Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renungan. Papar semua catatan

Rabu, 18 Disember 2013

7 Sunnah Hebat Oleh : Ustaz Don Daniyal

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Wallahu'Alam Bisawab...

Jumaat, 17 Mei 2013

Allah Sebaik-baik Penolong Dan Pelindung

Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakallah kepada Yang Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan amat besar ada pada-Nya, jika anda mahu keluar dari kesusahan dan selamat dari bencana. Jadikanlah "HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL" syiar dan amalan yang selalu meliputi langkah hidup anda. Jika harta anda sedikit, hutang yang banyak, sumber penghidupan anda kering, dan mata pencarian anda terhenti, mengadulah kepada Tuhanmu sambil mengucapkan : "HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL."

Jika anda takut kepada seorang musuh, cemas terhadap kejahatan orang zalim, atau khuatir dengan sesuatu bencana maka ucapkanlah dengan ikhlas kalimat ini: "HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKIL."

"Dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagimu terhadap mereka)."

(Surah Al-Furqan: 31)

Sumber :  La Tahzan

Isnin, 6 Mei 2013

Kelebihan Ayat Kursi





Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."


Subhanallah...






Selasa, 26 Februari 2013

Kisah Seorang Ibu / Isteri



pic : by google

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air
mata.Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita
diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha
mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya
bertambah teruk. Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan
linangan air mata,si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika
penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian,
si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya
bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih. Sekali lagi dengan
iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah.
Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil
tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu  dengan penuh kasih
sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang
dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi
dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.Lelaki itu berkata
kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak
engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah."Sejurus kemudian lelaki
tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.Beberapa kali dia
beristighfar.sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok
kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut
sesekali menerjah-nerjah nalurinya.



Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah
lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?"
tanya si anak. "Begini.semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya
kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa
mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,"
jelas si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama
termenung. "Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si
ibu. "Gali kubur? Tapi.bukankah kubur hanya untuk orang mati?" soal si anak
penuh kehairanan. "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan
mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya'allah mak akan selamat,"
ujar si ibu selamba.Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan
perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang
disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang
lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: "Ya
Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan
tunaikan nazarku.Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah
dan selamatkanlah anakku." Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan
papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia
kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir.
"Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas
terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.



Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun
sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.
Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin
luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah
kanan kepalanya Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya
yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh
dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah
itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita
sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul
sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita
berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah
bersama kami," pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si
ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman
tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung,
lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama
kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah
muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan
yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?"
tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali
menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku
sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.



Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap
kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat,
"aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi
aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada
dalam keadaan tidak redha kepadaku.maka itulah Allah jadikan kuburku ini
tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada
suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya'allah," jawab si ibu tadi
perlahan, menahan hiba.Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang
wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya
sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air
mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak
membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali
semulaselepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi
perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam
kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang
ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar
pengalamannya,lelaki itu pun bersuara "Dia arwah isteri saya," kata lelaki
itu sayu. " Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka
kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana ," jelas si
ibu itu. "Baiklah.aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha
dengan pemergiannya,"sambung lelaki itu lagi. Aneh, malam itu, si ibu
bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. "Bagaimana keadaan
kamu sekarang?" tanya si ibu itu. "Alhamdulillah, aku selamat daripada
seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan
dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar
wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.



(Dipetik dari  kitab karangan Imam Al-Ghazali)


Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah wanita."
Maka seorang wanita bertanya: "Mengapa ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,
"Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya."

Rabu, 20 Jun 2012

Renung... renungkan

Perempuan yang garang luarannya sebenarnya lembut hatinya. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi.
Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cuma berilah nasihat.... InsyaAllah hati itu lembut mendengar nasihatmu.

Isnin, 11 Jun 2012

Jagalah Auratmu






gambar : by google

Aurat Dalam Islam

Assalamualaikum... Hari ni hati sikit tersentuh bila membaca satu artikel mengenail Aurat Wanita.... Tertusut di sanubari sampai bila harus saya begini... soal aurat sentiasa diambil sambil lewa... SubhanaAllah banyaknya dosa yang saya berikan pada Ayah, Abang dan Suami  saya... Bersama ini saya sertakan artikel mengenai Aurat Dalam Islam.... Semoga ianya menjadi panduan pada diri saya sendiri dan anda semua yang membaca.... InsyaAllah.

MUKADDIMAH
Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.
Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.
antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama. 

PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. 

ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud) 

PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun. 

KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam. 

