Khamis, 14 Jun 2012

Kak... Kembar ke???

Haaaa tu diaahh ehhhh... Ayat yang sekian lama saya dah tak dengar n tiba2 pagi tadi ada lagi orang yang menegurnya..... Kak... kembar ke???? hahhahahha saspen je kan... bila orang tegur tanya kembar ke tak mesti korang ingat saya mengandungkan.... no...no...no bukan okehhh..

Habis tu klu bukan mengandung kembar, apanya yang kembar, sape?? saya ke yang kembar??? hahhahahhah.... ce teka... ce teka... 

oklah nak tahu sape yang selalu orang tegur kembar ni

meh kita tgk sape diaaaaaa


*

 *

*
*

*

*

*

*

*

*
tadaaaaa.... nilah dia 2 orang budak yang orang selalu tegur tu... Abang dan Adik

Eh kembar ke??
Kembar ke kak ?? 
dan macam2 lagilah dia orang punya soalan.


Mama : :)) Taklah setahun sorang je.... hehhehe

Ni masa umur 3 & 4 tahun

Ni masa umur 4 & 5 tahun

Ni masa umur 5 & 6 tahun.

Haaa kannnn.... bukan senangkan klu tak beranak kembar orang nak panggil kembar... tp dia orang berdua ni boleh dikatakan semua org panggil kembar....

Dia orang berdua ni mmg saya selalu belikan baju yang sama warna... kadang-kadang tu je beli gambar yang sama tp warna baju yang lain-lain (adik lebih gemar warna biru n abg warna merah).. yelah bukan pe takut bergaduh pulak..nantikan abg nak yang ni adik takde ni.. kan haru je mama nak menjawabkan. tp tulah bila dah pakai baju sama ni mmglah org akan tegur kembarkan.. nak nak pulak berdiri sama tinggi... duduk sama rendah... yang bezanya abang kurus adik berisi sikit... :)))




Sekadar Renungan Bersama

Selasa, 12 Jun 2012

Jangan Menilai Sekadar Luaran

Orang selalu kata saya ni garang... betul ke?? garang sangat ke saya ni... yap ngan anak2 mmg saya garang /tegas....tapi  tegas tak semestinya garang bukan.... kadang2 tu terpikir jugak mcm mana orang boleh menilai seseorang itu hanya sekadar luaran..... saya ni memang jenis tak berapa nak kesah sgt pasal org.... nak senyum pon kadang2 ikut mood.... klu nak tegur orang yang tak kenal mmg jauh sekalilah kan.... maybe mood/ perangai camtu kot org cakap saya ni garang....

Saya ni sebenarnya bukanlah garang sangat sebenarnya... hanya org yang betul2 kenal saya yang lebih tahu mcm mana perangai saya.... bab kata sorang tu... garang2 saya ni tapi dalam hati ada taman.... saya ni sebenarnya jenis yang mudah jatuh air mata atau dengan kata lain hati tisu.... jiwa saya ni mmg cukup sensitif... lebih2 lagi bila dah kawin n ada anak... anak tak sihat ke ape... mesti hati saya cepat tersentuh.... walhal benda tu kadang2 orang pandang kecik je... tp bagi saya bila anak2 tak sihat sy akan rusing..
Kadang2 tu klu tgk citer sedih pon saya boleh menangis... sob..sob...hehehhehe.... dulu masa bujang suka sangat layan citer hindustan... meleleh je air mata tu kan... wal hal takde benda pon... tp tulah dah namanya hati tisu mmg camtulah rupanyakan.....hihihi.

Apa pon saya ni sebenarnya bukanlah garang sangat... kadang2 terkasar sikit je... alaaaaaa bila sopan2 ni tgk mcm tergedik pon ade... hiihihi.... i don't like gedik2 okehhh... What ever jelah ape orang nak katakan janji saya jadi diri saya yang sebenar... no hipokrit.

akhir kalam... Kita sebagai insan biasa ni janganlah menilai seseorang itu sekadar luaran sahaja tapi dalamilah hati dan nuraninya.... Bab kata pepatah.. TAK KENAL MAKA TAK CINTA ( tak semestinya nak bercinta baru nak kenalkan...hihihih)

Wa Allahualam.


pic : by google

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger


http://www.hasrulhassan.com/2012/06/segmen-tambah-follower-dan-rakan.html

Nama Blog : Perjalanan Sebuah Kehidupan

Link Blog : http://qaseh-noor.blogspot.com 


Mula Berblog : 2011

Kenapa Berblog : Suka2 selain ingin menambah kenalan baru

Ikutan : kasihaleeya dan moon punya blog
 


Isnin, 11 Jun 2012

Bila Berat Badan Mula Naik

Entry kali ni bercerita pasal nak diet.... kenapa nak diet???.... ermm biasalahkan, klu sebut pasal nak diet ni mesti ada kaitannya dengan kenaikan berat badan... nak jd ceritanya minggu lepas seperti biasa saya g klinik untuk check up family planning.... so kena ambik berat badan n tekanan darah mcm selalulah kan... tekanan darah ok... tang nak g timbang ni dah risau sikit...... ermm terketat kaki nak naik penimbang tu.... almaklumlah dah rasa badan ni mcm makin besar sikit...hihihihih .. so bila naik penimbang tu mmg terkejut be*** okehhh... tak sangka langsung .. dua bulan sebelum tu timbang baru naik 60kg.... sekali ari tu timbang naik lagi 5 kg... huhuhuh hebat......  dasar jenis makan tak beringat nihh... makan main sedap mulut je.. bila dah gemuk mulalah gelabah nak kurus/ diet bagai......... hihihii biasalah kan adat perempuan... eh laki pon sama pe..

