Rabu, 11 Jun 2014

Besday Boy a.k.a Muhammad Aiman Aqil


Tanggal 4 Jun 2006, Maka lahirkan seorang putera yang diberi nama Muhammad Aiman Aqil bin Azman, Tahun ini 4 Jun 2014 maka genaplah sudah 8 Tahun usianya.

Selamat Hari Lahir Abang Aiman.

Mama n Ayah sentiasa mendoakan semoga abg aiman menjadi anak yang soleh, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan didunia n akhirat..

Amiin.

"_____"

Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Kamu..
Allah Selamatkan Muhammad Aiman Aqil..
Allah Selamatkan Kamu.






Desa Water Park


1/1/2014

Pembuka Tirai 2014

Jalan-Jalan Desa Water Park











"__________"


Selasa, 25 Februari 2014

Senarai lokasi Catuan air di Negeri Selangor:

WILAYAH HULU LANGAT

1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian

JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT

1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan

JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR


1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri
a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif
9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing
17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari
18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi
20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai
21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai
22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya
23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia
24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti
25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih
26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara
27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin
28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir
JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING


1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai
Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu
rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat
masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air
(LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup
semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran
kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.
Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan
penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti
berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT

1. Taman Setia, Balakong
2. Desa Karun Mas
3. Taman Cheras Jaya
4. Taman Bukit Emas
5. Taman Impian Indah
6. Taman Sejati
7. Taman Bukit Sungai Long
8. Taman Taming Indah
9. Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14. Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16. Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya

JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430

WILAYAH KUALA LANGAT


1. Kampung Olak Lempit
2. Kampung Bukit Changgang
3. Kampung Labohan Dagang
4. Taman Changgang Jaya
5. Kompleks Perabut Olak Lempit
6. Rtb Bukit Changgang
7. Bandar Seri Ehsan
8. Bandar Mahkota
9. Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573

Ayuh sama-sama kita sebarkan dan beritahu kepada rakan-
rakan kita tentang catuan bekalan air ini. Semoga kita dapat
mengharungi cubaan dan dugaan ini bersama-sama. Moga-moga
hujan akan kembali turun di negeri kita....SILA TADAH AIR YE

Rabu, 15 Januari 2014

Salam 2014


Permulaan tahun 2014 yang penuh dengan peristiwa sedih dan duka..

1/1/2014

Kembalinya ke Rahmatullah seorang sahabat yang betul-betul tidak disangka.. belum sempat untuk kami memohon maaf kepadanya... beliau pergi meninggalkan kami tanpa sepatah kata.. Ya memang benar mati itu pasti.. Tak kira tua atau muda, bila sampai waktu... pergilah kita mengadap Ilahi... Allahuakbar .. Hanya Allah yang merancang atas sesuatu yang dikehendakinya...

Kak Nor Hajah binti Mat Saleh aku doakan semoga kamu berbahagia disana. Semoga kamu ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. amiin.


Al-FATIHAH


Isnin, 30 Disember 2013

Kayanya Rakyat Malaysia.......






Penunggang Motosikal Pula Bakal Di Kena Tol !

Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara dan mengkaji kemungkinan membina lorong motorsikal di semua lebuh raya. Nanyang Siang Pau memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof sebagai berkata bahawa satu jawatankuasa khas akan meneliti cadangan itu. Beliau berkata, hanya beberapa lebuh raya di seluruh negara mempunyai lorong motorsikal.

"Kami juga akan mengkaji kemungkinan menyekat jenis motosikal yang boleh menggunakan lebuh raya berdasarkan kapasiti enjin mereka . "Kami juga akan mengkaji lebar lorong yang berdedikasi untuk memastikan mereka menampung motosikal pelbagai saiz. "

Beliau berkata kementerian itu hanya akan membuat keputusan selepas jawatankuasa selesai buat kajian. Fadillah juga berkata pada masa ini bayaran tol tidak ditetapkan mengikut kapasiti enjin tetapi berdasarkan kepada kelas atau jenis kenderaan. "

Motosikal berkuasa tinggi adalah dikecualikan daripada bayaran tol kerana mereka adalah termasuk di dalam kategori kenderaan beroda dua ," kata beliau sambil menambah bahawa penunggang motosikal terpaksa membayar tol di Malaysia-Singapura Kedua Link Expressway (Tanjung Kupang Plaza ), dan juga di Jambatan Pulau Pinang. #sumber FB

Rabu, 18 Disember 2013

7 Sunnah Hebat Oleh : Ustaz Don Daniyal

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Wallahu'Alam Bisawab...

Jumaat, 6 Disember 2013

Subhanallah....



