Selasa, 8 Oktober 2013

Gempak Santai at Wet World Village Batu Pahat, Johor

2nd trip mengikuti Gempak Santai Harian Metro 2013.

@

Wet World Village Batu Pahat, Johor.

Kalau ikut perancangan awal kami mulanya nak tiket ke Wet World Pedas, Seremban.. Last minit masa nak tukar tiket tu baru maklum yang tiket ke Wet World Shah Alam n Seremban dah habis... So husband ambillah jugak tiket Wet World Batu Pahat ni walaupun tak bajet nak pergi pon... Katanya alang-alang dah sampai kaunter tiketkan.. so rembat jelah... So malam tu bincang punya bincang akhir kami setuju pergi je Wet World Batu Pahat....

Maka terjadilah percutian yang tak dirancang ini... hihihi


Anak dara yang takut air... first try masuk kaki ala ikan duyung... terkepak-kepak

Kemudian ada berani sikit.....



Bila dah merasa main air tu.. terus tak mau naik dah. huhu

Khamis, 5 September 2013

Sambutan Hari Lahir Adik Harith Safwan yang ke-6

Alhamdulillah 1 September 2013 genaplah sudah usia adik Harith Safwan yang ke-6 tahun... Mama dan Ayah sentiasa mendoakan semoga Adik menjadi anak yang soleh dan berjaya dimasa akan datang insyaallah....Macam tahun-tahun sebelumnya.. setiap kali besday mesti akan ada sambutannya.. So untuk sambutan kali ni diraikan disekolah MAIWP Presint 16. Majlis dibuat bersama sambutan hari raya sekolah MAIWP pada 3 September 2013. skima noo ayatnya kan..hahhahah


 Sesi pagi dimulakan dengan bacaan Al-Quran

 Cup Cakes Upin & Ipin  pilihan untuk tahun ini

Nyanyian Allah Selamatkan Kamu Oleh kawan-kawan dan cikgu

Kemudian diikuti nyanyian happy besday...

Selasa, 3 September 2013

Teringin Nak Makan Burger Bakar Abang Burn

Teringin nak makan Burger Bakar Abang Burn akhirnya dapatlah jugak merasanya... Ini pon kira letih gak lah nak mujuk en.suami nak ajak g makannya... nasib dapat jugakkan.. klu tak kempunan lee perut hamba ni...hahhahah kalah orang mengidammm..

Menu yang diorder adalah SUPREMO CHEESE CHICKEN Add 3 Sausage
(dalam pic tinggal 2 je sebab anak dah makan dulu) dan


Yang diidam-idamkan MEAT BALL ABANG BURN..  first time makan meat ball kira rasanya pon oklah kan....
 

Sape yang minat makan burger tu lehlah try Burger Abang Burn ni... kira banyaklah juga jajahan Abang Burn yang ada kat Malaysia ni...


Sabtu, 29 Jun 2013

Giveaway Topup Maxis - Peluang Menang Samsung Galaxy S4

Giveaway Top Up Maxis - RM10 x 3 Pemenang
+ Peluang Menang Samsung Galaxy S4 LTE

Hanya Copy-Paste dan Kongsi Banner Peraduan
Tempoh: 28 - 30 Jun 2013



Rabu, 12 Jun 2013

Alhamdulillah... rezeki lagi...

Alhamdulillah... pagi ni dapat berita baik dari my boss.. saya antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPM bagi tahun 2012. Syukur tak terhingga dari-Nya kerana ini adalah anugerah yang ke-2 yang saya terima sepanjang 9 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.