So start dari balik klinik ari tu dah plan kononnya nak dietlah kan... tapi tak tahulah camne gaya... kot niat kat hati kata ye tp mulut kata tak... hahhahhha. sia-sia je kan....

Perkara pertama nak kena buat ialah kurangkan makan nasi... ermmm saya ni klu bab makan nasi banyak kali pon takpe.... perut jenis tong besar agaknya... main kumpul je... nak membuangnya mmg susah.
klu sebelum ni makan nasi 3 kali sehari... skg nak kena kurangkan kepada 2 kali je sehari sekali ngan kuantiti nasi jugak... separuh je boleh.. 

Perkara kedua nak kena kurangkan makan makanan yang bergoreng.. saya ni klu nak tahu mmg hantu KFC.. pantang melintas je iklan kat TV ke mana-mana iklan ke mesti akan cari punya.. mmg jenis tak muak... klu time mengandung lagilah... tiap2 mgu nak makan KFC je... klu husband tak bagi pon esok lusa cari sendiri pon boleh...hahhahahah. nafsu makan punya pasalkan.... so skg kena kurangkan yee. KURANGKANNNN

  Yang ni pon sama.. klu setakat biase2 tu tak main okehh... mesti nak double... ermm agaknya klu ade 3ple bedal jugakkan... huhuhu

Perkara yang ke-3 mesti kena bersenam... ermm nak bersenam?? sempat ke.. yelah hari2 keje nya berkejor nak menguruskan anak bagai.. sorang ke sana dua ke sini....huhuhuhu.....harus okeyyyyy.... klu nak kurus u kena usaha... klu tak, tak payah nak beranganlah nak kurus.... buang masa je... makan banyak tp tak mau bersenam.. pe kes... hahhahahh

So untuk setakat ini, mahu cuba 3 perkara ni dahulu.... tengok berjaya @ sebaliknya..

Usaha tangga kejayaan... InsyaAllah.  

(Jangan hanya tahu berkata tapi tak tahu membuatnya...... BUKTIKAN.)




Jagalah Auratmu






gambar : by google

Aurat Dalam Islam

Assalamualaikum... Hari ni hati sikit tersentuh bila membaca satu artikel mengenail Aurat Wanita.... Tertusut di sanubari sampai bila harus saya begini... soal aurat sentiasa diambil sambil lewa... SubhanaAllah banyaknya dosa yang saya berikan pada Ayah, Abang dan Suami  saya... Bersama ini saya sertakan artikel mengenai Aurat Dalam Islam.... Semoga ianya menjadi panduan pada diri saya sendiri dan anda semua yang membaca.... InsyaAllah.

MUKADDIMAH
Dewasa ini kita sering didedahkan di dada akhbar tentang perilaku sumbang mahram, perlakuan seks luar tabi'e dan kes rogol yang bukan sahaja melibatkan orang luar tetapi keluarga sendiri seperti bapa rogol anak,abang rogol adik kandung dan sebagainya.
Kejadian "Haruan makan anak" adalah kes yang lumrah hingga tidak menimbulkan perasaan gerun,marah,simpati kepada masyarakat.
antara faktor terjadinya perkara di atas, adalah pengabaian kaum hawa dalam perkara-perkara yang melibatkan tentang aurat mereka. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Kita tidak menolak fesyen, tetapi garis panduan syarak perlu diletak di peringkat utama dalam semua keadaan. Dengan kreativiti pereka fesyen yang mempunyai roh islam, pakaian wanita seperti jubah tetap menarik yang menepati urusan agama dan bersesuaian dengan era moden dan terkini.

PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu. Di dalam risalah ini akan diterangkan beberapa perkara yang bersangkutan dengan aurat untuk dijadikan renungan dan tatapan bersama. 

PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali.Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. 

ASAS AURAT
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita.Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutana dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
1.Suami
2.Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3.Ayah mertua
4.Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
8. Anak saudara dari saudara perempuan
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
10. Hamba sahaya
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud :
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka, dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
Imam Syafie berpendapat perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat diatas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semulajadi seperti muka,pipi,mulut,mata,bibir,hidung,kaki,betis,peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek,cincin,rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
4.Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat dihadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.
Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud : Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya : " Tidak halal kaum wanita islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
6. Aurat Ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannya bila berhadapan dengan suaminya.
Mu'awiyah bin Haidah mengatakan : "Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab :"Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi :" Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? " Baginda menjawab : "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: " Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab : " Seharuslah ia lebih malu kepada allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud) 

PAKAIAN DALAM ISLAM
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari rasulullah s.a.w bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab :" Saya telah berikan kepada isteri saya". Lalu rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah :" Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)".
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina".
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekaligus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran islam akan mendapat keredhaan allah s.w.t dan lelaki akan memandang mereka dengan pebuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun. 

KESIMPULAN
Di antara tujuan berpakaian itu, ialah untuk menutupi atau melindungi bahagian-bahagian yang tertentu. Jika mereka memilih pakaian yang semakin nipis atau jarang hingga boleh dikesan atau dilihat auratnya, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Justeru itu, tutuplah aurat dan berpakaianlah mengikut akhlak yang dianjurkan oleh islam. 

Sumber : JAIS