Isnin, 7 Januari 2013

Adik @ Tadika Islam Presint 16

Haaa asyik citer pasal aiman je kan.. now nak citer pasal adik pulak... Untuk tahun ni kami dah sepakat nak hantar si adik ke Tadika lain pulak... kot sebelum ni memang dia belajar kat Tabika Pertama tapi untuk tahun ni kami tukar kat Tadika Islam pulak.... Saje nak bagi perubahan sikit kat dia.. Adik ni kategori manja sikit... so ke train awal-awal kot nanti bila dah masuk sekolah kebangsaan takdelah dia terkial-kial pulak nanti... "___"

Kat Tadika Islam ni untuk kelas pagi dia akan belajar sampai jam 12.00 tgh. Kemudian kami daftarkan pulak kelas KAFA untuk 6 tahun...so senang sekali jalan je dengan abang dia.

Sesi Orentasi - macam biasalah aktiviti mewarna

 Sesi berkenalan dengan Ustazah.




 Now sebelah petangnya sekolah KAFA






Aiman Dah Tahun 1

Alhamdulillah hari ni dapat bersua lagi setelah seminggu tak berblog akibat kesibukan yang melanda... dan tak lupa juga walaupun agak ketinggalan untuk mengucapkan selamat tahun baru 2013. HAPPY NEW YEAR semua... Hope apa yang dirancang pada tahun ini akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Baiklah Entry tertangguh untuk kali ni saya nak kongsi prihal persekolahan aiman.. haaa sedar tak sedar dah masuk tahun 1 dah anak mama sorang ni....kira dah besarlah kan...hihihihi

29 Disember 2012 sesi pendaftaran tahun 1/2013. 
 di SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1). 
 aiman ditempatkan dikelas 1 Berlian


Yang kat sebelah tu kawan masa tadika aiman (time ni muka dah ceria sikit pasal dah nampak kawan dia).. klu tak muka seposen je ... tp kawan dia ni dapat kelas lain 1 Delima.

Lepas sesi pendaftaran semua pelajar kena beratur mengikut kelas sebelum dibawa ke kelas masing-masing n ibubapa kena berkumpul di dewan Nilam untuk sesi taklimat.

 Sebelum aiman masuk kelas dah maklumkan awal kat dia suruh duduk depan.... oklah dapat meja ke-2 dari depan. Time ni cikgu bagi pelajar mewarna dulu sebelum mak ayah dia orang selesai urusan taklimat n urusan pengambilan buku teks.

Kawan-kawan kelas aiman 1 Berlian

Hari Pertama Persekolahan, segak bergaya hihihi

Masih sorang kat kelas sebabnya datang awal sangat... hahhah

Hari ke-2 sekolah.. time ni dah pandai bawa diri.... siap suruh maknya g keje lagi..

 Makan paksa aiman bawa bekal.... kot nnt takdelah dia kena berebut time nak makan tu ngan budak-budak lain...


Sesi petangnya pulak Sekolah KAFA kat Surau Ar-Rahman di presint 16.

Jumaat, 28 Disember 2012

Debaran Anak Nak Masuk Sekolah

Assalamualaikum.... Salam sejahtera n selamat pagi semua... Diharapkan sihat-sihat semua... hihihih macam nak bagi ucapan pengarah pulak...

Mood tengah excited menanti anak nak masuk sekolah... siang malam asyik pikir anak sekolah je... hahhahahh macam anak awak sorang je yang nak sekolahkan...... over excitednya mak ko ni ekk... hahhahaha

Esok 29/12/2012 sabtu tarikh pendaftaran tahun 1/2013... ermmm tak sabor nak tunggu esok ni... Macam manalah kan. Pengalaman pertama bagi saya n Aiman... Harap semuanya berjalan dengan lancar.





Khamis, 20 Disember 2012

Minggu Yang Stress

Assalamualaikum..

Minggu ni agak sibuk dengan urusan persekolah anak-anak, Isnin lepas dapat call dari Pejabat Pelajaran Putrajaya yang mengatakan anak saya Muhammad Aiman Aqil akan ditukarkan ke sekolah lain... Ahhh berita yang amat mengejutkan selain menambahkan masalah untuk memikirkannya... Agak strees bila last minit dapat call macam tu... aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Penempatan awal dapat kat SKP P18(1) dan kemudian pihak Pejabat Pelajaran buat penyelarasan untuk pembukaan sekolah baru di presint 5 dan anak saya antaranya yang ditukarkan ke SKP P5(1). Kelam kabut ok bila cikgu maklumkan yang tak dibenarkan buat rayuan... aaaaaaaaaaaaaa tidakkkkkkkkk.

Time dapat call tu mmg blerrr kejap... diam tanpa kata apa2.... 1 jam kemudian sy call balik Pejabat Pelajaran tersebut untuk membuat rayuan jugak.... maklumbalas yang diterima katanya nnt akan dirujuk pada pegawai atasan.. so puan kena tunggu dulu... stress tahap gaban masa ni... 2 malam tak dapat tidor lena pikir pasal sekolah anak ni... Hari selasanya saya call lagi Pejabat Pelajaran untuk rayuan sampai menangis bagai....kemudian emailkan juga surat rayuan kat pegawai dia orang... maklumbalas yang sama juga diterima... ahhhhh stress lagi......adoiiiiiii....dahlah semua urusan persekolahan anak semua dah dibuat... tup2 lain lak jadinya.... 



Happy Birthday Abang 20/12/2012

Assalamualaikum..

20/12/2012
Hari ini merupakan hari lahir MyHusband yang ke-37


Selamat Hari Lahir Abang
Semoga dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki,
Diberikan kesihatan yang baik,
Semoga menjadi Suami n Ayah yang soleh untuk kami,
Dan semoga dipermudahkan segala urusan dunia n akhirat.


Rabu, 19 Disember 2012

JANGAN SEDIH.....


Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah... tiada ungkapan yang dapat diucapkan selain kata syukur.. Terima kasih yang tak terhingga Ya Allah kerana mendengar setiap rintihan dari hambamu yang naif ini....

Dikala aku diuji... aku merintih, menangis dalam menghadapinya....hanya kepada-Mu aku berdoa dan memohon pertolongan.

Aku bersyukur Ya Allah.. kerana Engkau sudi mendengar rintihan hambamu ini..

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah
 

pic by google