Satu Masjid terselamat dari banjir di Kuantan... Semuanya kuasa Allah..

Subhanallah...

Subhanallah...

Subhanallah....
 


Ya Allah engkau lindungilah saudara maraku, sahabatku dan penduduk di sana.. Jauhilah mereka dari bala bencana yang boleh memudaratkan mereka... amiin.. amiin.. ya rabbalalami..

sumber : google

Rabu, 27 November 2013

Siakap 3 Rasa


Ikan Siakap masak 3 Rasa versi saya... hihihi


Bahan-bahan

1/2 ekor ikan siakap - digaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. 
1/2 biji bawang besar - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang
1 batang serai - dimayang
5 biji cili padi - dipotong kecik
1 biji cili merah - dimayang
daun limau purut
bunga kantan
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum
sedikit kicap manis
garam
serbuk perisa


Cara-cara

Ikan Siakap yang telah digaulkan dengan kunyit dan tepung digoreng hingga separuh garing @ garing (terpulang mana yg suka). Ketepikan.
Dalam kuali lain, tumiskan bahan yang telah dimayang tunggu sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili giling, tunggu hingga pecah minyak baru masukkan sos cili, tomato, sos tiram, sos plum dan kicap manis.
Bila dah sebati masukkan garam dan serbuk perisa.
Bila dah siap bolehlah dituangkan keatas ikan yang telah digoreng tadi.
siap.


Bawal Emas Masak Asam Pedas

Menu yang wajib dimasak setiap minggu... ("___")

IKAN BAWAL EMAS MASAK ASAM PEDAS

Selain ikan bawal emas ni kita boleh juga guna ikan lain macam ikan kembung ke bawal hitam ke atau ikan pari, ikut mana yang uoll sukalahkan.. Tapi bagi saya ikan bawal emas ni lagi best untuk masak asam pedas, sebab isi ikan kenyal sikit berbanding ikan-ikan lain..

Bahan-bahan
2 potong ikan bawal emas
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup - klu takde boleh digantikan dengan serbuk kunyit
2 sudu besar cili kering - direndam air panas
1 batang serai - diketuk
1 cawan air asam jawa
daun kesum / bunga kantan
bendi
sedikit air
garam / serbuk perasa

Cara-cara
Ikan dicuci bersih.
Blendkan bawang merah, bawang putih, kunyit dan cili kering.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dengan api yang sederhana. Tunggu sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan air asam jawa dengan sedikit air.
kemudian baru masukkan ikan, bendi dan serbuk perasa.
Biarkan mendidih sehingga ikan masak.
Kemudian bolehlah dihidangkan.
Siap

Tip : untuk mendapatkan rasa kuah yang pekat dan sedap elok digunakan cili kering yang dikisar bukannya cili boh @ cili segera.
Insyaallah sedap.

Rabu, 20 November 2013

Meatball + Sos Blackpaper Mushroom


First try meatball + sos blackpaper mushroom

Bahan-bahan

Meatball Jenama Ramli
1/2 bawang holland (warna kuning tu) - dicincang halus
2 ulas bawang putih  - dicincang halus
1 batang saleri - dihiris nipis
cendawan butang (guna yg dalam tin) - dihiris nipis
Sos blackpaper
sedikit tepung jagung
butter
garam
serbuk perasa
air

Cara-cara

Meatball digoreng dengan minyak yang sedikit. 
Dalam kuali lain.. cairkan butter dan tumiskan bwg besar, bawang putih dan batang saleri.
Kemudian masukkan sos blackpaper dan cendawan butang.
Apabila mendidihkan masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air bagi memekatkan kuah diikuti garam dan sedikit serbuk perasa.
siap.

Rabu, 16 Oktober 2013

Tip Hilangkan Kotoran Pada Baju Versi 2

Tip kali ni hampir sama je dengan yang saya post sebelum ni klik sini . Tapi kali ni saya nak share cara yang lagi mudah dan cepat untuk mummy2 semua yang sentiasa busy sangat tu kan...hihihi Cara ni pon boleh digunapakai kalau baju anak kita  terkena coklat ke, besi karat ke dan apa-apa jelah yang sewaktu dengannya...hihihi

ok caranya mudah je pon..

