Selasa, 17 April 2012

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.
 
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu.... biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan


Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Selasa, 10 April 2012

Tutup Aurat Supaya Selamat

Allah s.w.t. mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita. tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.





p.s: berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya..

InsyaAllah..


Susu Soya Bukan Untuk Bayi

Sekadar berkongsi........

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090623225046/Article/
SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa.

Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini.


Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.
Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu.

Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat.


Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.
Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan.

Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia.


Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas.


Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.
Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang.

Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan.


Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya.


Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.


Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini.


Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

Presiden Kolej Pediatrik
Akademi Perubatan
Malaysia.

Orang Yang Marah Akan Menerima Kemarahan

          Marah adalah pintu ke arah keresahan, kesedihan, kekacauan hati, kemurungan, dan persangkaan yang tidak semestinya kepada Allah. Sementara ridha akan melepaskan hamba dari semua itu dan membukakan pintu syurga dunia sebelum pintu syurga akhirat.

         Ketenagan jiwa tidak akan tercapai dengan menentang qadar dan melawan qadha, tetapi dengan menyerahkan diri, tunduk, dan menerima Allah adalah Zat yang sangat bijaksana, tidak boleh dituduh melakukan kecurangan dalam qadha dan qadar-Nya.

"Dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan bantuan (menghindarkan azab itu)."

(Surah Fushshilat : Ayat 16)

        

Jumaat, 6 April 2012

Renungan

"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan."

Surah An-Nahl : Ayat 97

Egyptian Magic Cream



Egyptian Magic Cream (EMC) adalah krim daripada bahan alami ramuan mesir. Kandungan dalam kini ini sangat asli dan organik. Antara bahan yang terdapat dalam krim ini adalah Olive oil, beeswax, honey, pollen, royal jelly & propolis extract. 
Egyptian Magic Cream memang dapat memberi keajaiban untuk menyembuhkan luka, jerawat dan bekas perubahan warna kulit. EMC popular di antara banyak ahli bedah plastik dan mereka mengesyorkan krim ini kepada pesakit mereka untuk mempercepatkan penyembuhan luka operasi plastik. 
 * Bagi yang mengalami kulit eczema,kering yang amat,sering gatal-gatal dan alahan digalakkan guna krim ini.
  
Apa yang menariknya krim ini  sangat popular dikalangan artis hollywood.. MADONNA & KATE HUDSON addicted dgn cream ini...Madonna tidak akan keluar rumah kalau tanpa EMC ini! 

EMC ini kandungannya 100% dari bahan natural, iaitu:

1. Olive oil atau Minyak Zaitun
Membantu menjaga kelembaban dan menyerap dengan mudah untuk memelihara jauh di bawah permukaan dari kulit.

2.Bees Wax
Kandungannya berfungsi melembutkan kulit dan mempertahankan kelembaban kulit. Juga sangat ampuh sebagai antiseptik dan penyembuhan luka.

3.Honey/Madu
Madu sangat bergizi untuk kulit. Ini membantu meremajakan
kulit mencegah garis-garis halus dan kerutan

4.Bee Polen/serbuk sari
Membantu regenerasi / merangsang pembaharuan kulit.

5.Royal Jelly
Memperlambat proses penuaan kulit, memberi gizi pada kulit
dan mengapus noda wajah serta keriput.

6.Bee Propolis/Ekstrak Propolis
Mempunyai sifat antibakteri dan antimikroba. Membantu proses penyembuhan .

Pemakaian teratur sebagai krim malam membantu melembabkan, mengenerasi kulit, sehingga kulit wajah akan semakin cerah dan bebas dari bahan2 kimia ataupun kosmetik.
 
Pada awal pemakaian di wajah, akan terasa sangat berminyak (oily and greasy), tapi EMC akan meresap ke dalam kulit dan mempertahankan kelembaban sepanjang malam.

Hasil yang akan didapat, kulit akan semakin lembut, noda-noda di wajah akan menipis.