Sumber : JAIS

Lumrah Hidup..... Sekadar Perkongsian



sumber : News Media Network

Jumaat, 8 Jun 2012

Balasan Sikap Redha

Keredhaan akan mendatangkan ketenangan, kedamaian, kekuatan hati dalam menghadapi keraguan, begitu juga dalam menghadapi berbagai-bagi masalah yang bertindih-tindih dan yang muncul bertubi-tubi. Hati yang redha akan yakin sepenuhnya kepada janji Allah dan Rasul-Nya. Hati orang seperti ini seolah-olah dibisikkan suara:

"inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya".Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah".
(Surah Al-Ahzab : 22)

Sebaliknya, tidak menerima akan membuatkan hati tidak tenang, ragu dan cemas, tidak gigih, sakit hati dan bergelorak. Hati menjadi bergejolak dan terganggu, seolah-olah di dalamnya ade suara membisikkan :

" Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan pada kami melainkan tipu daya".
(Surah Al-Ahzab : 12)

Orang-orang yang mempunyai hati seperti ini akan mengakui kebenaran jika datang kebenaran, dan akan berpaling jika mereka dituntut untuk memenuhi tugas mereka. Apabila mereka diberi kebaikan maka mereka akan merasa tenang, tetapi ketika diuji maka mereka akan berubah menjadi susah hati. Mereka akan rugi du dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya keredhaan itu akan memberi ketenangan, sesuatu yang paling berharga. Kerana ketenangan akan membuat hati kuat, keadaan terkawal, dan hati menjadi jernih. Dan tidak menerima hanya akan menjauhkannya dari ketenangan itu, jauh dekatnya bergantung pada besar kecilnya rasa tidak puas hati terhadap keadaan. Apabila ketenangan itu hilang maka dengan serta merta kegembiraan, rasa aman, dan kedamaian hidup juga akan lenyap. Dengan demikian bermakna bahawa nikmat terbesar yang Allah berikan kepada hamba-Nya adalah ketenangan di hati. Dan bagaimana ia boleh diperolehi? sudah tentulah dengan keredhaannya kepada Allah bagaimanapun keadaan yang meliputinya.

"KETENANGAN JIWA TIDAK AKAN TERCAPAI DENGAN MENENTANG QADAR DAN MELAWAN QADHA".




Sumber : La Tahzan



Isnin, 21 Mei 2012

Jangan Tidur Lepas Subuh


Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.


TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Sumber: http://www.iluvislam.com/





Rabu, 18 April 2012

Hargailah Isteri Anda...

Hargailah isteri anda.......

Mulianya seorang isteri disisi Allah....
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..   Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan.... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 


Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,   Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..  
Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,   Jangan buat alasan itu dan ini pulak…...ingat tu si isteri yee!!!   Kata nak pahala lebih…  
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga...

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

 
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. 


 Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki..
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki..
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

 

"Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him."

 
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgaMu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu...
kamilah hamba yang mengharap belas dariMu .....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia"........

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw bersabda (mafhumnya) : "Wahai manusia! Ucaplah  'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10



Wallahua'alam......

Pendek Je Statement ni....


Bila Allah cepat makbulkan doamu, Maka Dia menyayangimu,
Bila Dia lambat makbulkan doamu, Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Dia tidak makbulkan doamu, Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada Allah s.w.t. dalam apa jua keadaan pun..
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya.
 

Selasa, 17 April 2012

7 Ayat Cinta


1. Bismilahirahmanirahim  - Pada tiap-tiap kali hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulillah - Pada tiap-tiap kali selepas melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah - Jika tersilap melakukan sesuatu yang buruk
4. Insyaallah - Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai Ilahbillah - bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah - Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillah - bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak banyaknya. Amalkanlah selalu moa-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.


9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.
 
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.... biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Selasa, 10 April 2012

Tutup Aurat Supaya Selamat

Allah s.w.t. mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita. tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.





p.s: berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..

InsyaAllah..


Orang Yang Marah Akan Menerima Kemarahan

          Marah adalah pintu ke arah keresahan, kesedihan, kekacauan hati, kemurungan, dan persangkaan yang tidak semestinya kepada Allah. Sementara ridha akan melepaskan hamba dari semua itu dan membukakan pintu syurga dunia sebelum pintu syurga akhirat.

         Ketenagan jiwa tidak akan tercapai dengan menentang qadar dan melawan qadha, tetapi dengan menyerahkan diri, tunduk, dan menerima Allah adalah Zat yang sangat bijaksana, tidak boleh dituduh melakukan kecurangan dalam qadha dan qadar-Nya.

"Dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan bantuan (menghindarkan azab itu)."

(Surah Fushshilat : Ayat 16)

        

Jumaat, 6 April 2012

Renungan

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."

Surah An-Nahl : Ayat 97