First sekali basahkan baju yang terkena kotoran tu dengan sedikit air (tak perlu air banyak pon takpe).. kemudian gosokkan sabun mandi buku apa2 brand jelahkan kat tempat yang kotor tu..

saya guna yang ni je... pic by google

klu pakaian tu jenis berdaki/ kotor tebal sangat.. 


korang sentallah sikit... tapi klu yang jenis berdaki/kotor sikit-sikit tu  lepas korang gosokkan sabun tu kat pakaian kemudian rendamkan dalam baldi yang berisi sedikit air selama 30 minit / 1 jam (tengok mana yang korang sempatlahkan)

pahtu bolehlah masukkan dalam mesin basuh. .Bila masuk basuhan yang ke-3 bolehlah korang masukkan  

pic by google

UJALA @ NILA klu orang terengganu panggil (bancuh dengan air dulu bagi mengelakkan baju bertapuk) ke dalam mesin basuh tadi dan basuhlah mcm biasa sampai siap dan dijemurkan..

Ok itu jelah.... cepat, mudah dah putih bersih....hihihi

Selamat Mencuba..

Salam Aidiladha untuk semua


Salam Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Dan selamat menjalani ibadah korban bagi yang menunaikannya.

Rabu, 9 Oktober 2013

Jalan-Jalan Melawat Haiwan @ ZOO MELAKA

Percutian yang tidak dirancang.
6 Oktober 2013
-
-
ZOO MELAKA

1st round naik train dulu

2nd round jalan kaki pulakkk..

 Jam 11.00 pagi tengok persembahan burung


Kemudian tengok harimau makan pulakkkk... ngauuuuuuuu





Selasa, 8 Oktober 2013

Gempak Santai at Wet World Village Batu Pahat, Johor

2nd trip mengikuti Gempak Santai Harian Metro 2013.

@

Wet World Village Batu Pahat, Johor.

Kalau ikut perancangan awal kami mulanya nak tiket ke Wet World Pedas, Seremban.. Last minit masa nak tukar tiket tu baru maklum yang tiket ke Wet World Shah Alam n Seremban dah habis... So husband ambillah jugak tiket Wet World Batu Pahat ni walaupun tak bajet nak pergi pon... Katanya alang-alang dah sampai kaunter tiketkan.. so rembat jelah... So malam tu bincang punya bincang akhir kami setuju pergi je Wet World Batu Pahat....

Maka terjadilah percutian yang tak dirancang ini... hihihi


Anak dara yang takut air... first try masuk kaki ala ikan duyung... terkepak-kepak

Kemudian ada berani sikit.....



Bila dah merasa main air tu.. terus tak mau naik dah. huhu

Khamis, 5 September 2013

Sambutan Hari Lahir Adik Harith Safwan yang ke-6

Alhamdulillah 1 September 2013 genaplah sudah usia adik Harith Safwan yang ke-6 tahun... Mama dan Ayah sentiasa mendoakan semoga Adik menjadi anak yang soleh dan berjaya dimasa akan datang insyaallah....Macam tahun-tahun sebelumnya.. setiap kali besday mesti akan ada sambutannya.. So untuk sambutan kali ni diraikan disekolah MAIWP Presint 16. Majlis dibuat bersama sambutan hari raya sekolah MAIWP pada 3 September 2013. skima noo ayatnya kan..hahhahah


 Sesi pagi dimulakan dengan bacaan Al-Quran

 Cup Cakes Upin & Ipin  pilihan untuk tahun ini

Nyanyian Allah Selamatkan Kamu Oleh kawan-kawan dan cikgu

Kemudian diikuti nyanyian happy besday...

Selasa, 3 September 2013

Teringin Nak Makan Burger Bakar Abang Burn

Teringin nak makan Burger Bakar Abang Burn akhirnya dapatlah jugak merasanya... Ini pon kira letih gak lah nak mujuk en.suami nak ajak g makannya... nasib dapat jugakkan.. klu tak kempunan lee perut hamba ni...hahhahah kalah orang mengidammm..

Menu yang diorder adalah SUPREMO CHEESE CHICKEN Add 3 Sausage
(dalam pic tinggal 2 je sebab anak dah makan dulu) dan


Yang diidam-idamkan MEAT BALL ABANG BURN..  first time makan meat ball kira rasanya pon oklah kan....
 

Sape yang minat makan burger tu lehlah try Burger Abang Burn ni... kira banyaklah juga jajahan Abang Burn yang ada kat Malaysia ni...


Sabtu, 29 Jun 2013

Giveaway Topup Maxis - Peluang Menang Samsung Galaxy S4

Giveaway Top Up Maxis - RM10 x 3 Pemenang
+ Peluang Menang Samsung Galaxy S4 LTE

Hanya Copy-Paste dan Kongsi Banner Peraduan
Tempoh: 28 - 30 Jun 2013



Rabu, 12 Jun 2013

Alhamdulillah... rezeki lagi...

Alhamdulillah... pagi ni dapat berita baik dari my boss.. saya antara penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPM bagi tahun 2012. Syukur tak terhingga dari-Nya kerana ini adalah anugerah yang ke-2 yang saya terima sepanjang 9 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.