EMC boleh juga dipakai sebagai pengganti moisturizer di pagi hari. Hasilnya make-up akan tahan lama dan skin tone lebih cerah.

KEBAIKAN
  • Skin moisturizer
  • Makeup remover
  • Diaper rash
  • Skin rash
  • Clear up foot odor
  • Chicken pox
  • stretch marks
  • athletes foot
  • sun and wind moisture protection
  • aromatherapy
  • essential oils
  • fungus
  • hemorrhoids
  • vaginal moisturizer
  • vaginal cream
  • cold sores
  • chapped lips
  • dry skin
  • itchy skin,
  • cracked skin
  • ashy skin
  • massage lotion
  • massage oil
  • shaving cream for legs and face
  • after-shave cream for legs and face
  • relief from razor bump
  • dry scalp
  • itchy scalp
  • "hair tamer"
  • hot oil hair treatment
  • surgical incisions
  • skin irritations
  • eczema
  • scars

Bagaimana Cara Menggunakan EMC?

Normal routine

1. Cuci Muka Dengan Bersih.
2. Diikuti Dengan Toner
3. Ambil EMC dalam (1-2 drop size 20cents), Gunakan Jari dan tapak tangan untuk menyapukan EMC secara lembut dan Sapu di tempat yang ingin dirawat (face area).
4. Urut Perlahan2 dan meresap ke kulit. Ianya akan meresap kurang dari 5 saat.
5. Gunakan pagi dan Malam..

*Penggunaan Setiap Individu Adalah berlainan.
** Pengguna Berkulit Kering boleh menyapu lebih sedikit Krim EMC.
*** oily skin and/or combination skin disarankan mengguna sedikit sahaja.
**** for scar healing users, Gunakan Secukupnya dikawasan berparut diikuti dengan mengurut supaya cepat meresap dan heal the scar faster.

Whitening method
* this is a whitening massage and mask method. 1. Cuci Muka Dengan Bersih. 2. Diikuti Dengan Toner dan tunggu 2 minit untuk bermulanya proses pemutihan. 3. Sapukan Krim EMC Sebesar 50sen keseluruh muka dan leher. 4. Urut dengan lembut keseluruh muka dengan jari dan tangan. Sekiranya ingin mencerahkan parut jerawat lebihkan masa urutan dikawasan berparut. 5. Selepas mengurut, gunakan tuala muka lembab yang direndam didalam dan cover the whole face selama 5 mins. 6. Buangkan tuala lembab dan cucikan baki2 krim dimuka.

Make up base method
* Cara ini biasa digunakan oleh Hollywood make up artist Gucci Westman. ** Sapukan sedikit EMC dengan nipis keseluruh muka sebelum menggunakan foundation. *** Kamu akan mendapati make up anda akan kekal lebih lama sepanjang hari. 

Body massage method
* EM Cream Boleh menggantikan body base oil kamu dengan mengurut badan. ** Campurkan dengan your desired favor aroma oil dengan EM Cream for body massage will improve your skin elasticity, firming and toning as well.

Hair Treatment
* Sapukan di rambut anda selepas mencuci rambut. Berkesan merawat hujung bercabang, melembabkan rambut dan merawat rambut yang rosak. 

Shaving method
* Sapuan sebelum mencukur, akan membantu mengelakkan daripada kesan sensitive dan kemerahan selepas bercukur 

Khamis, 5 April 2012

Kesedihan Dapat Menyebabkan Barah

Penulis buku The Problem of Nervousness, Dr, Joseph F. Montagno, berkata: " Punca barah yang anda tanggung bukan berasal dari makanan yang anda makan, tetapi kerana sesuatu yang memakan dirimu."

Seiringan dengan majalah Life yang menyebut bahawa barah ini menempati urutan kesepuluh dalam senarai penyakit yang boleh membunuh..



sumber : La Tahzan.