Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah tahun ini masih berkesempatan untuk menyambut bulan ramadhan... Semoga ramadhan tahun ini akan memberi lebih syafaat kepada kita semua..

Kepada semua kenalan samaada yang jauh mahupun yang dekat.. saya dengan rendah diri ingin memohon ribuan kemaafan dari kalian semua andai ada silap dan salah, Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga semua amalan di bulan baik ini akan diterima oleh-Nya. InsyaAllah.


pic by Google

Isnin, 16 Julai 2012

Ikan Masak Kicap Versi Berkuah

Masakan lagi... hihihi... jangan marah ye.. walaupun ni bukan blog masakan.. tapi saje je kan nak post bolehkan.....:)) dah dekat-dekat nak puasa ni rajin pulak post pasal masakan kan. Saya boleh dikatakan dalam seminggu mesti ada hari yang boleh dikatakan malas nak masak... malas ni bukan pe... sebenarnya dah blur pikir menu pe nak masak kan... setiap minggu asyik ulang menu tu jekan nak masak.. macam takde menu lain dah...hihihihi. kadang-kadang boring gak kan. Oklah kali ni saya nak kongsi menu simple gak dan yang penting mudah disediakan dan sedap. sedap ke??

Ini dia Ikan Masak kicap berkuah... ermm biasanya orang masak kicap mesti pekatkan... tapi bagi yang saya, saya suka yang berkuah... klu makan tak berkuah jawabnya memang tak jalanlah.. Biasalahkan lain orang lain stay dia. Ok meh kita tengok menu biasa-biasa saya ni...


Bahan-bahan

2 ekor ikan kembung
1/2 biji bawang besar - potong bulat
1/2 biji bawang besar - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris halus
1 biji cili merah - nak pedas tambah cili api. ( mcm saya anak2 nak makan so tak letak cili api)
2 s/b kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk kunyit
Air
Garam
Serbuk perisa

Cara-cara
  • Ikan dikelar kiri dan kanan. lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng separuh masak (nak garing pon blh- ikut suka)
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk, halia dan cili merah sehingga kekuningan/ naik bau. kemudian masukkan sedikit air.
  • Kemudian masukkan kicap dan serbuk perisa.
  • Masukkan ikan dan biarkan ikan sebati dengan kuah kicap tadi.. tutup api.
  • Siap.

Jumaat, 13 Julai 2012

Ikan Siakap 3 Rasa

Assalamualaikum..  dah 2 hari tak update blog ni.. Ari ni baru boleh buka blog ni lepas 2 hari berkursus kat JPM.. ermm entry kali pon nak post pasal masakan jugak...hihihi jangan marah ekk... pasalnya sekarang ni gemar pulak postkan pasal menu-menu masakan yang ntah apa-apa tu kan.. oklah untuk kali ni saya nak kongsi Ikan siakap masak 3 rasa. Meh kita tengok bahan-bahan yang sempoi bangat ni.


Bahan- bahan ( 2 org makan)
1/2 ekor ikan siakap / ikan bawal
1/2 biji bawang besar * hiris halus
2 ulas bawang putih * hiris halus
1 inci halia * hiris halus
1 batang serai * ketuk
Serbuk Kunyit
Cili merah - klu nak pedas leh letak cili padi
Daun limau purut
2 s/b sos cili
2 s/b sos tomato
1 s/b sos tiram
Sedikit air
Garam
Serbuk perasa

Cara-cara
  • Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Gorengkan separuh masak.
  • Kemudian dalam kuali lain. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, dan serai sehingga kekuningan @ naik bau.
  • Kemudian masukkan sedikit air diikuti sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  • Masukkan daun limau purut dan sedikit garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian baru masukkan ikan. biarkan ikan sebati dengan sos tadi baru ditutup api...
  • Siap. Mudah je kan
**
**
**
**
Selamat Mencuba.


Selasa, 10 Julai 2012

Ikan Pari Masak Asam Pedas


Bahan-bahan

2 ketul ikan pari
1/2 Biji bawang besar * kisar
2 Ulas bawang putih * kisar
1 inci halia * kisar
1 Batang serai * diketuk
2 s/b cili kisar
Sedikit serbuk kunyit 
Air asam jawa
Bunga kantan

Cara-cara
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar beserta serai sehingga kekuningan/ naik bau.
  • Kemudian masukkan cili kisar dan sedikit serbuk kunyit, Tumis sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan dan biarkan hingga ikan separuh masak 
  • Kemudian baru masukkan air asam jawa beserta bunga kantan
  • Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa.
  • Biarkan sehingga ikan masak
  • Siap.

Nota: masakan saya mmg simple je sebab tak banyak rencah nak kena masuk.. yang penting rasa tu ada...:)

Isnin, 9 Julai 2012

Kari Ikan Merah


Minggu ni minggu rajin memasak... so layan jelah post yang tak seberapa ni yap.. hihihihi

Bahan-bahan
2 ketul ikan merah
1 s/b rempah kari
bawang besar ** kisar/ hiris halus
bawang putih ** kisar/ hiris halus
rempah ratus
santan

Cara-cara
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar tadi dan rempah ratus sehingga kekuningan/ naik bau.
  • Kemudian masukkan serbuk rempah kari diikuti sedikit air, tumis sehingga pecah minyak
  • Kemudian masukkan ikan, tunggu sehingga separuh masak dan baru masukkan santan. Biarkan sehingga masak.
  • Siap.
  • Boleh jugak masukkan bendi / terung jika ingin.

