah mana yang patut ekk.

Oklah caranya mudah je.. Just dapatkan SABUN MANDI BUKU macam ni je... beli yang murah-murah dahle...
 Pic by : google

Tak payah nak guna clorox bagai.. Kemudian basahkan baju yang nak dicuci tu dengan sedikit air dan gosokkan sabun mandi tu pada tempat yang kotor pada baju tu.. tunggu dalam 2-3 minit kemudian bolehlah disental... time ni tak payahlah nak sental kuat2 pon... sental biasa2 je...

Ahhhhh tak sampai 2 minit dah hilang semua daki maki tu... senangkan..

Pic by Google

So bagi mak-mak yang ada masalah kotoran dengil @ daki yang susah nak hilang tu bolehlah cuba cara ni... jimat masa, jimat tenaga dan jimat kos (beli sabun murah2 sudah)... hihiihi.

Ahad, 10 Jun 2012

Halia Dan Madu Untuk Keluarkan Kahak



Untuk mencairkan kahak, ambil sepotong halia lalu diparut dan diperah. Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit madu lebah asli dan minum. Ini membantu memudahkan kahak keluar.
InsyaAllah... 

Note : Madu tidak digalakkan diberi pada kanak-kanak bawah 1 tahun.




sumber: PAMA



Serbuk Kunyit Penyembuh Kudis



Cara mudah untuk menyembuhkan kudis atau luka ialah dengan menggunakan serbuk kunyit. Bancuh serbuk kunyit dengan air hingga pekat. Kemudian sapukan pada bahagian berkudis atau luka. Insya-Allah dalam tempoh seminggu, kudis atau luka akan sembuh.





sumber : PAMA

Selasa, 3 April 2012

Petua Untuk Kekalkan Kebahagiaan

Sentiasa Bersyukur - Banyakkan bersyukur pada Allah s.w.t. dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku?

... Kawal Emosi dan Bermujahadah - Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah atau rugi. Kawal mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca Al Quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.

Muhasabah Diri - Selalu minta ampun dengan Allah s.w.t. kerana kita hamba-Nya yang lemah tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. Jangan fikir kita rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu. Kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat, yang sebenarnya tidak kekal.
See More







Sumber : EKSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA