Subhanallah.... terkejut bila bangun pagi untuk solat subuh tiba-tiba terpandang kat luar tingkap air sungai dah naik... Ya allah, punyalah tidor sampai tak sedar air naik... Hujan dari petang sabtu hingga tengah malam ahad tu menyebabkan air longkang melimpah hingga ke paras pinggang. Syukur sebab air naik tak sampai kat rumah saya... Tapi sedih juga sebabnya rumah jiran blok belakang rumah saya dinaiki air dan mereka terpaksa dipindahkan ke Dewan Serbaguna untuk sementara waktu. Menurut jiran-jiran kat sini, ini kejadian pertama yang berlaku selama mereka tinggal kat situ.
Gambar dari depan rumah saya

Info dari Berita Harian online 5/11/2012
Hujan lebat berterusan punca banjir
Putrajaya: Hujan lebat berterusan semalam menyebabkan beberapa kawasan
sekitar Dengkil, di sini serta Batu Pahat, Johor dan Jasin, Melaka
dilanda banjir.
Di Dengkil, sehingga jam 5 petang semalam,
seramai 545 penduduk dari sekitar pekan berkenaan dipindahkan ke Dewan
Orang Ramai Dengkil dan Dewan Orang Ramai Kampung Semarang berikutan
kenaikan mendadak paras air Sungai Langat yang menyebabkan banjir
sedalam 1.2 meter.
Antara kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Semarang,
Kampung Cemarai, Kampung Kerinsing, Kampung Revolusi Hijau, Taman
Amentis, Taman Emas, Taman Kristal, Taman Permata dan Taman Baiduri.
Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Sharikan Bastaman,
berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mulai jam 4.48 pagi
semalam sebelum mengerahkan 38 anggota dari Cyberjaya, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya memulakan operasi
memindahkan mangsa.
Banjir: 889 penduduk Dengkil dipindahkan
DENGKIL: Seramai 889 penduduk di kawasan ini ditempatkan di empat
penempatan di sini sehingga jam 10 pagi tadi, selepas kawasan rumah
mereka dilanda banjir berikutan hujan lebat yang sejak pagi semalam.
Antara kawasan penempatan terbabit termasuk Dewan Orang Ramai
Dengkil, Dewan Gemilang, Tadika Kampung Kelinsing dan dewan di Kampung
Paya Rumput.
Seramai 220 mangsa diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap di kediaman masing-masing.
Sehingga pagi tadi, beberapa kawasan dilaporkan masih
mengalami peningkatan paras air termasuk Taman Sri Tanjung, Taman
Baiduri dan Taman Bukit Changgang.