Pizza Segera



Tadaaaa ni dia pizza segera... senang, mudah dan cepat disediakan... hanya 20 minit sahaja untuk menyediakannya...  :)

Bahan-bahan
Mission wraps perisa potato
Sosej - di potong bulat
Cendawan butang - di potong 3
Prego
Chesse
Bawang merah - optional
Daging/ Ayam kisar - optional

Cara-cara
  • Tumiskan bawang merah dan daging/ ayam kisar sehingga masak/ kering.
  • Kemudian ambil 1 keping mission warps dan letakkan 2 sudu besar sos prego diatasnya.
  • Kemudian taburkan sosej, cendawan butang dan daging/ayam yang telah ditumis tadi.
  • Akhir sekali taburkan chesse diatasnya.
  • Bakar pada selama 15 minit.
  • Siap.

Mission wraps potato.... mission wraps ada banyak jenis so pilih je yang mana u all nak.. ok selamat mencuba.


Isnin, 2 Julai 2012

Kisah Adik dan Ayam

Hahahah takleh blah tajuk dia kan.... hal ni sebenarnya berkisarkan tentang anak saya Safwan atau lebih dikenali sebagai adik... walaupun dah ada adik tp stay dipanggil adik.... Ermm kisahnya camni... si adik ni hidupnya mmg tak leh pisah dengan ayam... asal nak makan je mesti akan cari ayam... alkisah mulanya terjebat minat makan ayam ni bila dia tengok citer upin dan ipin tu... wah start dari tu mulalah dia.. nak makan je tanya dulu ayam ipin ada tak... klu tak mmg takdelah jawabnya dia nak makan... suruhlah camne pon... mmg dia takkan layan.... lagi satu yang dia suka ialah nurget... dan yang pastinya nurget itu mestilah AYAM... ni nak salahkan mamanya pon takleh jugak kot... hihihihi bukan pe.. mamanya time mengandungkan adik ni memang hantu giler kat ayam ni.. nak-nak ayam KFC tu ahh.. klu my husband tak belikan..sanggup cari sendiri tu... klu setakat set dinner plate tu sorang pon leh habis tau... kuss semangat... melantak ke ape.

Dan pernah satu hari tu saya masak untuk dinner hanya ikan n telor je.... si adik pe lagi buat mukalah.. siap ckp kat ayah dia lagi.. Adik tak mau makan, tak nak kawan mama, sebab mama tak goreng ayam... hahhah takleh blah ayat dia tu.. kiranya dua malam gaklah dia tak makan nasi sebab ayam takde... ayah dia pujuk pon tak jalan... untuk pengetahuan semua si adik ni mmg rapat ngan ayah dia... ape-ape sikit ayah.. nangis pon sebut ayah... mmg anak ayahlah. So nak jadi citer malam berikutnya selepas balik ayahnya singgahlah pasar malam semata-mata nak belikan ayam goreng untuk dia... Ayahnya beli 1 ekor rangka ayam dan 1 ketul peha ayam... Peha tu mmg untuk adik tulah...wah bukan main seronok lagi dia makan ayam tu... orang lain tak leh usik kot.... pandang jelah mama kamu ni ekk... nasib baik abg ngan baby kamu tu tak berapa gemar makan ayam ni... klu tak mau berebut lak peha ayam tu....kussssss semangat.

Teringat dulu time nak bersalinkan adik ni... Dua minggu sebelum due date safwan ni saya mmg teringin sangat nak makan ayam KFC ni... Asal terpandang iklan kat TV ke dengar mmb2 ckp je mesti terliur jekan......Minta husband belikan tapi tak dapat jugak... Alasan myhusband bagi ala kan minggu lepas dah makan...huhuhhu sedih tau kesian.. nak jadi kisahnya saya yang sepatutnya bersalin 30/8 tapi tak bersalin2 jugak.... esoknya 31/8 myhusband bawa g jalan kat Alamanda n dapatlah bungkus KFC ni ahh... Lepas je dapat makan ayam KFC tu wahh puas mcm apekan....n tak sampai 1 jam pahtu dah ada tanda2 nak bersalin.... tunggu 3 jam lepas tu br pergi hospital... tak sampai 1 jam dah keluar pon dahh... ermmm rupanya nak makan ayam KFC dulu baru dia nak keluar... hahahah... kadang2 bila teringat kisah ni cam kelakar pon ada.... Ayam punya pasalkan... Sekarang dah terbawa-bawa pulak kat anakkan....

Bukan main berselera lagi bila dapat makan Ayam...

Peha ayam khas untuk Adik....huhuhuhuhu

My favorite... Mublessssssss