Selasa, 28 Ogos 2012

Salam Syawal Semua

Assalamualaikum... salam syawal semua.. mood raya masih berkobar lagikan... sampaikan g keje pon ingat nak beraya jekan....Dengan open houselah, open officelah, sampaikan mood nak keje pon mcm lemau jekan..hihi...  Kepada yang berpuasa 6 selamat berpuasa semua.... oklah entry kali ni kita layan pic anak-anak sambut raya jelah yep.. :))

Malam raya Aiman n Adik main bunga api di rumah MIL di Perak






Kami sekeluarga... Tema oren untuk tahun ni... hihihi
                                     

 Raya ke-3, Anak-anak n sepupu mereka beraya di rumah Pak Saudara di Terengganu



Mak Uda bersama anak-anak buah..


Isnin, 13 Ogos 2012

Pemanggang Ajaib

Yesss akhirnya dapat gak miliki pemanggang ajaib ni... pemanggang ajaib ni saya beli time jualan raya ajuran KPDNKK di presint 3, Putrajaya dengan harga RM90.00. hehheheh memang berbaloi dapat.

gambar by google

Jumaat, 27 Julai 2012

Murtabak Maggie

Assalamualaikum semua blogger-blogger. Alhamdulillah hari ni dapat bersua lagi. Hari ni dah masuk hari ke-7 umat islam berpuasa... diharapkan semoganya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan diberikan kesihatan yang lebih baik juga. Oklah hari ni saya nak kongsikan dengan u all semua menu yang saya masak untuk hari ke-6 ramadhan iaitu Muktabak maggie??? aiii bulan puasa ni asyik sibuk post pasal makan je kan... :)))). Muktabak maggie ni sekarang memang dah banyak dijual di bazar -bazar ramadhan ...  harga pon leh tahanlah macam muktabak ayam n daging yang biasa dijual tu.... Muktabak maggie ni senang je nak buat sebenarnya, tak susah mana pon (bg yg rajinlah, klu malas mmg kata susahlahkan) hihihiiih . Oklah jom kita layan resepi muktabak maggie yang senang bangat ni.... Resepi ni saya dapat dari Myresepi tapi diubah suai sedikit ikut selera kami.


Bahan-bahan

2 bungkus maggie kari - direbus sebentar
1/2 cawan ayam kisar
4 biji telur
1/2 biji bawang besar - hiris halus
1 biji bawang putih - hiris halus
Sedikit daun bawang
Perendah kari maggie
Minyak - untuk mengoreng

Cara-cara
  • Mee maggie di rebus seketika (Jangan sampai mee kembang). Toskan
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih hingga kekuningan/ layu.
  • Kemudian masukkan ayam kisar dan tumis sehingga kering dan masukkan perencah kari maggie
  • Dalam bekaskan lain campurkan mee yang telah ditos bersama bahan-bahan yang telah siap ditumis tadi. Gaul hingga sebati
  • Pecahkan telur, kacau hingga sebati kemudian tuangkan ke dalam campuran mee maggie tadi.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak ( mcm nak goreng telur), kemudian masukkan mee maggie tadi.
  • Masak sehingga kekuningan. siap.

Khamis, 26 Julai 2012

Puding Roti Karamel

 
Tu diaaa... meleleh air liuk pagi-pagi ni kan.... Puding roti karamel ni menu berbuka pada hari ke-5 ramadhan .. Time ni memang mood rajin datang tiba-tiba. balik keje je terus siapkan bahan-bahan nak buat karamel ni.. bukan setakat karamel je, ngan pizza segera n murtabak kulit popia lagi.... huhuhu. Tapi kali ni saya post Puding Roti Karamel jelah dulu yap... pasalnya yang lain tu tak sempat nak ambik gambor... anak-anak yang tak pose dah jamu dulu.... hihihiih.. ok meh kita layan resepi dari Kak Nor@ SecubitGaram. 

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telor gred A @ 4 biji telor gred B - di pukul manja dan ditapis
2 cawan air suam @ ( 1 cwn susu cair + 1 cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
1 sk esen vanilla

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam kuali, masak hingga gula jadi perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati-hati gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan
  • Panaskan pengukus. Carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  • Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blender sekejap hingga sebati.
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. ( 40 mnt - 1 jam)
Ok selamat mencuba, memang senang sangatkan. :))))