Selasa, 29 Mei 2012

Ruam Peluh / Sawan Di Kepala

Entry kali ni nak cerita mengenai anak saya BABY yang kena ruam peluh / sawan dikelapa... sejak awal bulan mei lepas kepala baby ade timbul biji-biji merah kat sekitar dahi n kepala... mula tu ingatkan hanya ruam biasa n bila bawak g klinik doc hanya bagi antibiotik + ubat demam... seminggu lepas habis antibiotik tu naik pulak macam bisul kat areal mata n biji-biji merah kat muka... so bawak lagi g klinik n benda yang sama doc bagi antibiotik (sederhana kuat) + ubat sakit mata.... n nak jadi cerita lagi selepas je  habis antibiotik ke dua tu makin banyak pulak biji-biji merah tu keluar... sampaikan siap bernanah-nanah  lagi... kesian baby asyik mengosok je kepala sambil cakap ATIK....ATIKKk ( nasib baik dia tak menggaru)

So buat kali ke-3 nya saya bawak lagi g klinik yang sama n doc tu pulak cakap macam kena kudis buta pulak.... kali ni doc tu nak bagi lagi ubat antibiotik( lagi kuat), tapi saya tak nak dah... yelahkan kita pon tahu kesan penggunaan antibiotik yang banyak pada badan seseorang itu... so mmg saya tak ambik pasalnya baby dah 2 minggu berturut-turut makan antibiotik tu... so doc hanya bagi ubat sapu je, tapi tu pon tak harap sangat ubat yang doc bagi tu... (ubat sapu mcm pelembap nak sapu kat tempat bernanah tu cam pelik je kan).. so sehari lepas bawak g klinik gov tu esoknya bawak pulak g klinik AN-NUR kat presint 15... n di sini doc sahkan yang anak saya bukan kena bisul @ kudis buta rupanya RUAM PELUH/ SAWAN dikepala.... so untuk kali ni doc tu just bagi syampoo + ubat demam...



Ni lah biji-biji ruam merah yang muncul kat dahi n sekeliling kepala baby
  Ni minggu kedua ruam-ruam tu naik... kali ni sapu kapur + kunyit hidup 

 Daun semambu guna untuk mandi selama 3 hari.... katanya daun ni bagus untuk merawat masalah kulit.
n last sekali bagi minum air kelapa..

Alhamdulillah kulit baby makin pulih n semoga ini yang pertama n yang terakhir keluar... InsyaAllah. amin.

Menu Buka Puasa

Alhamdulillah semalam dapat berpuasa sunat di bulan Rejab ini..... So semalam mood untuk memasak menu berbuka mmg baik.. Cari punya cari... pikir punya pikir nak masak pe.. sekali search kat My Resepi nampaklah satu resepi ni nampak macam bestkan... so cubalah buatkan tengok sedap ke tidak...

Ok jom kita tgk ape menunya

ini dia IKAN GELAMA MASAK TOM YAM




Bahan-bahan
  • 3 ekor ikn gelama saiz L@ikn apa2 pun bleh - cuci/tos/d garamkunyit/goreng cam biasa
  • 1 btg serai - ketuk aja
  • 6-8 biji cili api - hiris halus
  • 1 labu bwg besar - belah 8
  • 1 biji tomato - potong 12@dadu kasar
  • 1 peket pes tomyam adabi
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 3/4 cawan air panas
  • ~x prlu garam & jgn guna minyak goreng ikn utk menumis~

Cara-cara

  1. Panaskn 1/3 cawan minyak @ agak2 la.. tumiskn serai & ciliapi kejap - masukkn tomyam pes d ikuti sos cili & kicap manis, kacau sebati
  2. Masukkn air panas, apabila mndidih & kuah sedikit pekat masukkn tomato & bawang besar - kecilkn api, biar kuah mereneh prlahan-lahan
  3. Agak2 tomato & bawang 3/4 layu, tutup api, curahkn keatas ikn - sedia utk d hidangkn brsama nasi putih
  4. Mudah aja, 
Rasanya  masam-masam manis... ok not bad lah.. Hubby pon nampak macam suka je masakan ni.


Sumber resepi : MyResepi

Isnin, 21 Mei 2012

Jangan Tidur Lepas Subuh


Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan? Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.


TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
“Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri”
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”
“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.” Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : “Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat? Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”. Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). – Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.
“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”
Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.” Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”
Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Sumber: http://www.iluvislam.com/





Ahad, 20 Mei 2012

Air Lompat

Aiman : Mama nak g air lompat.... nak g air lompat

Ayat nilah yang asyik diulang dari ahad lepas hinggalah sabtu semalam.... huhuhuhu hari2 okeyy dengar aiman dok sebut ayat tu...

So tanpa menghampakan permintaannya yang mungkin akan berlarutan tu... so ayah n mama ni ahh terpaksalah bawak jugak main air lompat tu...

AIR LOMPAT???? ape tu air lompat.... ok jom tgk bawah nihh..


Baby pon tak mau lepas peluang gak ni ah....






















hahhahhahah.... air kolam je benornya..... tp kenapa dipanggil air lompat....

Jawapannya ialah sebab boleh melompat masuk dalam air tu.... hahahhahahhah.

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia...


Gambar by Google

Selasa, 15 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu pada semua ibu-ibu, mak, mama, mummy, ummi. Semoga U all semua menjadi ibu yang terbaik untuk selamanya.

Tahun ini sempena hari ibu.. Tabika Permata anak saya telah menyambut hari ibu untuk semua ibu kanak-kanak pertama dengan pemberian special kad ini n cupcake..

Cantikkan kad ni.... suka sangat.


Thanks cikgu2 permata n My kids.


Selasa, 8 Mei 2012

Anak Kena Bisul

Bisul??? 
ermm dari minggu lepas lagi dah perasan kepala anak saya  ada keluar merah -merah kat kepala dan dahinya... mulanya ingat merah-merah biase tup-tup minggu ni tengok keluar macam BISUL pulak ... kesian baby asyik sebut atik...atik saje (sakit sambil gosok kepala).. Sampai demam dibuatnya...Semalam bawak pergi klinik n doktor bagi ubat antibiotik + ubat demam. 

So semalam saya pon Google lah sikit pasal bisul ni...



Jom kita baca.....

Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.

Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.

Simptom-simptom
Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah.  Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit.

Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.


Punca-Punca
Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus.

Bakteria-bakteria ini selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung.

Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda.

Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

Faktor-Faktor Risiko
Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:
  • Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.
  • Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.
  • Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
  • Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.


Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan
Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:
  • Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
  • Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
  • Bisul yang kerap timbul
  • Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
  • Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.
Penyaringan Dan Diagnosis
Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Rawatan
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali. 

Pencegahan
  • Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
  • Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
  • Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip Penjagaan Sendiri
  • Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat. 
  • Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
  • Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
  • Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.
Rawatan Alternatif
  • Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
  • Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
  • Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.

Sumber Maklumat: Mingguan Malaysia