Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-Makan. Papar semua catatan

Rabu, 27 November 2013

Siakap 3 Rasa


Ikan Siakap masak 3 Rasa versi saya... hihihi


Bahan-bahan

1/2 ekor ikan siakap - digaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. 
1/2 biji bawang besar - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang
1 batang serai - dimayang
5 biji cili padi - dipotong kecik
1 biji cili merah - dimayang
daun limau purut
bunga kantan
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
sedikit kicap manis
garam
serbuk perisa


Cara-cara

Ikan Siakap yang telah digaulkan dengan kunyit dan tepung digoreng hingga separuh garing @ garing (terpulang mana yg suka). Ketepikan.
Dalam kuali lain, tumiskan bahan yang telah dimayang tunggu sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili giling, tunggu hingga pecah minyak baru masukkan sos cili, tomato, sos tiram, sos plum dan kicap manis.
Bila dah sebati masukkan garam dan serbuk perisa.
Bila dah siap bolehlah dituangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi.
siap.


Bawal Emas Masak Asam Pedas

Menu yang wajib dimasak setiap minggu... ("___")

IKAN BAWAL EMAS MASAK ASAM PEDAS

Selain ikan bawal emas ni kita boleh juga guna ikan lain macam ikan kembung ke bawal hitam ke atau ikan pari, ikut mana yang uoll sukalahkan.. Tapi bagi saya ikan bawal emas ni lagi best untuk masak asam pedas, sebab isi ikan kenyal sikit berbanding ikan-ikan lain..

Bahan-bahan
2 potong ikan bawal emas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup - klu takde boleh digantikan dengan serbuk kunyit
2 sudu besar cili kering - direndam air panas
1 batang serai - diketuk
1 cawan air asam jawa
daun kesum / bunga kantan
bendi
sedikit air
garam / serbuk perasa

Cara-cara
Ikan dicuci bersih.
Blendkan bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili kering.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dengan api yang sederhana. Tunggu sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan air asam jawa dengan sedikit air.
kemudian baru masukkan ikan, bendi dan serbuk perasa.
Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
Kemudian bolehlah dihidangkan.
Siap

Tip : untuk mendapatkan rasa kuah yang pekat dan sedap elok digunakan cili kering yang dikisar bukannya cili boh @ cili segera.
Insyaallah sedap.

Rabu, 20 November 2013

Meatball + Sos Blackpaper Mushroom


First try meatball + sos blackpaper mushroom

Bahan-bahan

Meatball Jenama Ramli
1/2 bawang holland (warna kuning tu) - dicincang halus
2 ulas bawang putih  - dicincang halus
1 batang saleri - dihiris nipis
cendawan butang (guna yg dalam tin) - dihiris nipis
Sos blackpaper
sedikit tepung jagung
butter
garam
serbuk perasa
air

Cara-cara

Meatball digoreng dengan minyak yang sedikit. 
Dalam kuali lain.. cairkan butter dan tumiskan bwg besar, bawang putih dan batang saleri.
Kemudian masukkan sos blackpaper dan cendawan butang.
Apabila mendidihkan masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah diikuti garam dan sedikit serbuk perasa.
siap.

Selasa, 3 September 2013

Teringin Nak Makan Burger Bakar Abang Burn

Teringin nak makan Burger Bakar Abang Burn akhirnya dapatlah jugak merasanya... Ini pon kira letih gak lah nak mujuk en.suami nak ajak g makannya... nasib dapat jugakkan.. klu tak kempunan lee perut hamba ni...hahhahah kalah orang mengidammm..

Menu yang diorder adalah SUPREMO CHEESE CHICKEN Add 3 Sausage
(dalam pic tinggal 2 je sebab anak dah makan dulu) dan


Yang diidam-idamkan MEAT BALL ABANG BURN..  first time makan meat ball kira rasanya pon oklah kan....
 

Sape yang minat makan burger tu lehlah try Burger Abang Burn ni... kira banyaklah juga jajahan Abang Burn yang ada kat Malaysia ni...